Tuesday, December 11, 2012

Oh ye.. hampir terlepas



Sebelum terlewat.. Selamat pengantin baru untuk Azrul Nisham @ Icam.. selamat menjadi suami . semoga panjang jodoh dan murah rezeki. lepas ni dah boleh teruskan jejak langkah seperti aku sekarang... hahaha... nampak kegembiraan sepanjang sesi fotografi bersama dia dengan isteri.. dari Lanchang sampai ke Raub, Pahang..  setiap masa dia akan tersenyum lebar seperti foto diatas... hahahah... tahniah diucapkan.. boleh disimpulkan ceritanya... "jodoh dan pertemuan di tangan Allah S.W.T.. kita merancang sahaja..." desus-desus cinta tak ada.. tiba-tiba bertunang dan terus kahwin.. fuhhh! memang boleh buat novel..

   
Abang Jerung melayan rokok berasap-asap

Tinggal tunggu jumaat ni (14 Disember 2012).. sahabat karib dan rakan kongsi Gabungan Lensa Studio akan bernikah tidak lama lagi. nak tengok macam mana pula ragam sahabat yang sorang ni. tak tahu la macam mana gayanya nanti.. jangan kelam kabut.. aku doakan semoga semua berjalan dengan lancar... sampai masanya semua orang akan merasai kenikmatan berumah tangga.. tahniah kepada korang semua....

Monday, December 10, 2012

Perkara yang sering berlaku




memang perkara yang sering berlaku.. tengah-tengah tengok movie masa tu la sibuk melayan kawan-kawan yang sengal.. hahaha.. video yang menarik.. 

Monday, November 26, 2012

November - Disember lepas tu tunggu apa seterus

2012 hampir melabuhkan tirainya... tinggal lagi sebulan lebih je lagi.. sesungguhnya aku berasakan semakin tua dan semakin bertambah waktu.. semakin banyak perkara yang telah dilalui.. pening-pening.. perit-perit.. adeh.. semua ada la.. November banyak memberi aku pelbagai perkara.. sejak nak akhir-akhir tahun banyak tertumpu pada persiapan bayi ..

Juga persiapan untuk berpindah.. insyaallah.. tahun depan dah nak menimang cahaya mata.. semoga Allah mempermudahkan segala urusanku.. amin.. dalam sibuk-sibuk ni.. sempat jugalah mencari nama-nama yang sesuai...

Disember tahun terakhir untuk sahabat dan juga rakan kongsi dalam membangunkan Gabungan Lensa Studio, Jerung Resakse a.k.a Jojet.. semakin sibuk nampaknya menguruskan perjalanan majlis.. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar semoga diberkati dan dipermudahkan segala urusan

Monday, October 15, 2012

Tengku Adil - Babak Cinta Official Music Video HD

Lirik Pilihan - Babak Cinta ( Tengku Adil )

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka

Sunday, October 14, 2012

Apabila Musibah Berlaku

Cikgu sekolah ada pernah cakap.. hidup umpama roda. selama mana kita duduk diatas. selama mana kita hidup dibawah. Menjadi lumrah dalam pelbagai cabaran.

Oktober 2012, bulan penuh cabaran dalam hidup. semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..


Selamat Tinggal Nikon... Kau Tetap Dalam Ingatan

Tuesday, September 18, 2012

Merdeka , Hari Malaysia dan Koir Akhir dapat nombor 4

31 Ogos adalah tarikh merdeka bagi Negara Malaysia yang telah lama aman dan harmoni hidup dalam pelbagai kaum walaupun ada segelintir kambing-kambing yang cuba merosakkan negara dari segi ekonomi, agama , bangsa dan penjajahan fikiran, tarikh yang berpeluang kepada semua rakyat malaysia untuk bercuti dan berpeluang untuk bersama keluarga tak kiralah berjalan ke pantai ke jalan-jalan Port Dickson ke atau rehat-rehat di rumah sambil layan air tebu, namun 31 Ogos yang lepas aku mendapat peluang untuk berfotografi di Teluk Intan, Perak. alahai.. walaupun cuti aku tetap mencari rezeki demi keluarga dan syarikat kami. buat pertama kali 31 ogos diraikan diluar kawasan mukim kampung sendiri, hehehe.. tapi sekali sekala best jugak... dapat tengok negeri orang..



apa-apa pun tahniah untuk zaki dan yana. selamat pengantin baru saya ucapkan. semoga jodoh dan berbahagia berkekalan sehingga sampai ke syurga.

16 September, Perkara yang sama telah berlaku dalam masa sehari, hari penubuhan negara malaysia iaitu bersatunya sabah dan sarawak ke dalam negara malaysia yang diakui oleh semua orang tentang kelahirannya.. walaupun segelintir menganggap satu penubuhan kronik untuk kepentingan kenegerian. namun malaysia yang aman dan makmur ni telah membuktikan sebenarnya tiada permasalahan yang berlaku. tindakan dan penjagaan keharmonian yang baik telah dilakukan oleh rakyat malaysia, semoga keamanan ini terus di kekalkan.. 16 september yang lepas juga adalah hari lahir emak aku.. untuk sekian 53tahun kehidupannya.. semoga kehidupan terus diberkati oleh Allah S.W.T.. 16 September juga tarikh lahir untuk dunia baru... Ateh a.k.a kakak iparku selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 1.00pagi. kelahiran kedua bagi pasangan suami isteri memberi keceriaan kepada seluruh anggota keluarga kami. semoga sihat sentiasa dan bahagia selalu... Hari yang sama.. aku kembali menyarung jersi fotografi untuk terus beraksi di Bkt Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan.. kemudian singgah makan-makan raya terakhir untuk tahun ni di rumah Nurul di Air Mawang, Negeri Sembilan. Terima kasih tak terhingga kepada nurul sekeluarga sambutan yang baik.. sangat terharu.. kah kah kah~!!!

