Wednesday, December 14, 2011

10 lagu untuk nanahkan telinga aku.

keh keh keh~!! kasi tunjuk dulu blog kawan aku ni...

http://celoteh-dira-arzmi.blogspot.com/

Nadhirah boleh.. Siti pun boleh.. siti koes endang pun boleh.. mempunyai hati yang baik dan niat yang jahat untuk menanahkan teliga aku masa hari kegemilangan raja sehariku.. ohhh niat jahat ye kau.. takpe-takpe.. tunggu masa ko nanti .. 7 hari 7 malam aku nyanyi tanpa henti.. baru kau tau.. ahahhaa....

Sketsa menulis blog pada waktu kerja yang penuh dengan kehidupan internet.. sempat juga bergurau senda dengan rakan lama ni.. Nadhirah seorang yang baik hati kekadang mulut boleh tahan jugak.. tapi tak la jahat macam mama juwie tu.. opssss,... ke situ pulak.. dia dah buat blog. so ada kesempatan nanti .. tulis-tulis la apa yang patut.. semoga dapat kita berkongsi cerita sepanjang masa...

p/s- agak sanskrit ayat aku

Lirik Pilihan kali ini .. untuk orang nak kahwin.. ahhahah Penghujung Cinta - Pasha & Adelia

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]

Sebagai cerita masa kini

Sudah 2 bulan aku membuka studio di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. alhamdulillah. rezeki dari ALLAH S.W.T telah dicurahkan kepada kami.. semoga segala perjalanan studio ni diberkati dan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.

Khas Buatmu~!!!!


Masih Menunggu ke? sikit je lagi... hehehe

Reaksi anda!!



Monday, October 24, 2011

Menjelang Reunion Sekolah 4 & 5 Dedikasi (2000-2001)



Dah lama tak berjumpa dengan semua kawan-kawan.. sungguh lama.. meninggalkan sekolah menengah yang boleh dikatakan sudah 10 tahun yang lalu.. pelbagai ragam.. kisah-kisah yang tidak dapat dilupakan.. perit, gembira, kelakar dan macam-macam lagi..

Kini kelakarnya sebab 70% diantara kami sudah berkahwin dan dah ada anak dan mungkin juga ada diantara mereka yang sudah anak yang bersekolah.. ahhaha... tak sangka.. saat kita berkumpul dulu dalam kelas tahun 2000 dan kini hampir selesai 2011,,, lamanya..

Perubahan pada rupa bentuk pun sudah berlaku.. termasuk aku.. semakin membesar dan kacak.. ahhaha.. kacak la sangat.. kini kita sudah berusia.. 16 tahun dan 27 tahun membuktikan kita sangat berbeza cuma yang sama.. kita tetap kawan..~!!

P/s - Masa sekolah dulu belum lagi mau bercinta dengan tunang tersayang walaupun satu kelas.. ahhahahah

Jom Layan Lagu Lama-Lama.... Hahaha..~~!!

Sunday, October 23, 2011

Sunday, September 25, 2011

Fikiran Positif or Negatif?

yeahhh... semalam memang macam-macam cerita ustaz bagitahu.. hahahha....

Ustaz : Saya ni ada soalan macam-macam.. 60 soalan boleh kasi ni kat korang semua.. saya ingat nak uji awak la.. boleh ke..
Murid : boleh je ustaz.......
Ustaz : kalau macam tu.. kalau haiwan jadi ikan.. ikan jadi apa?
Murid : ikan jadi sotong la ustaz.,..
Ustaz : salah tu.. fikir positif...
Murid : ikan jadi haiwan lain lak ustaz.. (macam-macam la ustaz ni)....
Ustaz : semua salah.. jawapan positifnya.. kalau semua haiwan jadi ikan... ikan jadi banyak la... hehehe betul tak?
Murid : laaaa..............

Tuesday, September 20, 2011

Tak sangka~!!!


Dah lama aku tak menyentuh blog yang sekian lama ditinggalkan.... kisah puasa.. hari raya dan pelbagai lagi menjadi memori indah aku sepanjang 2 bulan kebelakangan ini. sesungguhnya aku masih bersyukur kerana masih ada keluarga, adik beradik, sahabat-sahabat.. dan juga yang disayangi.. masih setia bersama aku...

lama tak menulis rasa kekok lak. takpe la.. esok mungkin aku akan menulis kembali.. kisah-kisah yang berlaku sepanjang masa.. mungkin menjadi pengalaman dalam hidup.

