Tuesday, December 21, 2010

Saya merasa saat-saat akan datang

Makin dekat tahun 2011 ni... makin terus bersemangat aku menyusun langkah-langkah menghadapi cabaran akan datang..persiapan kehidupan.. persiapan untuk keluarga tersayang... persiapan dalam semua bidang.. dan persiapan untuk membina keluarga..

Mak ada meluahkan kata-kata yang mak tak mahu lagi jalan-jalan sangat katanya.. hatinya telah terpaut dengan kaabah dan mekah yang menjadi tempat idamannya sejak 3 4 tahun ni.. tapi katanya belum cukup duit. tiada lagi sebut-sebut dibibirnya mahukan Langkawi ke Kelantan ke Nilai 3. Hati tersentuh mendengar luahan itu.. mak bercita-cita sangat mahu ke sana. katanya lagi, sebelum mata terpejam nak melihat kaabah yang indah itu didepan mata.

Melihat pelbagai perkara yang berlaku, tersenyum melihat adik tersayang.. EG atau Ucu panggilan anak-anak buah. dia terus bersemangat menjalankan perniagaan keknya. tak kira masa waktu dan ketikanya. aku tak pasti lagi apa target akan datang. balik kerja buat kek.. hari minggu buat kek. sampai aku tengok dia pun dah macam kek, apa-apa pun ianya menjanjikan kepuasan pada dirinya. jadi tahun depan harap-harap dia terus mengembangkan perniagaannya.

Dalam sibuk-sibuk menjalankan rutin harian, kakak sulung aku, Ina.. sama je macam adik dia.. dengan kelas, dengan jaga anak-anak, suami lagi.. hurhhh.. entah bila dia nak rehat aku pun aku tahu la.. kek yang pelbagai jenis tetap dijalankan. Susah betul nak jumpa. Atau aku yang terlalu sibuk atau berjauhan. takpe la kak.. nanti aku sempat aku jumpala.. harap-harap apa yang dilakukan sekarang akan terus berkembang pada tahun hadapan, Awish pun dah sekolah. Ana pun dah besar. Suami pun makin besar, hahahaaa... semoga kehidupan terus bahagia sehingga ke akhir hayat.

Ada lagi yang perlu dibuat oleh kakak aku yang sorang lagi ni..Nani, kau selalu je sibuk suruh semua ahli keluarga buat aduan kat pejabat kau. apa kau ingat kami ni suka buat aduan ke.. hahahhaha.. apa-apa pun.. ketabahan dia susah nak dikatakan.. halangan,rintangan serta cabaran semasa ni. memang susah untuk dikatakan. tapi harapan untuk tahun depan.. kena buat satu perancangan membina.. kahwin pun membina juga tapi pastikan yang ada sekarang terus maju. kecenderungan menjaga emak sepanjang masa memang diakui oleh aku. saat-saat dan minit-minit dia memang sentiasa ada, dan menjaga dua orang pahlawan tu.. fuhhhh... memang memeningkan.. tak apa..teruskanlah kehidupan dengan jayanya.. harap tahun depan banyak memberi perubahan dan teruskan ketabahan tu.

Seorang abang yang belum dapat aku lepak-lepak.. Emi, tak sempat la bro.. masing-masing ada jadual masing-masing.. kalau mesej-mesej lak.. dah cam awek.. hahahah.. nampak tenang dan sentiasa je releks (tidur pun ada gak), tahun depan yang semakin dekat ini segala harapan dan perancangan kau tu dapat dilaksanakan dengan jayanya. jangan cuba untuk berpusing ke belakang melihat perkara yang lalu.. lihat sahaja apa yang ada dihadapan..

Aku pula semakin terus bersemangat menanti tahun depan yang tinggal beberapa hari lagi. perancangan perlu diteliti semakin mendapat perhatian sepanjang masa. kehidupan bersama insan tersayang yang diikatkan dengan sokongan pihak keluarga,aku melihat perkara yang baik ini menjadi titik usaha untuk terus berjaya dalam kehidupan, kepada insan tersayang.. semakin hari semakin bahagia bersama dan terima kasih kerana berusaha untuk terus memahami keluarga saya dan teruskan ikatan erat diantara kita,

Sunday, December 12, 2010

Itulah seterusnya.....

Kalau ikut takde apa-apa masalah pun..
cuma sejak kebelakangan ini.. tak kesempatan nak menconteng blog aku ini..
mungkin sebab banyak kenduri kahwin? fotografi? kursus? banyak la perkara yang berlaku
apa-apa pun sekarang ni.. kawan-kawan banyak membantu aku dalam pelbagai perkara.. tidak jua terlupa pada keluarga.. yang banyak memberi sokongan...
juga yang TerSayang.. saya tetap berusaha untuk masa kita yang akan datang....

penat,letih,mengantuk,lelah dan segalanya... lepas pada ini.. kehidupan akan bermula sebagai pra-keluarga.. tugasan masih ada.. cuma tunggu saja masa untuk buat... aku akan terus menjalani hidup...
selamat tahun baru islam.. selamat tahun baru masihi.. selamat tahun baru...
aku akan terus memperbaharui segalanyanya.. kesilapan akan datang tidak dilakukan pada masa akan datang....

Riwayat manusia biasa... Keem Merintis Ruang Hidup...

Tiada gambar secantik lukisan.....
nak ku tunjukkan perasaan....

(P. Ramlee... tiada kata secantik bahasa)

Thursday, November 25, 2010

Tunggu Sekejap... ehem-ehem.. tribute P.Ramlee


satu opis layan tribute P.Ramlee..
dalam banyak-banyak lagu yang diminati. lagu Tunggu Sekejap-Hujan..
memang best gila.. tak sangka Hujan leh create lagu camtu.. hihihihi

Tunggu sekejap wahai kanda
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku


antara bait-bait lagu P.Ramlee..
syok layan..

"Agak-agaknya di negeri china musim sajli ye cik salmah".. hihihi.. ada lagi dialog-dialog yang seronok dan kita ingati sampai bila-bila....

Al-Fatihah Allahyarham Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Putih@P.Ramlee (1929-1973)...

Monday, November 1, 2010

Budak gemuk main bola





agak kelakar aku main bolasepak sekarang...~!!!

Hikayat Lelaki Pening

Sementara menunggu masa berjalan untuk berjalan pulang ke rumah. Aku pening tak tau macam mana nak buat. Aku minta air kosong kat kawan aku, betul-betul kasi air kosong.. kosong je cawan tu.. sudah menjadi hampeh keadaan ini.. ramai mengatakan sejak dua menjak ini ada kegilaan yang berlaku dalam hidup aku sekarang.