 Gua rembat foto dari FB Cik Eija Rimau... Jangan Marah

koir?? ohhh tidak.. tak sangka kami dapat masuk peringkat akhir. namun apakan daya,.. dapat no 4 dari 4 pasukan.. best tak?? hehehe... apa-apa pun semua sahabat dapat memberi kesungguhan sepenuh tenaga, walaupun tak berjaya tapi kita tidak mengaku kalah begitu je, yang kalah tak semestinya terus kalah.. menang bukan untuk selamanya, bagi aku peluang ini diambil untuk pengalaman akan datang, walaupun bergaya agak zapin tapi dapat memberi saingan kepada semua peserta. apa pun tahniah korang.. memang terbaik la...







Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Foto kenangan di Gabungan Lensa Studio.. selamat hari raya dari aku sekeluarga.... masih dalam proses menambah keahlian.. keh keh keh~!!! walaupun dah masuk raya kelima. Tapi aku tetap merasakan seperti hari raya pertama.. maklumlah.. buat pertama kali bergambar di studio baru.. kamera baru..

Selamat hari raya semua.. kalau berminat nak buat sesi fotografi di studio saya.. boleh hubungi saya... penyediaan pakej dan perkhidmatan sewa studio yang terbaik untuk anda semua.... Padu~!!

Tuesday, July 31, 2012

Molotop.. meriam tin.. ko ado?

Gambar Hiasan

Zaman nakal dulu-dulu memang tak  boleh dilupakan. Satu perkara yang sering dilakukan pada bulan ramadhan adalah bermain mercun. Tapi kekadang mercun tu seperti permainan kanak-kanak. hahaha... sebab nak lebih hebat lagi main meriam. Sebelum menceburi bidang molotop ni. Mesti ada kekuatan fizikal seperti tahan gegendang telinga dan boleh lari laju sebab bunyi dah la kuat dah tu kena kejar dengan orang kampung lagi so kenalah lari laju. hhahaha...

Teringat zaman ni.. masa tu tempat selalu beroperasi adalah di pinggir hutan dimana jauh sikit (sikit je lah) dari rumah.. tapi bunyi boleh buat satu kampung berperang. Masa tu memang tak ingat apa-apa. bahaya ke tak bahaya ke tu soalan kedua. apa yang pentng keseronokan. belum jadi apa-apa boleh la cakap seronok,,, hahah... 

Apa-apa pun sangat bahaya kalau tak pandai main.. so rakan-rakan lama.. bila aku teringat je meriam tin.. mesti aku teringat tentang masak maggi dalam hutan, rembat nenas kat kebun orang pastu rembat durian orang.. hahaha.. begitulah sungguh nakal zaman kanak-kanak dulu... haisshhh~!! kenangan sungguh.

Monday, July 30, 2012

Seronok Bersama Adinda Nikon..





saje kasi propa sikit... hahha.. akhir sempat jugak aku rembat sebijik kamera baru....

sempat gak aku shoot gambar-gambar awalan kenangan...











Friday, July 27, 2012

Kelewatan tak sengaja.. selamat berpuasa

Alahai.. terlalu sibuk sangat ( konon).. sudah masuk 7 ramadhan,, kelewatan aku.. sungguh penat.. tak sangka lak puasa ni stamina ramadhan makin kurang.. maklumlah makin tua (alasan je ni).. sesetengah orang macam aku ni sebenarnya banyak keistimewaan ramadhan ni. Antaranya badan makin kurus dan kacak. hahaha... terasa semakin ringan badan sekarang.. oh ye.. tiap-tiap petang jarang sekali membeli di bazar ramadhan.. dulu masa bujang asalkan balik kerja terus menebeng (bahasa mana tah) di bazar ramadhan rembau. rambang mata tengok juadah.. asalkan berduit makan banyak-banyak je, tapi sekarang dah ada isteri. isteri la masakkan. isteri bangunkan sahur. oh alangkah indahnya dunia perkahwinan..hahahha... beruntunglah kalau ada isteri ni. kepada sahabat-sahabat yang membujang tu. cepat-cepat la kahwin ye. kalau tak asyik melaburkan kewangan je di bazar ramadhan,

p/s - Teringat kisah surau, mercun dan moreh

Tuesday, July 3, 2012

Aku tulis dan aku uploadlah


        Inilah satu-satunya gambar aku masa sekolah dulu.. opsss~!!! tu la dia isteriku sekarang.. keh keh keh~!! macam kelakar sikit gambar ni.. apa boleh buat.. kenangan silam.. gambar yang dicropkan supaya nampak berdua,,, syukur pada Allah S.W.T .. bertemu jodoh.. dan akhirnya mendirikan rumah tangga,,, bakal menjadi ayah dan ibu kami ni,,, 

      
      Betul kata mak aku.. kekadang kita akan dapat lihat sesuatu yang tidak disangka.. tak pernah bercerita bercinta berseloka.. akhir bertemu dan berkahwin.. jodoh.... setiap yang berlaku ada keistimewaannya....

       Aku ? tetap seperti dahulu.. sentiasa ceria dan tetap dengan cara aku tersendiri...