Friday, August 26, 2011

Monday, August 8, 2011

Berpuasa di Kuala Lumpur

Ehem2.. sakit tekak pulak.. sekejap je dah masuk hari ke-9 berpuasa..sangat penat. mengharungi jalan yang sesak (sebab semua nak balik awal ).. Bazar yang sesak.. fuhh~!! kalau yang tak biasa.. memang menyumpah sentiasa.. tapi apa-apa pun yang berlaku. itulah yang perlu dihadapi setiap hari. cuma yang bestnya.. banyak bazar ramadhan yang boleh disinggah. ehhehe.. macam-macam juadah boleh dibeli.. cuma yang tak boleh dibeli untuk berbuka adalah mercun dan bunga api.

Seronoknya sekarang.. dapat berjemaah di surau al-salikin. dapat berjumpa orang kampung.. kawan-kawan. sedara mara.. dan budak-budak nakal di surau.. alhamdulillah.. sepanjang ramadhan ini. surau kat tempat aku ni sentiasa penuh dan makanan moreh sentiasa ada.. syukur.. syukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberikan aku kehidupan yang bermakna sekarang. tahun ini adalah tahun terakhir aku berpuasa bujang.. erkkk... tahun depan berpuasa tukar status.. huhhuuh... rezeki la katakan.. saat memikirkan apakah yang perlu dibeli untuk raya kali ini. tup-tup. ada lak pemberitahuan tentang bonus untuk raya kali ini.. alhamdulillah.l.. rezeki lagi.. semoga rezeki-rezeki akan terus berterusan hendaknya,, insyaallah.. amin.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa 2011

Selamat berpuasa 2011 .. semoga perjalanan puasa kita di sepanjang tahun ini diberkati dan dirahmati allah s.w.t . buat pertama kali berpuasa bersama keluarga di hulu langat.. semoga perjalanan puasa dapat diteruskan

Saturday, July 30, 2011

Pujaan hatiku



kepada emak saya....

Tak lama lagi.. ada ahli baru dalam keluarga kita.. so...
sentiasa senyum....
sentiasa ceria.....
sentiasa menanti kesemuanya...
jangan pening-pening ye...
bawak banyak berehat... jaga kesihatan...
kita orang semua sayang mak... ;)

Monday, July 25, 2011

Seminggu lagi

uitsss... tak sangka lak dah nak berpuasa kita rupanya.. kepada kawan-kawan semua.. jangan lupa puasa minggu depan. jangan buat-buat lupa lak.. ahhahaha...

puasa yang sangat bermakna dan penuh bermakna.. 6 tahun mengharungi puasa bersama rakan-rakan dan kemudian berpindah semula ke hulu langat, pelbagai cerita dan ragam. kali ini tiada lagi bazar Rembau, Paroi dan bazar-bazar sekitar negeri sembilan...

Kenangan-kenangan tidak dapat dilupakan...
tunggu je lah puasa nanti.. ada cerita yang menarik lepas ni... ahhahah

Sunday, July 24, 2011

Alhamdulillah

Bersyukur kerana semua perkara sudah selesai.. perancangan pun sudah disiapkan.. segalanya telah diuruskan dengan sebaik mungkin.. tinggal perlaksanaan je lagi..
harap-harap tiada halangan selepas ini...

Terima kasih kepada semua yang terlibat.. Mak, ateh, acik dan lain-lain.. semoga perjalanan kita ini sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.. amin

Sunday, July 17, 2011

KL Sesak seperti dulu juga...

hari ini genap 2 bulan aku bertugas di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa.. seperti biasa.. bangun pagi seawal pagi.. menyiapkan diri dan memanaskan enjin motor yang baru sebulan lebih dibeli.. persiapan tidak sama seperti dulu.. banyak perkara diawalkan.. buat kerja awal. minum pagi awal.. cuma aku merasakan sesuatu kebiasaan.. Jalan Kuala Lumpur yang sangat sesak.. memang sesak... motor pun susah nak celah sana celah sini.. perghhh~!!! tak ubah.. seperti dulu juga.. nasib baik pengalaman mengajar segalanya. dari kecil aku memang didedahkan kesibukkan KL.. perjalanan pagi dari rumah sampai pekan Batu 9 sehingga masuk jalan cheras menuju ke Jalan Loke Yew sampai ke Jalan Kinabalu sehingga menuju ke Jalan Parlimen.. semuanya sesak.. penuh kereta. hahhaa.. nasib aku memang macam tu lah. walau macam mana pun. KL tetap sesak seperti dulu...

p/s- kerja kat pedas dulu kerbau menyesakkan jalan.. ahahhah

Thursday, July 14, 2011

Tanah Untuk Di Jual... ehhehe sekali sekala

Kepada semua sahabat-sahabat....

Ada orang kampung aku hendak menjual tanah dusunnya... ada la sikit pokok-pokok buah,, Tanah itu seluas 3 ekar dan terletak di Hulu Langat, Selangor..
So sesapa yang berminat boleh menghubungi sms atau call ke 019-6923671 atau boleh email ke keem8405@gmail.com..

blog untuk semua..