Balik rumah saja, pening kepala sikit pasal tengok bilik serabut. ermmm.. sudah sampai masa bilik dikemaskan. tengah kemas-kemas. teringat pulak nak main tenis. Adehhh.. macam mana lak ni. tak leh nak wat apa-apa.. siap-siap terus pergi main tenis. Terdengar beberapa lagu dalam kereta seronok juga rasanya.. teringatkan Yanti yang baru bersalin.. Anak lelaki.. seronok rasanya dapat anak ni kan.. leh tumpu perhatian kat anak sepanjang masa?? aku ? belum lagi.. mungkin tahun depan.. kejap-kejap. dah sampai.. main tennis jap...

merapu dipetang hari....

Thursday, October 7, 2010

Itu saje



muka penat la konon

Lirik Pilihan.. Bagai Puteri - Breakfast Band

Jika aku jadi bintang
Kan ku berikanmu
Cahaya sinar cinta
Yang terapung bagaikan puteri
Yang cantik sekali
Indah senyummu penawar hati

(**)
Kau gadisku mimpi
Dalam tidurku
Tak puas malamku bersamamu.. oh
Ku berlari jauh mengejar cintamu
Agar kau kan menjadi milikku

(*)
Hati, hatiku runsing
Bila kau tiada takkan sempurna rasa
Jiwaku oh
Aku perlu kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu ..
oooh yeahh

Tuesday, October 5, 2010

Selama itu aku suka.. Terima Kasih Syawal..

Sepanjang keseronokan dari bulan ramadhan ke syawal. perkara-perkara yang dilalui bersama. keluarga,kawan-kawan, anak buah yang meriangkan hati dan tunang tersayang.
seronok sungguh la.

Jadi disaat penghujung syawal ini. bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi kebahagian dalam hidup ini. semoga di syawal akan datang menjadi lebih bermakna lagi nanti.

Syawal.. terima kasih kerana kedatangan syawal telah membuka ruang-ruang hati kehidupan yang lebih bermakna sekarang. kelibat ziarah-menziarahi,kutipan duit raya, serbu rumah untuk raya, majlis berbuka puasa, jalan-jalan dan merehatkan diri selepas penat berpuasa sebulan.

p/s - penghujung syawal.. jumpa lagi

Wednesday, September 22, 2010

Masih lagi mood raya.. nak buat macam mana..


foto klasik

fuhhhh~!!! raya juga akhirnya... selama sebulan berpuasa.. dugaan dan cabaran kita lalui .. beraya la lepas tu..
Aidilfitri 2010. permulaan raya menjadi tunangan orang. katanya manis beraya sebagai tunang orang ni. bagi aku semua manis bila hari raya. mana taknnye. nama pun hari raya. dah tentu kita kena raikan dengan penuh kegembiraan. dikesempatan hari raya kali ini. aku bersyukur kerana masih dapat beraya bersama keluarga,kawan-kawan, saudara mara dan semua orang yang berada disekelilingku terutama sekali tunang tersayang.

p/s - menulis diraya ke 13.. tapi mood masih seperti raya pertama.

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua orang yang mengenali aku.. tak kira dimana sahaja..
diseluruh dunia..
aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri bagi tahun ini...
semoga semua perancangan dan perjalanan lancar dan teratur.
selamat berbahagia kepada anda semua

Sunday, August 29, 2010

Lirik Pilihan - Senyum Indah (Crush)

Aku terkenang dikau
Dikala rindu
Di saat kau melihat
Tersentuh kalbu
Membawa aku
Semalam dulu
Kita bertemu
Aku dengan mu
Kau, tersenyum indah
Tertarik jiwa ku
Buat ku rasa rindu
Kerana ku tahu
Yang kau akan menjadi milik ku
Mata bertemu mata
Aku terpaku
Siapa diri mu
Seindah ratu
Kau, tersenyum indah
Tertarik jiwa ku
Buat ku rasa rindu
Kerana ku tahu
Yang kau akan menjadi milik ku
Oh, kau
Tersenyum indah
Tertarik jiwa ku
Buat ku rasa rindu
Kerana ku tahu
Yang kau akan menjadi milik ku

Thursday, August 26, 2010

Jangan main mercun





jangan gatal-gatal main mercun yer..
nnti putus tangan tak raya lak nanti. hhaha

pesanan khidmat masyarakat

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan yang ketika itu

Sebut ramadhan... teringat pelbagai cerita yang terkeluar pada bulan ramadhan..
ada ketika teringat kawan-kawan dikampung. yang mana kerja-kerja kebudak-budakan yang tidak ada penghabisannya.. mercun,meriam,bunga api, kabaid dan macam-macam lagi.. tatkala sendirian teringat dikejar oleh orang kampung kerana main mercun dihalaman surau.

sedikit meningkat usia.. remaja yang mematangkan usia kanak-kanak. penglibatan kumpulan yang besar untuk merayau-rayau dicelah kota untuk mencari masalah waktu malam ditempat-tempat seperti karaoke park,uptown cari baju dan melepak tepian sogo untuk melayan rebusan ditengah malam. pada masa itu awek-awek akan lalu lalang dan aku pun menjadi lalang yang mengorat awek-awek yang tak mungkin akan tergoda ngoratan itu.. ah indahnya ramadhan. ponteng puasa dan pelbagai ragam di bazar ramadhan mengingatkan aku keadaan disekeliling. Dulu aku tak bayar zakat. mak aku bayarkan. Sekarang ni aku bayar mak aku pula.. keadaan berubah..

sekarang ni.. ramadhan sangat bererti. dan mungkin ini adalah ramadhan "bujang" aku sebelum melangkah seterusnya. Buat keluarga tercinta. kenangan kita dimasa kecil sehingga dewasa ini banyak memberi pengajaran dan kebahagian dalam hidup ini. penambahan insan tersayang menjadikan ramadhan ini adalah ramadhan bahagia. sayang anda semua.

Monday, August 2, 2010

Mohd Nor Idha.. Selamat Pengantin Baru



Along (baju Putih kanan sekali)

Berakhir la episod zaman bujang Along Mail atau nama sebenarnya Mohd Nor Idha..
sahabat yang duduk dalam kelas selama 5 tahun bersama dengan aku yang agak-agak suka membuli dia yang baik hati lagi la tak pernah pukul-pukul aku.

bermula dari Tingkatan 1 Zamrud sehingga ke 5 Dedikasi. tak pernah aku lupa jasa baik dia. Anak Sulung dari 5 adik beradik pernah mengajak aku tidur kat rumah dia, makan kat rumah dia sekaligus menjadi tempat kami belajar,bersembang dan macam-macam aktiviti-aktiviti baik dan nakal. hahhaha...