Monday, July 11, 2011

10 Julai 2011

ade beberapa perkara dan persamaan dalam tarikh ini... heheh.. kelakar sungguh bila difikirkan. 10hb julai yang lepas banyak perkara yang berlaku masa tu...

10 Julai 2011

Secara Rasmi... sudah setahun aku bertunang dengan pilihan hati... tak sangka pulak rasanya diri ini telah bertunang dalam tempoh setahun.. bersyukur pada Allah S.W.T. semoga hubungan ini akan terus kekal sehingga sampai ke syurga. kepada insan tersayang.. terima kasih diatas segalanya... segala yang telah diberikan.. kita tunggu masa untuk kita nanti..

10 Julai 2011

Allahyarham Wazir Bin Abd Gani. jika hayatnya panjang.. umur arwah ayah aku ini lebih kurang 54 tahun.. tarikh ini adalah tarikh arwah di lahirkan. tinggal di Linggi, Negeri Sembilan. Seorang yang cekal dan tabah dalam setiap perkara dalam perjalanan hidup. Aktif sukan.. Aktif bermasyarakat.. disenangi rakan-rakan. sesungguhnya Allah S.W.T lebih menyayangi beliau.. sudah 20 tahun arwah meninggalkan kami sekeluarga.. kenangan tetap tersimpan di dalam hati.. Semoga Roh Arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.. Al-Fatihah

10 Julai 2011

Ini perkara yang memang tidak disangka.. Pak Cik Ayop (belum ayah lagi).. iaitu bapa kepada tunang aku. lahir pada tarikh yang sama.. keh keh keh~!!! kebetulan sama tarikh lahir dengan ayah aku.. orang yang baik hati, peramah dan sentiasa memberi pandangan dekat aku (ini bukan bodek tau).. umurnya tak dapat dipastikan sebab tak berani nak tanya.. bukan takut tapi segan.. hahhaa... kepada pakcik. semoga apa yang kita rancang direstui dan dirahmati Allah S.W.T..

10 Julai 2011

Sambutan hari lahir untuk dua orang budak nakal ni.. Afiq dan Darwish.. Afiq lahir pada 30 Jun 2005 dan Darwish lahir pada 4 Julai 2006, serba ringkas jamuan disediakan.. tapi nak buat kek diorang.. punya seksa ucu dengan mama buat kek.. mengikut kehendak hati. nak kek transformers.. macam-macam hal.. semoga kedua-dua yang baik-baik ni akan dapat menjadi anak yang soleh.. insyaallah. meriah rumah hari itu.. seronok mak aku tengok cucu-cucu semuanya balik... cucu baru??? erkkk.. tunggulah nanti yer.. hhuhuhu

Thursday, June 30, 2011

aloo adik.. happy birthday afiq... 7 tahun

30 Jun 2011

MH : alooo.. adik tak bangun lagi ke?
Adik: aaaaa...aaa.a..a
MH : Adik dah gi sekolah ke belum?
Adik : aaaa.a..a.a.a..a
MH : sah baru bangun tidur ni.. weii bangun la.. dah pukul bape ni..
Hari ni birthday adik...
Adik : aa.a..a.a.a.a.a......

Aku telefon Muhammad Afiq.. Happy Birthday Adik.. semoga adik sentiasa rajin-rajin sekolah. rajin-rajin tolong dekat rumah.. sentiasa sayang ibu dan ayah.. tidak lupa pada wan tu.. rindu sangat dekat adik...

Kami rindu Adik.. teringat adik selalu ada dekat rumah :(

Tuesday, June 21, 2011

Lagu untuk semua... Hazama - Cinta Teragung

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Sunday, June 12, 2011

Membiasakan diri... Naim dan Afiq.. selamat bersekolah baru


semalam adalah hari terakhir Naim dan Afiq dirumah aku.. mereka telah berpindah sepenuhnya di putrajaya.. duduk rumah yang kerajaan sediakan.. 2 orang si nakal yang selalu buat kelam kabut kat rumah tu.. kekadang naik pening.. pagi ni emak menung kat kerusi laman rumah.. kalau dulu pagi mak aku duk sibuk jeritkan cucunya itu jika van sekolah datang.. pagi ni terasa sunyi sepi.. tidak dinafikan 10 tahun bersama akhirnya berpindah jua... membiasakan diri...

sebulan aku di Kuala Lumpur.. bekerja membiasakan diri keadaan sekarang ni. dalam masa yang sama aku juga membiasakan diri dengan perjalanan pergi kerja dan balik kerja. Dan kali ini, aku kena membiasakan diri dengan ketiadaan kedua-dua anak kecil. semuanya membiasakan diri dan perkara ini berlaku dengan cepat.

Naim,
Abang kena jaga adik dengan ibu tau. jangan malas sangat buat kerja sekolah. belajar. jangan asyik nak memendam perasaan jer.. kalau simpan nanti boleh jadi bom jangka. nombor telefon Wan dah kasi. kalau ada masa nanti abang telefon la wan ye..

Afiq (Si Ken..),
Adik jangan nakal-nakal. jangan selalu main luar sorang-sorang. kat umah wan adik boleh bawa basikal jauh-jauh sebab wan tau adik pergi mana tau.. belajar sekolah elok-elok.. dah kena rotankan.. so belajar rajin-rajin... nanti boleh mamak kasi adik jam liverpool ni.. pastikan no 1-5 je..

membiasakan diri.. membiasakan diri... kini tinggal aku , emak , adik dan abang.. semuanya jarang ketemu.. kecuali pada waktu malam.
emak.. terimalah keadaan ini dan biasakanlah diri tanpa cucu dirumah.. memang susah nak membiasakan diri.. selama 10 tahun dibawah jagaannya.. sekelip mata pindah.. memang kena membiasakan diri..

Monday, May 30, 2011

Macamlah lama sangat....



ehem.. ehem.... aku letak kat status facebook tentang 6 bulan lagi.. macam lama ada.. macam kejap ada.. tapi lebih pada kejap.. pasal kalau tak fikir macam 6 hari.. tapi kalau fikir 6 minit je... aduiiiii aiiii~~!!!

Sekarang memikirkan perkara yang paling dekat je.. alhamdulillah.. aku telah pun kembali bersama keluarga yang disayangi... maka semuanya harus disegerakan mulai hari dan seterusnya... macam-macam boleh berlaku sekarang ni.. selesai sahaja acik dan han.. aku punya giliran pula.. semoga semuanya tersusun dan teratur. serta murah rezeki... amin...

Wednesday, May 25, 2011

Pagi Kuala Lumpur

" terciptalah aku untuk kamu........"

kasi layan nitrus pagi-pagi...
ahhaha..... selamat pagi warga KL

Tuesday, May 24, 2011

Sedikit la tentang perpustakaan sekarang

Sibuk ke?? tak lah sibuk.. biasa la tempat kerja baru. banyak benda nak kena tahu, kisahnya aku sibuk ni dah lama dah. cuma sekarang ni aku menyibukkan diri. yang sibuk setiap hari adalah jalanraya, yang itu tak habis-habis sibuknya.

Perpustakaan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung,

Mempunyai 3 kakitangan, seorang penolong pegawai perpustakaan dan 2 orang pembantu perpustakaan termasuk aku. Alhamdulillah, kedua-duanya aku kenal, Puan Aida, Penolong Pegawai Perpustakaan adalah kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia sama dengan aku dulu dan Puan Nurul (puan?? errkkkk) adalah sahabat lama aku, kami sama-sama induksi tahun 2004 dulu, hahahha.. maka dah kenal siapa aku, insyaallah, aku akan lakukan yang terbaik untuk perpustakaan yang aku bertugas sekarang ni..


p/s- teringat kat liyana.. selamat bertugas juga untuk kau

Tuesday, May 17, 2011

Secara Rasmi.. Saya bertugas di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,Kuala Lumpur

Hari ini adalah hari pertama bertugas secara rasminya selepas menangguh bertugas selama 2 minggu di ILP Pedas.. sungguh jauh pergi meninggalkan Pekan Pedas dan Rembau.. kembali semula ke Kuala Lumpur.. sungguh jauh perjalanannya.. macam-macam cerita berlaku.. ingat nak buat la satu kisah di Pedas,,, macam-macam cerita ada..

Dan hari ini juga adalah hari lahir aku (18/5/2011) didalam usia 27 tahun dan bermula tugasan ditempat baru... semoga apa saja berlaku dalam kehidupan diredhai ALLAH S.W.T..

p/s - mendengar kawan-kawan gelak melalui telefon tadi.... seronok sungguh

Sunday, May 15, 2011

blog pun kene hack?? lantak la..

camner lak blog aku kene hack ni.. hahahaha... last post itu hari.. ada orang telah hack aku nyer blog.. aku?? aku tak kisah.. sebab ada aku kisah.... ko ado??? ahhahaha
lantak la.. sekarang ni jiwa berada di Kuala Lumpur.. harap-harap pergi kerja nanti tak kena hujan macam mula-mula lapor diri.... sekarang ni sudah kalah Liverpool.. penat je beli jam liverpool