Kepada Along.. Selamat Menjalani kehidupan berumahtangga.. semoga panjang umur dan jodoh kekal sampai ke syurga.

p/s - sorang lagi dah lepas... hahhaha.,. aku??? tunggu je la dulu

Lirik Pilihan - Senja Nan Merah (Ziana Zain & Awie)

Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa… terasa

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta kebeningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna
Di ruang yang lurus ini

Haruskah…
Kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah…
Kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna

Dibawah teriring ungkapan
Pada sebuah wajah
Yang lara kesepian
Haruskah kita mencari suatu
Senja dalam kepedihan

(#)
Haruskah…
Kita mencari dalam senja begini
Kembali kita bertemu

Haruskah (haruskah)…
Kita mencari dalam simpati wangi
Kembali kita bersama

Membilang kenangan yang abadi
Seperti menuggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah

(repeat #)

Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah

Sunday, July 18, 2010

Cerita kedai kopi..

Pada pendapat aku dan pemerhatian aku

..... Melayan seorang kawan dalam banyak perkara-perkara yang berlaku. isu semasa atau kenangan-kenangan silam.

Teringat perkara yang lepas dimana isu utama disini adalah.. Melepak.
Melepak orang kata tidak bagus. banyak membuang masa. kekadang tu boleh lupa semua perkara penting seperti solat, kerja dan macam-macam lagi. tentunya ada sahaja perkara nak disembangkan.

Ini kerana kekerapan dikalangan kita ini suka bercerita atau lebih dikenali " Cerita kedai kopi". seperti aku. suka melepak malam minggu disemua kedai kopi sekitar kawasan mukim Hulu Langat. kekadang itu menyelesaikan masalah pun di kedai kopi. sudah menjadi lumrah kedai kopi adalah tempat untuk berbincang. difikir-fikirkan, "cerita kedai kopi" telah lama aktif sejak dari zaman perang jepun sehingga la sekarang. aku teringat cerita P.Ramlee tu. seniman bujang lapuk. Merenung nasib pasal tak kerja pun kat kedai kopi.

Jadi adakah ini menjadi lumrah orang melayu kita melepak di kedai kopi?? rasa aku tidak kerana kedai kopi itu adalah untuk semua orang. Dan pelbagai cerita itu adalah rencah dalam meriuhkan kedai kopi. serta pada pendapat aku juga kedai kopi memberi kesan positif dan negatif. Positifnya dapat kita berkumpul beramai-ramai tatkala letih bekerja sepanjang hari, letih bermain futsal atau sembang perkara-perkara serius dan menjadi negatifnya pembaziran kewangan dan masa adalah amalan tidak elok. Justeru itu jadikanlah Cerita kedai kopi itu sebagai ruang-ruang riadah yang indah dan memanfaatkan semua orang.

"cerita kedai kopi~!!!!!" bukan untuk gosip tapi untuk merehatkan diri

Monday, July 12, 2010

Sekilas cerita pertunangan saya



Pada 10 Julai 2010.. maka dengan rasminya aku telah bertunang dengan seorang gadis pilihan aku sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.. hehehe...
namanya AZILAWATI atau lebih aku kenali sebagai Azila..

Ramai yang tertanya-tanya, "Bila pulak ko ade makwe ni kim" atau ade yang cakap kat aku.. " ko biar betul kim nak bertunang".. atau ada yang berkata " terkejut aku tengok gambar korang bertunang.. biar betul.".. semuanya adalah ungkapan dari kata-kata orang-orang yang berada di sekeliling...

Terkejut??? ramai yang terkejut.. sebelum bertunang atau selepas bertunang.. ramai yang terkejut.. orang yang pertama sekali terkejut adalah Mak aku sendiri, seperti tidak menjangka yang anaknya akan terus mengorak langkah menuju ke arah itu.

Majlis pertunangan ini berlangsung di rumah Azila terletak lebih kurang 5km dari rumah aku. dekat kan. senang nak balik kampung nanti. hehehehe... rombongan meminang Cik Joyah seramai lebih kurang 45orang. sebanyak 12 kereta menyertai konvoi tersebut.
lebih kurang pukul 2.30petang rombongan sampai disambut dengan mesra oleh tuan rumah.
bermula la perbincangan tanpa fikir panjang kerana sebelum banyak telah diputuskan.

kepada semua yang terlibat. keluarga aku. Mak,ina,nani,zaini, eg dan anak-anak kecilku, Ateh, acik , sepupu sepapat, saudara mara, jiran-jiran, kawan-kawan dari seluruh pelusuk malaysia, tidak terlupa Pak Ajis yang menjadi jururunding pada hari tersebut. Sokongan anda amatlah saya hargai.

Saturday, July 10, 2010

Majlis Pertunangan saya....





foto-foto semasa majlis pertunangan saya...

Tuesday, July 6, 2010

Lirik Pilihan - Inilah Cinta (Akim)

Lagu ini bukan aku yang nyanyi tau.. tapi Akim AF...
mula tu layan video klip.. teringat lak zaman-zaman mengorat awek..
siap bunga , teddy bear dan macam lagi.. tapi aku suka kasi pilihan,,,
sama ada nak cokelat? bunga? teddy??... hahahah

Mari kita layan lirik lagu ni.. hihihi

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

p/s : Aku mengambil sedikit masa lagi.. :)

Sunday, June 27, 2010

Kelihatan biasa sahaja

Sebenarnya.. gambar yang aku amik dalam post yang sebelum ini adalah foto masa kursus fotografi di ILP Kuala Langat. saja amik nak kasi tatapan umum happy sikit.

Banyak perkara yang berlaku masa kursus ni.. kenalan dengan kawan-kawan.. jumpa pakar fotografi dan dapat buat outdoor dimana sahaja.. ehehhe...

Terima kasih kepada Cikgu Fauzan yang banyak mengajar kami semasa kursus itu, baru aku tau selama ni aku belajar melalui pengalaman orang.. sekarang aku dah dapat banyak asas-asas yang selama ini aku tak pernah tahu dan agak-agak tahu..
kepada semua kawan-kawan yang turut sama menyertai kursus tersebut,aku mengucapkan selamat menjalani dunia fotografi dengan lebih cemerlang lagi. :)

Saturday, June 19, 2010

Hipokrit dan lagakan orang

Hipokrit itu lebih kepada pengertian dasarnya: menghebahkan keburukan orang tetapi berbakti kepada orang itu juga. Dalam erti katanya: talam dua muka lah.

Menunjukkan satu perkara negatif amat teruk. Hipokrit ini lebih kearah sikap berpura-pura. Buruk perangai. keadaan sekarang semakin terumbang ambing. Ada seseorang yang bangsat dan celaka telah memecahbelahkan orang lain. Sudah dua tiga hari perkara ini telah berlaku. Lagakan orang dan hipokrit menunjukkan diri depan orang tersebut.