Wednesday, May 11, 2011

aku nak pindah pedulik aperrr

best la aku dapat pindah demi yang tersayangggg

Wednesday, May 4, 2011

Hari ini saya gelak lagi

Pukul 1.00pagi.. aku baru balik dari Farisha corner.. tempat melepak lebih 4 tahun di Pedas, N. Sembilan ini. hari ni sungguh dasat.. sehingga menitis air mata aku menahan gelak yang tak sudah-sudah. ianya menjadi satu cerita yang tak boleh dilupakan.. sungguh pun begitu.. masih ada peluang untuk melepak macam ni lagi walaupun dah berpindah ke Kuala Lumpur? huhhuhu.. mungkin ada kot. ehehhe.. kena cari peluang la macam ni..

kisah melepak tadi sungguh bermakna bagi aku. mungkin banyak cerita atau kisah 2 3 hari ini yang aku tak tahu. dan mungkin aku takkan tahu sampai bila.. apa pun yang penting.. tadi memang best sangat-sangat.. hahahaha.. gelak besar aku.. melepak dengan sekelian makhluk yang pening tapi baik hati.. korang memang gila la.. ahhahahha

Tuesday, May 3, 2011

Nak menggedik kejap...


Pagi ni saya breakfast dengan tunang saya... hahahahaha
agak gedik tak post aku ni.. hahahahahha

Monday, May 2, 2011

Selamat melapor diri bertugas di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa

Tarikh : 3 Mei 2011 (selasa)
Waktu : 8.10 Pagi (lewat hujan)
Tempat : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur

fuh... sampai juga aku akhirnya.. selamat melapor diri di tempat baru.. perpustakaan yang unik dan cantik la.. boleh la kira cantik.. bangunan agak lama skit.. tingkat 4.. kena naik tangga.. boleh kurus aku macam ni.. hahahaha...

Agak seronok rasa hari ini.. dapat kembali ke kuala lumpur.. tetapi agak rindu pula dengan keadaan di Pedas, ermm.. macam-macam dalam kepala otak dimasukkan.. uhhh.. pedulikan la.. yang penting esok kena balik ILP Pedas.. nak tengok keadaan kat sana.. apa la yang pembantu baru tu buat ye... kena kasi sikit ilmu-ilmu yang ada ni .. terutama sekali ilmu memaki hamun pelajar semua.. ahhahaha...

semoga perjalanan seterusnya dirahmati dan dilindungi oleh ALLAH S.W.T.. amin

Saturday, April 30, 2011

Hari minggu yang malas nak keluar mana-mana

Malas sungguh nak keluar.. dah la kat luar tu suasana sangat panas... panas sangat-sangat.. walaupun keadaan redup.. tapi aku yang merasakan diri ini sangat panas.. huuhhuhu.....

semalam aku pergi amik barang. pakaian dan barang-barang peribadi kat Pedas.. tau tak pedas kat mana. heheh... tempat lama lagi dikenang.. nak kisahkan .. aku sampai je ILP Pedas.. suasana sunyi je.. ermmm... semua balik kampung.. dalam kesunyian tu. tinggal lah seorang penghuni setia atok.. kelihatan atok sangat penat (cam biase ler.. baru bangun tidur", aku ajak la dia pergi makan.. dalam kisah makan-makan ini.. dia memberitahu.. selepas pada ini mungkin kesuraman skit .. sebab aku pindah.. aku bagitahu pindah tak semestinya kena berubah segalanya.. kata ada perjuangan so perjuangan mesti diteruskan.. janganlah kita putus asa.. aku cerita pasal abg man (otai foto )lepas balik dari kuantan ni.. harap-harap boleh settle antara atok dengan abg man. malas nak panjang-panjang... pening gak nak layan perangai orang tua ni.. makin tua makin susah lak nak diajar.. nak kena pujuk selalu.. ahhahaha...

dan hari minggu ni.. banyak aku memikirkan seterusnya perjalanan GMBfoto.. mungkin akan ada pembubaran?? penerusan perjuangan? tapi apa yang aku harapkan.. tidak ada terputus segala hubungan aku selepas berpindah ini.. GMBfoto ilham dari segalanya dari jiwa aku yang sentiasa merasakan perjalanan kita terus ke arah kejayaan..

Thursday, April 28, 2011

Bila merasakan

Hari ni .. hari jumaat.. keh keh keh.. semua orang tau.. tapi hari ini adalah hari audit amalan 5S.. nak tau ke apa itu 5S? nanti cari sendiri la ye.. nak diceritakan hari ini adalah hari terakhir aku di Institut Latihan Perindustrian Pedas.. secara half-official.. keh keh keh.. camtu ke ayatnya.. maknanya lapor diri pada 3 mei 2011. so tempat bertugas yang baru adalah di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa. nak dikisahkan sekarang ni, banyak perkara yang perlu diselesaikan secara tenang dan tekun.. ermmm.. camner tu ye.. apa-apa pun, kerja perlu diselesaikan.. bila merasakan nak pindah ni.. perasaan macam-macam ada. macam masakan 3 rasa lak.. berpindah dari Pedas ke Kuala Lumpur adalah satu kisah yang tak dapat dilupakan sepanjang kehidupan. kisah putih jadi hitam.. kisah hitam jadi putih.. merah jadi biru dan pelbagai lagi.. bila merasakan nak pindah ini.. satu diari akan disimpan dan akan aku baca bila dan masa aku memandang ke arah highway PLUS nanti...

Tuesday, April 26, 2011

Selama ini itu adalah memori untuk kita

perkara-perkara yang lepas.. pastikan akan menjadi satu cerita yang tak dapat dikisahkan didalam perbuatannya balik.. selama ini aku mencari apa yang belum aku mahukan , tetapi disini lain yang dimahukan itu digantikan dengan satu cerita kegembiraan yang tak dapat dilupakan sepanjang masa...

apa yang menjadi selama ini adalah untuk ingatan kita kepada semua dan seseorang serta beberapa orang menjadi satu kisah yang tak dapat dilupakan.. gembira, sedih, panik, kelam kabut.. riang.. tersimpan semua ini setelah apa yang berlaku adalah selama ini untuk memori kita.. moga memori ini digambarkan dalam klasikal indah dan unik.. aku mencari ruang dipencarian jalan-jalan kehidupan seterusnya..

Sunday, April 24, 2011

Betul ke?

Jumaat lepas ada pemberitahuan tentang apa yang akan berlaku nanti... betul ke??
macam mana la nanti ye.. tengoklah keadaan macam mana.. ok ke tak

Monday, April 11, 2011

Saat pagi sebelum ke kuantan,pahang



hanya mereka yang aku rindukan..... selamat pagi semua... my mom and afiq tyco...

Sunday, April 10, 2011

Tidak lewat pun

sekarang menunjukkan masa 1.13am (mengikut laptop sani)... mata masih belum mengantuk lagi.. erkkk.. macam mana ye nak tidur.. esok dah nak kerja..

teringat pula emak di kampung.. apa la kisahnya sepanjang hari ini.. rasa macam dah lama tak balik... walaupun baru dua minggu.. fuhhhhu.... kena juga aku balik nampaknya.. apa la kisahnya tentang kawan-kawan kat sana.. ada ke yang sakit disana.
apa lah kisah saudara mara ye.. makcik-makcik.. ermmmm...... yang disayangi? tengah mimpikan aku kot,., perasan lak aku.. hahahahaha

teringat kat afiq.. yang sentiasa dalam minda dan akal fikiranku.. perghhh ayat..rindunya nak sakat afiq.. " mamak ni asik sakat adik jer". "tinggal 5hari ye".. fuhh teringat sungguh...

sepanjang malam ni macam-macam teringat..so terpaksa la memberhentikan editing foto yang pastinya akan membuatkan geng GMBfoto tanya-tanya aku nanti.. ahhaha... maaf la kawan-kawan.. aku menaip entri ini untuk membalingkan semua rasa teringat aku kepada semua yang aku teringat... esok nak kerja.. esok nak kerja... ehem.. ehem...

Friday, April 8, 2011

Agak segan dengan kekalahan ini.. keh keh keh...



perlawanan yang agak mengecewakan kesuluruhan pasukan.. keh keh keh....
ILP Pedas Lwn Adtec Melaka (1-6).. tapi sudah di jangka kekalahan ini.. oleh kerana tidak berlatih dan tidak membuat persediaan.. ahhahaha... 3 hari sakit badan main bola tak ada training.. hehehe.. kasi la skit foto-foto sedih ni,.hehehe

Thursday, April 7, 2011

Michael Learns To Rock.. keh keh keh... macam-macam hal

ehheheheh........ teringat masa mula dengar lagu MLTR ..
salah satu lagu yang aku minat...

25 minute.

"Boy I've missed your kisses all the time but this is
twentyfive minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twentyfive minutes too late"


Macam manalah aku boleh tersarung dengar lagu-lagu ni dulu..
lagi sebelas bulan aku berada di dunia perseorangan...

harap-harap segalanya berjalan dengan lancar....