Ingatlah. Hidup hanya sekali dan hidup kerana Allah S.W.T. Tolonglah... hentikan semua ini. Yang dirisaukan adalah masa berputar begitu cepat sekarang.. takut kena balik. tak tercakap di dalam kubur nanti.

P/s : Jauhi perkara buruk ini

Wednesday, June 9, 2010

Foto gedik ke Foto ceria....






hahaha... pepandai korang la nak nilai.. hahaha
Canon 350D + Flash Speedlite 580EX II

Tuesday, June 8, 2010

Kenapa???

"Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?"


hhahaa.. sebenarnya aku TERlayan lagu Daus AF8 masa sama-sama layan tv dengan P.E (imam Pencen).. best lak layan.. tenang sikit dengar lagu ni... tajuknya KENAPA...

Kenapa ye?
Hari ini aku tak tau kenapa semacam je rasa... ceria ada. gelabah ada.. kelam kabut ada.. tapi alhamdulillah.. selepas mak aku tipon.. katanya "OK"

Kenapa lak?
Entah la.. tapi apa yang pasti selepas pada hari ini. Aku akan terus menunggu masa-masa yang sesuai untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Kenapa ada?
Mungkin mendatangkan kebaikkan dan kecerian untuk akan datang... jadi sebab itu ada. memang perlu ada setiap masa yang akan dilalui.

P/s : Tak tau nak kenapa lak... tapi yang penting terima kasih buat Emak,Ateh dan E.g sebab menguruskan segalanya...

Thursday, June 3, 2010

Kisah akan bermula disini

Sebentar.. detik-detik.. masa yang akan menentukan dan menjadi titik perjalanan dan kisah akan bermula tidak lama lagi...

mari kita lalui.......~!!!!

Sunday, May 23, 2010

Fotografi



Jadual Fotografi

Majlis Akad Nikah Arina & Akbar
Ampang, Selangor
23 Mei 2010

Majlis Perkahwinan Azreen & Aizam
Ipoh, Perak
29 & 30 Mei 2010

Majlis Perkahwinan Arina & Akbar
Ampang, Selangor
5 Jun 2010

Majlis Perkahwinan Arina & Akbar
Banting, Selangor
12 & 13 Jun 2010

Tuesday, May 18, 2010

Pagi selepas sehari penambahan kedewasaan

fuhhhhh~!!! seharian selepas menambahkan usia yang meningkat untuk masa depan.. terdapat beberapa perkara yang baik boleh dikongsi bersama semalam....
lebih kurang dalam 40 orang telah memberi ucapan selamat hari lahir kepada aku.. terharu rasanya..

Pagi-pagi hari ini.. aku terus membalas semua komen-komen didalam facebook. banyak komen yang diberi lebih kurang dalam 20 orang yang telah menghantar komen.. kawan-kawan,saudara mara, adik beradik , sepupu sepapat dan ramai lagi.. jenuh aku menaip satu persatu untuk membalas ucapan terima kasih kepada semua orang...

Pagi ini juga aku merasakan seperti ada semangat yang telah diberi kepada aku.. semangat sungguh untuk terus hidup.. pagi ini juga ade juga yang lambat ucapkan selamat kepada aku... tapi aku tak kisah pun.. sebab ingat kat aku tu pun sudah cukup memadai...

Pagi hari ini juga aku telah memesan pada diri aku sendiri... sudah tua tu bawak-bawak la sedar diri tu tua.. maknanya.. beberapa perkara-perkara yang tidak baik itu dibuangkan dan yang baik itu ditambah-tambahkan...

Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk aku terus hidup sehingga hari ini... walaupun tanpa kek dan hadiah-hadiah yang banyak. bagi aku.. bersyukur masih ada orang mengingati tarikh lahir aku. terima kasih pada semua terutamanya yang telah mendendangkan lagu hari lahir kat aku.. terharu sangat. Macam ayat sastera lak aku. hihihiih.... untuk insan yang tersayang.. terima kasih kerana sentiasa bersama disaat usia yang semakin meningkat ini.

Sunday, May 16, 2010

Saat menuju usia tua



ye.. itu lah saya... disaat melepasi suku abad....
sudah tua aku ini.. esok adalah hari tua aku..

Monday, May 10, 2010

Semua cerita pasal hari ibu.. aku pun nak juga cerita ..


Sempena hari ibu ni. ramai betul kawan-kawan aku sibuk beri ucapan la.. hadiah la.. bawak ibu pergi bersiar-siar la.. macam la.. bila sebut ibu.. ada je yang bersuara.. "aku panggil emak".. "aku panggil mama".. aku panggil umi dan macam-macam lagi.. apa yang penting maksudnya sama.. orang yang bertanggungjawab melahirkan kita dan menjaga... aku seronok sangat-sangat.. sebab selepas arwah ayah pergi 19tahun yang lalu.. emak adalah segalanya bagi aku.. justeru itu kakak-kakak aku yang bertanggungjawab melarikan emak aku dan menyambut hari ibu di Bagan Lalang. Jelas kelihatan sungguh riang diraut wajah emak aku tatkala meniti usia 51 tahun...

kepada kawan-kawan ... sayangilah ibu kita untuk segala-gala yang ada didunia ini.. semoga Allah murahkan rezeki emak aku dan panjang usia serta ceria bersama anak-anak dan cucu-cucu yang nakal itu....

p/s - mamak amen je tak dapat ikut.. hiihihhi.. sori meng,..~!!

Monday, May 3, 2010

Main Teka Teki.. Melayan kawan-kawan yang sengal

Di suatu pagi....

D : Pepagi lagi aku dah kena lawak kat opis....
Aku : lawak apa kau kena???
D : Ada la kawan kat opis tu kasi teka teki kat aku.. beruang panjat pokok tinggal ape.. aku pening-pening memikir...
Aku : Abih tu ape jawapan ko.. aku pun tak tau gak ni... hhhihi...
D : Beruang panjat tinggal nak turun je la.. hihihi.. ceh~!! pagi-pagi aku kene lawak rakan-rakan..
Aku : hahahhaha


Di Kala Pagi...