Paint My Love

From my youngest years
till this moment here
I've never seen
such a lovely queen

From the skies above
to the deepest love
I've never felt
crazy like this before

Chorus:
Paint my love
you should paint my love
it's the picture of a thousand sunsets
it's the freedom of a thousand doves
Baby you should paint my love

Been around the world
then I met you girl
It's like comming home
to a place I've known

Chorus:
Paint my love
you should paint my love
it's the picture of a thousand sunsets
it's the freedom of a thousand doves
Baby you should paint my love

Since you came into my life
the days before all fade to black and white
Since you came into my life
Everything has changed

Chorus:
Paint my love
you should paint my love
it's the picture of a thousand sunsets
it's the freedom of a thousand doves
Baby you should paint my love

Chorus:
Paint my love
you should paint my love
it's the picture of a thousand sunsets
it's the freedom of a thousand doves
Baby you should paint my love

Thursday, March 17, 2011

Semalam bercerita tentang kisah manusia

permulaan cerita tentang manusia...

kisah manusia dan duit..
tiada penghabisan jika manusia dok sibuk mencari duit bukan mencari ketenangan dan kebahagian.. waktu semasa semakin sempit dengan keadaan masa yang tiada ruang untuk bersama... so bila bermasalah duit je terus sasar kepada semua orang dengan tidak tentu pasal. sibuk dengan hal dirinya yang kekurangan duit serta bermegah selama ini dia yang mencari duit untuk isi rumah. dalam keadaan macam ni. sepatutnya memandangkan tanggungjawab tu memang kena ada. entah sejak kebelakangan ini sibuk orang tu menuduh dan mengalihkan masalah kewangan beliau dengan singkat mengatakan dialah selama ini yang menanggung semua isi rumah .. aku tidak ada masalah cuma bila dah cakap camtu.. tanggunglah sendiri.. janganlah bila dah cakap lepas tu salahkan orang lain sebab tidak membantu.. sedarlah duit itu bukan segalanya yang boleh dibeli... belum tentu kita bahagia dengan duit.. roti sebungkus jika kita pandai menguruskan sudah tentu boleh memberi kebahagian dalam keluarga kita. aku sentiasa berdoa semoga roda yang berputar itu dapat mengalihkan posisi keadaan sempit ke arah kebahagian.

Kisah bila benda baik menjadi bahan untuk akan datang
Semasa bincang kira ok la semua.. selepas semuanya selesai baru nak ungkit perkara-perkara. sudah tentu dapat keizinan dan terang-terang mendapat sokongan semua orang. tapi bila sudah selesai perkara baik itu. timbul pula syak wasangka yang tak dapat dielakkan.. aku termenung kejap.. kenapa benda baik camni tetiba hilang sokongan dari dalaman sendiri. sikap menegur secara sinis dan keras serta tiada bahasa yang menunjukkan status aku dalam keluarga yang harmoni selama ini menjadi seorang yang sentiasa menjadi bahan untuk cakap-cakap sindir. aku pelik dengan keadaan manusia didalam rumah sendiri sentiasa menyindir.. tak nak cakap terus. aku sudah jadi pening, kalaulah perkara akan datang ini berlaku masalah belum diselesaikan lagi. tak dapat aku bayang macam mana nak cari perjalanan yang sebenarnya nanti. aku takut aku salah langkah atau aku ditolak untuk salah langkah.

Keadaan semangat berkobar-kobar seorang diri.
Belum lagi ada redaan dalam diri untuk berkobar-kobar meneruskan hidup. sentiasa menanti, berusaha, dan bersungguh-sungguh untuk meneroka dalam diri. aku sangat-sangat bersemangat. tapi aku seorang diri je lah sekarang ini. ada yang patut membantu tapi senyap je. tapi aku menganggap positif mungkin ada bantuan atau sokongan. tapi itu mula-mula je fikir camtu.. dah lama selepas itu. aku mungkin menganggap macam aku seorang je.. apa dah berlaku sebenarnya. apa sudah jadi ye. bayangkan selepas keperitan yang lepas semua menganggap aku ni pemusnah dalam semua aturan hidup orang. pening juga aku sekarang ni.. aku seorang berkobar.. sekarang ni benda baik aku nak buat semua menjadi perkara baik seorang diri.. mana letak keutuhan sokongan sebelum ini aku pun tak pasti.. yang pastinya aku sentiasa berdoa semoga perjalanan harmoni dalam diri sentiasa ada dan berharap orang yang aku harapkan akan sentiasa bahagia dan kekal untuk bersama walaupun didudukan di tengah-tengah orang yang dianggap cantik dan memberi ketenangan walaupun hakikatnya banyak yang perlu dilakukan. masih awal lagi

Proses menjadikan pekerjaan baru

sejak kebelakangan ini, aku mungkin terlalu sibuk dengan urusan - urusan hartanah dikawasan aku sendiri. sejak menceburi bidang tukang jual tanah ni (broker la tu).. banyak betul menelefon, bertanya.. nak lawat tapak.. dan macam-macam lagi. mungkin ini boleh menjadikan salah satu pekerjaan baru. bak kata orang.. kalau nak kahwin ni kena sungguh-sungguh mencari pendapatan lagi. hehehee....

so kalau ada sesiapa berminat untuk membeli tanah atau ada pakcik-pakcik yang tak tau nak letak duit kat mana.. boleh la menghubungi aku ye.. ohye..

sila hubungi : -

Hakim
019-6923671
keem8405@gmail.com

Membelek masa.....

aku mencari-cari lirik lagu pilihan kali ini....
Lirik The Times - Lagu Bintang....

Oh Bintang..
Paling jauh..
Ku cuba utk mengutipmu
Semalam aku terjatuh..
Kau sambut walau berdegup
Sejuknya malam itu
Musim bunga atau salju

Oh Bintang..
Paling jauh..
Ku cuba utk mengutipmu
Semalam aku terjatuh..
Kau dakap walaupun halus
Sejuknya di malam itu
Musim bunga atau salju
Bertemu...

Gugurlah bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
Gugurlah bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku

Oh Bintang..
Paling jauh..
Ku cuba utk mengutipmu
Semalam aku terjatuh..
Kau sambut walau berdegup
Sejuknya malam itu
Musim bunga atau salju

Gugurlah bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
Gugurlah bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
Lagu bintang...di taman sepi mimpiku
Lagu bintang...di taman sepi mimpiku
Sepi mimpiku

Sunday, March 6, 2011

Kerana sudah pasti ada setahun lagi

Setahun?? cam lama je.. tapi sekali imbas tengok kalendar.. lagi berapa bulan je nak habiskan 2011... selepas itu bermula era baru... kepada yang tersayang.. banyak perkara yang perlu dibuat... mula dengan hal-hal rasmi sehingga la barang-barang untuk persiapan rumah baru... rumah baru??? erkkkk... tak lama lagi kot.. tunggu pelan je siap.....

Dirumah pun.. banyak hendak dibuat.. melihat emak kelihatan tenang tapi banyak memikirkan pasal aku.. hurhhh...~!!!! banyak pula hendak difikirkan.. tak lama lagi ada pertambahan lagi keluarga selepas aku.. betul ke? tengok la nanti. walau apa pun yang berlaku.. tak lama je lagi.. setahun tu tidak pasti.

Thursday, February 17, 2011

Rehat bersama keretapi

















hehehe.. penat la kerja sekarang ni.. dengan assignment satu pun tak buat lagi... so bagi meredakan masalah ini... redakan skit jer.. aku telah mendapat jemputan ke ILP Ipoh untuk perlaksaan TMS - Resource Module..

So inilah masa merehatkan minda.... merehatkan minda dalam ETS KTM.. fuhhh best bro,..
kalau nak join.. meh ikut aku.. seronok sangat-sangat pergi ipoh ni..

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Kelewatan untuk update blog..
salam maulidur Rasul buat semua orang mengenali diriku ini..
sesungguh Rasul itu adalah contoh bagi semua umat islam diseluruh dunia..

sesungguh islam itu indah bagi semua makhluk dimuka bumi ini

Thursday, February 10, 2011

Bila jumaat

Bila hari jumaat je semua orang kelam kabut nak balik.. hehehe..
bila jumaat jer.. semua orang sibuk nak pergi solat jumaat..
bila jumaat jer.. aku pun nak mengemaskan segalanya... mari pulang.........

Thursday, January 27, 2011

Kenalan baru.. tengahari pulak tu

Kawan J : ko tak hisap rokok ker???
OwnerBlog: saya tak hisap rokok bang...
Kawan J : Sebabkan ko la jalan tak berturap.. longkang tak boleh repair...
untuk pengetahuan ko.. cukai rokok ni la yang membolehkan kerajaan repair
longkang ngan tar jalanraya ko tau tak...
OwnerBlog: (aku ni tak merokok pun jadi satu kesalahan ker??)... membingung kejap....

Tengahari di IPB, Cheras, KL
Orientasi pelajar baru.... semoga maju jaya

Lirik Pilihan... Yang terindah - Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Thursday, January 13, 2011

Kecewa mereka yang sudah tua dan tidak berakal

Sudah la tua... tidak mahu campur orang.. salahkan orang...
bila ada masalah tak nak jumpa.. face to face... pelik sungguh..
kalau dah kerja lama.. kenalah pandai campur orang sikit... ini tidak ,kesemua masalah kat diri sendiri dilemparkan kepada semua orang...
sejak bila mereka menjadi orang tua paling bodoh....

Tak mahu lagi.. 2011 ni...

Sudah 13 hari tahun 2011.. aku mempunyai semangat yang kuat...
belum mahu lagi berkata-kata lagi... tapi sekarang.. tidak mahu berpatah balik tentang perkara dulu.. nak ke depan je lepas ni.. walaupun suasana kerja sekarang tidak berapa baik.. banyak sangat kospirasi, pergelutan, permasalahan serta kerumitan dalam menjalankan tugas sendiri. Namun harus aku lakukan sekarang adalah teruskan perkara yang tersenarai dalam tugas-tugas yang perlu diselesaikan..