F : semalam aku ade interview.. punya la kelam kabut aku cari bahan nak camne nak jawab interview nanti...
Aku : abih tu.. masa interview ape soalan yang di kasi...
F : Orang yang interview aku tu tanya aku .. "Gajah naik kereta.. manusia naik apa???".. tergelak aku.. soalan apa ni...
Aku : Abih tu ko jawap tak soalan tu..
F : Aku jawab la.. " gajah naik kereta.. manusia naik heran la.. hahaha...
Aku : Genius tul orang yang tanya ko tu... hahahhahaha

Thursday, April 29, 2010

Eksiden lagi

Semalam hujan renyai-renyai tengahari..
pada masa itu aku baru sahaja selesai Final Exam..
tak sangka pulak hari yang sangka cerah menjadi hujan..
sebabnya pada pagi itu kelihatan matahari terik naik ke tengah celahan awan yang sangat nipis itu

2.30 petang..
aku selesai makan dan sambil borak-borak dengan Fiq dan Mas. maklum la sembang-sembang selesai exam. tak sedar lak masa tu hari nak hujan. lalu aku pun beredar dari medan selera berdekatan kampus. dengan muka macho ala ala Tom Cruise terus start motor dan berambus dari kampus yang sesak dengan pelajar-pelajar sepenuh masa yang sombong dan bongkak tu..

Setiba sahaja di laluan Tesco melaka. hujan pulak. tapi tak la lebat sangat,kira boleh la nampak... setibanya ditrafik light Bt Berendam menghala ke lapangan terbang. aku berhenti la disitu.. aku pandang kiri kanan.. hujan lagi.. bila nak sudah hujan ye..
menyala sahaja lampu hijau. pecutan motor dimulaikan gear satu.. pastu dua.. masuk sahaja gear tiga.. tetiba ada kereta membuat U-turn tanpa salam telah melintang dilaluan aku. Dengan cemas terus aku brek kecemasan. nasib tidak menyebelahi aku. Aku terus melanggar kereta itu. melayang dan terbang aku akibat hentakan kuat dari kereta itu. perghhh...~!!! terus terbaring aku dijalanraya...

Wednesday, April 28, 2010

Lirik Pilihan April 2010

Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)

Istimewa buat Insan sedang berbahagia denganku.... kisah-kisah dulu ni... hehehe

Yeahhhh~!!!! Mari Kita Berjuang....




kawan-kawan... perjuangan kita belum berakhir... mari kita menyelesaikan tugas kita sebagai pelajar..

Tuesday, April 27, 2010

Syukur dengan kehidupan

Tatkala sibuk exam .. aku merasa perit untuk menjalankan tugas harian.. tapi disebabkan beberapa perkara.. aku akui.. syukur dengan apa yang ada.. lebih-lebih lagi.. kawan-kawan sepejabat dan seinstitut menjadi aku semangat dalam menjalani kehidupan.. nasihat,kata-kata,gurauan dan maki hamun ala ala mesra alam sering menerjah masuk ke dalam telinga aku ni.. mereka masih ada bersama aku dalam keadaan susah atau pun senang. syukur..

Mungkin jua sejak dua tiga minggu ni asik mencari jalan macam mana nak masukkan ayat-ayat dalam buku rujukan ini masuk dalam kepala otak ni. keresahan itu mula cair. cair dan cair. Seorang insan telah memberi kekuatan dalam diri.. sejak muncul dalam hidup aku sejak 5 bulan lalu. memberi satu sinar yang terang dalam keyakinan hidup. Dalam sibuk-sibuk proses komputer otak aku ni berjalan.. tetiba sahaja muncul menjadi screen saver dalam pusingan fikiran aku ini.. oh indahnya.. syukur dengan kehidupan sekarang.. aku telah berjanji pada insan yang aku sayangi ini. bahawa tidak ada perkara yang di fikirkan sekarang melainkan kebahagian pada masa akan datang.. biar la susah dulu ye... selalu je cakap "takper awak, saya faham".

Thursday, April 22, 2010

Nafas Baru

Selepas mencari-cari jalan untuk menyelongkar masalah dan selesaikan..
hari ini termaktub perkara mesyuarat agong KKDS.. mencari perubahan...
dan saat ini bermula la nafas baru dalam nyawa perjalanan KKDS.. Kelab Kebajikan Dan Sukan ILP Pedas...

Aku ingat lagi zaman-zaman dulu kala.. Pengerusi ketika itu Encik Wan Nasarudin.. orangnya segak serius menjalankan tugas.. ketika itu sekitar 2005 hingga 2006. Beliau memang seorang yang tegas dalam menjalankan tugasnya.. sekitar perjalanan tugasnya, beliau pandai menjalankan ekonomi kelab dan sentiasa bersama AJK dalam usaha membawa kemajuan kelab..
Baru nak kenal-kenal. pengerusi kelab ditukarkan dengan Encik Shahrulnizam.. mempunyai cara-cara tersendiri.. cool menjalankan tugas. Cara dia bercakap memang orang akan cakap tenang dan bersahaja. Semuanya perkara yang dilakukan dengan lancar.

Hari ini saya menyaksikan sekali lagi Encik Shahrulnizam kembali mengetuai Kelab Kebajikan dan Sukan ILP Pedas dalam mesyuarat agong ke 7. Diharap pengurusan kali ini dapat meneruskan agenda-agenda yang lebih mencabar dan idea-idea yang bernas.

Thursday, April 15, 2010

Banyak-banyak yang terjadi

Telah banyak perkara telah berlaku.. tidak kesempatan untuk update blog.. nak kata sibuk tak juga.. nak kata senang lenang tak juga..
cuma apa yang berlaku yang lepas banyak mengajar dan memberi pengalaman...
buat masa ini aku akan terus menghadapi apa telah berlaku ...
hari ke hari.. minggu ke minggu... sering bertukar.. dari rambut hitam ke rambut putih atau tiada rambut... sekarang... apa yang perlu.. aku perlu tumpukan sepenuh masa keluarga aku.. sering aku merindui untuk balik kerja terus ke rumah bersama mak dan anak-anak kecil yang sering menaikkan kepeningan aku dengan karenah-karenah mereka...

hurmmm... letih sungguh sekarang.. cari la masa untuk berehat... rehat minda....

Gusar

Sekarang ini.. musim peperiksaan... berjiwa la aku dengan ulangkaji yang tak berapa nak ulangkaji ni.. jiwa lara dah ni.. tak larat nak membaca menulis dan membaca segala-gala dalam buku - buku yang telah di berikan....

berjiwa la aku macam ni

Sunday, March 28, 2010

Menanti saat ternanti

Sejak dua tiga menjak ni.. aku senyum sentiasa.. hati sudah senang sekarang ni.. dahulunya kalut dengan kepeningan dan kekalutan.. namun Allah S.W.T itu maha adil dan saksama telah memberi aku kesusahan dan keperitan untuk ketenangan pada masa akan datang...

Sukar untuk dijangka.. entah kenapa aku semangat untuk terus bekerja.. macam sekarang ni final exam lagi 23 hari jer.. tapi aku semakin semangat macam tak sabar nak tunggu peperiksaan yang bakal menanti.. mungkin disebabkan pelbagai perkara sudah selesai.. mungkin juga disebabkan oleh permohonan emak aku tentang bantuan pembakar kek itu diluluskan dan akan dihantar ke rumah aku tidak lama lagi. mungkin di sebabkan akak aku telah mendapat rumah kuarters putrajaya yang sudah setahun lebih dia minta. mungkin jua kerana akak aku sudah berpindah daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa(JPBD) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM)dan telah hilang kepeningan di tempat lama itu. Mungkin jua kerana abang aku sudah bekerja dan tidak melepak serta memeningkan kepala emak aku di rumah. mungkin jua si kecil Afiq telah terpilih menyertai sukan peringkat negeri..

pelbagai perkara yang menanti dan akan menanti.. apa yang penting.. aku suka dengan dunia aku sekarang.. pancaroba yang tak henti-henti datang singgah dan pergi. harap-harap perancangan aku untuk akan datang berjalan dengan sempurna hendaknya...

aku pasti akan kesana jua.....

Bila aku jatuh cinta - Nidji

Bila aku jatuh cinta
aku mendengar nyanyian
1000 dewa dewi cinta
menggema dunia

bila aku jatuh cinta
aku melihat matahari
kan datang padaku
dan memelukku dengan sayang

bila aku jatuh cinta
aku melihat sang bulan
kan datang padaku
dan menemani aku

melewati dinginnya mimpi
melewati dinginnya mimpi?aa?a?a.

bila aku jatuh cinta? jatuh cinta
bersama dirimu
peluk aku?dan ciumlah aku
sayang?

Sunday, March 7, 2010

alahai.. apa la aku ni.. sibuk sungguh.. sorry ila dan Farah dan Bob

Sejak kebelakangan ini.. kesibukkan yang tiada had.. sampaikan masa untuk aku berehat pun susah nak selesaikan.. kepala otak dah mula penuh dengan kapas,tayar basikal serta sampah-sampah yang patut aku campakkan ke seluruh ruang-ruang pembuang sampah.. harddisk kepala otak ni dah mampu menampung segalanya.. namun apa jua yang terjadi sekarang wajib dilalui... pertama, kerja.. tak ada la sampai pening tapi banyak juga yang dah aku tinggalkan.. kena buat semula.. kedua, belajar.. dah lama tak ulang kaji.. kekalutan mencari jalan mikroekonomi berserta kekiraan akaun yang tak sudah-sudah.. hancur-hancur... badan tak berapa nak larat melayan buku-buku pada waktu malam...

Minta maaf pada ila kerana tidak dapat meluangkan masa dalam majlis perkahwinan kau. aku kesibukkan bersama keluarga aku dan menyelesaikan beberapa perkara yang sangat penting untuk aku lakukan... juga minta maaf kepada Bob dan Farah.. tidak dapat ke Klang bersama meraikan pasangan pengantin ini.. mungkin lepas pada kekalutan ini, aku akan mencari masa untuk berjumpa korang semua..

fuuhhhhh.... penat gak nak taip ni.. rehat la dulu yer... kekadang otak manusia ni bila dah serabut patut rehatkan seketika..

Tuesday, March 2, 2010

Rembat dari blog hajar

entah kenapalah budak kecik iaitu hajar nak tutup blog dia?? ada gangguan jiwa?? gangguan perasaan?? jiwa tertekan?? atau sudah ada 100 blog yang susah nak dikendalikan.. ada cerita disebalik blog dia yang sempat aku curi... Kisah Pusat Sumber dan Multimedia,

14 November 2008


Assalamualaikum.

Saya suka mengumpul kawan. Adakah itu satu hobi? Tidak. Tidak salah kalau kita suka berkawankan. Sejak saya berLI di ILP Pedas ini, kawan-kawan saya tentulah terdiri daripada mereka yang bekerja di sini.

Baru-baru ini saya bertugas di Bukit Jalil (saya akan post enrty tentang ini di masa depan). Sedang saya bertugas, saya bersembang-sembang dengan seorang staf dari JTM (ibu pejabat). Dia tanya pada saya adakah saya akan rasa sedih bila tamat LI nanti. Dan tanpa berfikir panjang, saya terus menjawab mestilah akan rasa sedih. Mereka semua baik dan baik dan baik. Saya suka bekerja dengan mereka. isk.. Dan staf itu tersenyum. Saya pun senyum. =)

Inilah mereka.

.puan rohaizah.

ketua jabatan disini. sangat berfikiran positif. pandai mengambil hati dan memuji anak buahnya. puan kadang-kadang agak kelam kabut (cepat-cepat, lari-lari anak). haha. sangat comel. hehe. selalu bercerita tentang dirinya. (percaya atau tidak, puan pernah bercerita tentang kisah cinta pertamanya kepada saya) hehe. mereka suka memanggil puan dengan panggilan makcik atau principle. hehe. puan seperti saya, sukakan kesempurnaan bila membuat kerja. puan sangat suka artis-artis dari korea. haha. puan selalu suruh saya memuat turun lagu-lagu korea. haha. Puan juga ada bisnes kek!! puan pernah ambil cuti ketika bulan puasa untuk siapkan tempahan. haha. dan diakui, memang sedap. =)

.encik abdul aliff.

sangat jujur tetapi kadang-kadang tak. hehe. dan kalau dia nak cakap sesuatu, memang direct tanpa ada tapisan.hehe. perangainya seperti budak-budak. suka membaling buku, pen, hentak kaki, tendang kerusi meja. haha. kalau baru kenal dia tentu akan ingat dia ini marah padahal dia gurau saja. hehe. dia sangat suka membaca seperti saya. saya selalu meminjam koleksi buku dia. hehe. dia juga selalu membantu saya dalam kerja seharian. terutamanya TMS. kalau membantu, dia akan bantu sehingga kerja kita siap. baik tak dia? tetapi kalau gelakkan orang, memang nombor 1! hehe.

.encik badri.

encik badri orang Batu Pahat. orang kampung tu. hehe. bagus dalam hal-hal media ini. terutamanya photoshop dan hal-hal kamera dan sebagainya. dia selalu menerangkan kepada saya tentang kamera itu, kamera ini. dia pernah memberi kepercayaan kepada saya untuk jadi pembantunya untuk menjadi jurugambar bagi majlis utama disini. selalu memberi idea dan mengajar saya untuk menjadikan sesuatu kerja media itu menjadi lebih cantik dan menarik. dia suka membuat sesuatu sehingga menjadi dan membuahkan hasil. dia juga seperti encik alip, kalau gelakkan orang, memang satu kumpulan. hehe.

.hakim.

dia ini pembantu perpustakaan disini. dia menggelarkan dirinya penjaga buku. sangat suka membuat lawak! serius. dia suka membuat orang lain ketawa. suka menyanyi, suara boleh tahan. paling kelakar, dia suka menyanyi dan lirik ikut dialah nak letak apa. haha. mungkin dia bercita-cita nak jadi ahli parlimen kerana dia aktif juga hal-hal politik ini. hehe. pernah, dia datang senyap-senyap dari belakang komputer saya dan menarik monitor komputer saya, masa itu sangatlah terkejut. rasa nak gugur jantung kerana tiba-tiba monitor komputer ini nak jatuh. jahat kamu hakim! huhu. semua orang suka kalau dia buat lawak. haha.

.kak yanti.

pengajar matematik disini. sangat baik. sedia membantu, tanpa berkira. kak yanti pernah menghantar saya ke klinik kerana saya demam. malam-malam. terharu. kerja dia banyak tetapi dia tetap melakukannya demi menjaga hati semua pihak. selalu mengalah dengan mereka-mereka yang berkaitan. kasihan kak yanti tetapi dia tetap buat sampai siap. huhu. suka mengumpul cerita korea! saya selalu pinjam dari dia. hehe. saya pernah menggantikan kelas dia untuk beberapa kali. seronok juga mengajar. hehe.

.banu.

pengajar bahasa inggeris. dia juga housemate saya. baik dan suka bercakap. tidak berkira. selalu menjadi penggalak untuk bertutur dalam bahasa inggeris. menjadikan hari selasa hari bertutur dalam bahasa inggeris di pusat sumber. tetapi akhirnya setiap hari perlu cakap bahasa inggeris. haha.

.kak zu.

suka memberi nasihat. ada banyak buku diatas meja kak zu. tips bekerja di pejabat. doa-doa kejayaan. huhu. pelajar agak rapat dengan kak zu (kalau tak silap) kerana kak zu adalah staf yang menjaga hal-hal asrama dan sebagainya.

Lirik Pilihan 2010

Nigina
Apakah yang membara
Di hati kecilmu
Kiniku terharu sayu

Nigina
Gadis timang dimanja
Membelai rindu
Melagu harapan seribu

Nigina
Ke sini dan ke sana
Kekosongan menyiksa
Robohnya persada bahagia

Potret dan waktu
Mengusik dikalbu
Mencuit sendu
Kau anak semesta
Impikan keindahan berjuta

Oh... oh... malam meratapi
Lembaran tragedi laramu ini
Kian dilamun ilusi
Kian membakar diri
Kau ibarat kuntum bersemi
Menunggu mentari
Memancar fitrah pagi
Agar mimpi sucimu abadi

sodap lak layan lagu ni.. huhuhuhu

Monday, March 1, 2010

Terbang melihat masalah tinggi

"sentuhanmu satu azimat.. buat diriku hina.. manusia terpinggir melara".. melayani siaran radio tempatan.. lagu tu dendangan Awie dan Search.. lama betul tak layan Nurnilam Sari.. sesepagi yang hening ni.. aku sekarang ni kelihatan pening-pening ulat beluncas... entah kenapa pemikiran aku jauh terbang ke sana... memikirkan keadaan yang menjadi dugaan dalam hidup.. menentukan masa yang menjadi tanda tanya adakah itu patut atau tidak menjadi hari itu adalah hari realiti.. akan tetapi kehanyutan pemikiran ini tidak boleh aku biarkan... beringat pada tuhan yang SATU menjadi aku semakin tunduk ke bumi... Allah S.W.T menjadi dunia ini indah dan aman untuk semua manusia didunia ini... indah sungguh... jadi masalah yang berlaku... adalah keindahan untuk semuanya...

Aku terasa ingin terbang menyelesaikan masalah ini.. terbang tinggi meninggalkan segalanya.... aku yang tak pernah henti menyelesaikan perkara-perkara yang penting dalam hidup.. aku juga menunggu hari-hari itu....

Friday, February 26, 2010

Jamming lagi

Sejak dua menjak ni.. asyik jamming je aku... tak tau apsal.. hahaha.. sebenarnya.. Mahazan, rakan sekerja sibuk bertanya.. nak tubuh band tak??? aku pun cakap ok je.. kisah band ni sebenarnya dah lama aku dengar.. cuma belum lagi diajak untuk menyertai penubuhan band di ILP Pedas...

sejak dari tahun 2006 aku dah tak main gitar ni.. apatah lagi band-band untuk mana-mana majlis .. lagi pun kawan-kawan aku semuanya dah bersara dan ada juga yang meninggal dunia.. sejak dari itu aku sudah malas memikirkan band-band ni...

Cuma sejak dua tiga minggu ni... kedatangan mahazan bersama set drum beliau di sertai dengan gitar letrikus syukran dan dentuman bass copong.. teruja kembali menjadi gitaris... betul-betul membakar semangat.... kembali semua aku menjadi gitaris di saat usia dimakan waktu ini... huhuhhu... macam tua sangat aku ni...

Merintis perjalanan kawan-kawan

Sebelum apa-apa nak cakap.. saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada E-cah.. sempat juga aku menjenguk dan bersama meraikan pengantin baru itu.. turut tidak ketinggalan rakan-rakan sama kolej dulu.. are-yen,bob,jemie,heri,nana,ainil,niza,zila,ila,shulin,nina dan mungkin yang lain aku tak perasan kot..

semua kawan-kawan meneruskan perjalanan mereka mengakhiri zaman bujang... aku??? mungkin tunggu masa kot??? hahaha... seorang lagi kawan aku dari kampung.. Syammeil.. Pegawai belia ni.. sudah melangsungkan perkahwinan beliau awal bulan lepas.. tapi yang sedihnya.. aku tak dapat hadir ke majlis beliau kerana ada kelas,, walau macam mana pun.. aku mendoakan beliau bahagia bersama isterinya..

Tidak ketinggalan kepada Are-yen dan Ainil yang melangsungkan majlis pertunangan pada tarikh yang sama (14 Februari 2010). tarikh percintaan la konon.. hahaha. tak kisah la apa orang nak kata.. yang penting sekali lepas ini kena la buat persediaan majlis perkahwinan... jangan lupa jemput aku ye....

Tatkala aku tengah menaip ni.. hari esok (28hb Februari 2010).. Majlis perkahwinan ila.. seorang lagi kawan aku dari klang juga... sekejap je dah jadi isteri orang kau.. hahah.. semoga bahagia ke akhir hayat...

Oh ye.. minggu depan ada seorang lagi kawan aku.. opss... bukan-bukan... dua orang kawan aku akan melangsungkan perkahwinan .. percintaan dari kolej ke jinjang pelamin.. lama siut... nak dekat 8 tahun.. lamanya.... Bob dan Farah.. selamat pengantin baru dan bahagia sehingga akhir hayat....

Bosan

Tatkala menaip ni.. aku sungguh bosan.. sebab tak tahu nak buat apa.. fikiran sekarang ni melayang jauh.... adakah sebab tekanan kerja?? tekanan belajar?? tekanan urusan hidup??? entah la... apa nak jadi aku pun tak tahu....

p/s- hehehe... aku belum makan sebenarnya... hihihi

Wednesday, February 10, 2010

Sekarang ni

Macam-macam persoalan yang bertalu-talu bagi kat aku...

Soalan :sihat??
Keem : Sihat je sekarang....

Soalan :keje ok ke??
Keem :keje ok je.. semua lancar

Soalan :Bila nak kawin??
Keem :dah agak dah... mesti ada soalan camtu.. insyallah..kalau ada jodoh aku kawin

Soalan :Agak-agak bila tu???
Keem :Bila apa?? hehee.. kahwin.. bergantung pada jodoh dan keadaan...

Soalan :Bila nak pindah KL???
Keem :Ingat nak pindah la tahun ni.. keadaan sekarang sesuai kot pindah.. dah masuk 5 tahun kat sini.

Soalan :Sibuk lagi dengan politik???
Keem :sibuk tu takde la.. tapi mengikuti perjalanan politik.cuma ingat nak rehat la dari persada politik.. nak tumpukan belajar dulu

Soalan :Berbalik pasal kahwin tadi.. dengar kata dah ada yang empunya???
Keem :Sangat konkrit nak jawab.. soalannya hanya jawab sekali jer... ye...

Soalan :Ada apa-apa perancangan selepas ni???
Keem :Dalam perancangan untuk membina rumah dan perkara ni masih lagi dalam proses perancangan pembinaan. lagi pun ini dibina khas untuk Emak aku.. istimewa untuk emak aku... dan mungkin kalau ada rezeki nak pindah kerja kat KL....

macam-macam ditanya.. soalan-soalan yang sering ditanya oleh semua orang.. ehhehe.. takpe la.. aku tak kisah pun walau seribu pertanyaan.. ini menunjukkan semua orang mengambil berat tentang aku.. hihihihi

Monday, January 18, 2010

JalanKu Masih Panjang

2010?? 2010?? sekejapnya... kenapa sekejap??? entah la.. aku tak perasan la pula...
sebenarnya.. jalanku masih panjang.. walaupun aku rasa sudah jauh berjalan.. tapi masih lagi jauh untuk berjalan.... tak sangka aku yang dulu kurus dah jadi gemuk.. tak sangka rambut lebat kini sudah banyak gugur.. hahahha...

Tajuk paling lama aku gunakan dalam blog aku.. " Jalanku masih panjang" .. dah sampai masanya aku nak tukar tajuk la.. tapi apa best yang nak letak... belum ada idea lagi.. hiihih...
jap jap.. tanya kawan-kawan la... kring~!! kring~!!! kring~!! ada call jap.. halo!

Sunday, January 17, 2010

Seluas Mana Yang Aku Mahukan......

Laut... terfikir dalam kepala otak..
macam-macam.. laut itu luas.. laut itu ada ikan.. laut itu ada ombak ...
laut itu laut ini...

Kenapa aku suka laut???
kerana laut itu luas dah paling besar dalam dunia...

Kenapa aku suka laut???
kerana di laut macam-macam kita boleh kita dapati...

Kenapa aku suka laut??
sebab laut tiap-tiap hari kasi rezeki kat semua orang....

yang penting sekali adalah... aku suka laut sebab luasnya tiada siapa dapat tahu di mana penghujungnya..... semuanya aku mahukan.. keluasan yang terbentang didepan aku...

p/s- Balik dari laut ~!!!

Thursday, January 7, 2010

Kesejahteraan yang dicapai

Sukar untuk mengatakan sekarang ni... pelbagai cara telah dilakukan untuk mencapai kesejahteraan.. bila memikir apa yang terjadi sekarang ni.. kelam kabut dunia.. perubahan iklim persaudaraan dan persahabatan.. kepolitikan yang tidak terurus.. menyalahkan kekejaman orang yang kaya dan kuasa.. apa semua ini....

melentik-lentik bulu mata membaca surat khabar.. mendengar berita.. melaungkan ketidak puas hati terhadap pihak-pihak tertentu... apa la~!!! itu je yang boleh buat~!!! ni lagi tak guna~!!!.. semua ayat yang sering digunakan....

Kesejahteraan tidak boleh dicapai dengan hanya berdasarkan teori didalam ensiklopedia mahu pun buku-buku yang ditulis oleh cikgu atau professor. kesejahteraan dapat dicapai dengan melakukan amalinya sekali.. janganlah menganggap apabila diajak gotong royong itu atas dasar politik atau mencipta nama.. kita harus fikirkan kemasyarakatan lebih utama berbanding politik atau dasar peribadi...

memupuk senang melakukan susah.. jadi wajib memikir pengeratan persaudaraan dan persahabatan... itu lagi penting dari meneruskan agenda tersendiri....

Monday, January 4, 2010

Kisah Malam BBQ Versi Dusun Tua






Malam marin.... kitaorang ada buek makan-makan kek umah erul.. time-time la nak jumpo kawan.. awak dari KL masa baru balik dari boli barang.. toruih gi umah dio la kan.. awak call la zali.. tak di reply nyo.. satu kes gak budak ni. mano la gi ha.. jadi ko tak jadi...
takpo la .. awak gi la umah erul.. sampai jo di sanun ado lak zali ha.. awak tanyo la apsal tak di replynyo sms awk.. di katonyo handphone tinggal kek umah ko kek anak buahnyo pakai.. ahhaha... lantak la... dah la tadi dila tipon.. dio cakap si syakirin dah sosek.. apsal la korang ni benak benar.. jalan nak lik langek pun lupo.. ahhaha.. tapi takpo.. hari tu kiro best la .. pasalnyo hujan la pulak. tapi bebudak ni tak kisah.. mentedarah tak ingek kek orang lain.. kiro-kiro ado la dalam 20 orang yang datang.. tak kisah awak do.. janji ado orang nak makan.. kek umah erul.. timo kasih bonar sobab kasi tumpang wek makan-makan ni kek umah ko.. lain kali kito wek la kat umah orang lain.. kek kengkawan.. tima kasih datang dan memeriahkan majlis.. hehehhe

(faham?? buat-buat faham la ye..)

Malam BBQ X-SKDT
1 Januari 2010
Rumah Erul, Dusun Tua