Friday, November 15, 2013

Wahai Jiwa-Jiwa Yang Tenang

Jiwa Yang Tenang (Tafsir QS al-Fajr [89]: 27-30)

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Jarang sekali bertemu di blog aku ni...
Wahai jiwa-jiwa yang tenang.. setenang - tenang itulah dia penghuni syurga dan percaya bahawa Kejujuran , Keikhlasan dan bersyukur buat kita tenang dalam diri.

Dapat mengawal nafsu, penuhkan ketenangan dan kezikiran dalam diri.. 
membawa kita lebih selesa untuk terus ke hadapan.. percaya.. jangan disimpan sekam dendam yang teruk dalam jiwa dan ragamu. sesungguhnya bila kita bermasalah sesama manusia perlu diselesaikan dengan hati yang tenang..

Masalah,, penyelesaian...

Jujur : Akui kesilapan...
Ikhlas : sikap terbuka dan mahu berbincang
Syukur : menerima seadanya apa yang berlaku dalam masalah.. 

Pasti ada penyelesaiannya

Seterusnya... Impian kami dan semua orang Part 4







Tuesday, October 1, 2013

Langkawi adalah warisan cinta dan sejarah kami

26 September : Lcct tempat dijanjikan.. penerbangan keluarga bersama.. untuk pertama kali cinta hati Azila dan Zafran bersama naik kapal terbang... yeahh... menuju ke langkawi,.. tengah borak-borak dalam flight tetiba je kapten kapal bagi tahu 3 minit lagi akan mendarat.. adeh.. sekejap je kan.. LCCT ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hanya memakan masa 45minit je.. ehhehehe

Ini kisah cuti-cuti malaysia kami.. ke pulau langkawi.. dari 26hb September hingga 28hb September 2013.. percutian pertama bersama isteri dan anak. macam-macam tempat pergi .. dari Cable car hingga ke Pekan Kuah.. jalan-jalan.. shopping.. makan-makan.. semua sekali la.. wahhh seronok...

Destinasi selepas ni adalah Kota Kinabalu, Sabah..
Tiket Murah woooooooo!!!












Tuesday, September 24, 2013

Sememangnya susah menjadi

Sememangnya susah menjadi seseorang yang duduk selamba tak hadap apa-apa sahaja
sememangnya susah jadi orang nak rehat kejap konon padahal melarikan diri....

ungkapan payah nak cakap dari aku pada hari ini... selamba je buat lawak bodoh padahal selama ni tak pernah bercakap pun. bila ditanya mana pergi selama ni.. hilang seribu bahasa..

kalau nak diceritakan pada hari semalam.. tak terungkap dengan ayat-ayat telenovela.. semuanya datang bengap. cuba buat alasan yang senonoh sikit..

- Penulisan bukan untuk marah.. tapi bengang membaca dunia orang yang mengacau dunia orang..

Friday, September 20, 2013

Aku saje je......

hahah... nak gelak gak tengok FB aku sendiri.. macam-macam gambar yang aku letak..
mula-mula dulu malas nak upload banyak-banyak.. sekali dah upload.. macam-macam gambar ada...
singgah-singgah la kat Fb aku >> KLIK SINI <<

Jangan lupa singgah-singgah jugak ke Page Gabungan Lensa Studio >> KLIK SINI <<

Semua ada.. hahhah!! kekadang aku pun sama cam kawan-kawan lain.. tak berkesempatan untuk menghasilkan karya dalam blog aku ni.. terus terang aku cakap.. karya panjang-panjang kekadang tak ada pengisian pun. banyak aku membebel je..

Aku lebih gemar menggunakan foto sebagai teks bacaan sesuatu cerita.. memudahkan atur cara yang terbaik.. ringkas dan jelas. jadi kawan-kawan yang tak sempat tulis blog tu.. letak je gambar.. senang citer.. hahahahha

Thursday, August 15, 2013

Selepas apa yang berlaku

Sekarang ni bukan masa untuk salahkan sesapa..
sekarang ni kita perlu menjadikan hari ini sejarah paling bermakna dalam hidup
tak perlu jadikan perkara yang sejarah yang teruk terus menjadi kehidupan
aku ada kehidupan yang perlu diteruskan dengan penuh rintangan
walau apa pun yang akan terjadi.. menjadikan sejarah hari ini perlu lah yang bermakna untuk masa
depan yang selanjutnya.

kekadang tak perlu salahkan orang yang telah membuat salah
sebab yang perlu dilakukan adalah membetulkan apa yang salah supaya kesalahan tidak berulang
letakkan masalah itu jauh kebawah dalam hidup supaya kita boleh teliti selesaikan..
sama ada mahu ditanam atau tidak terpulang .. yang penting atasi masalah...

Hikmah... Gabungan Lensa Studio

Ramadhan sudah pergi... sekarang ni Syawal.. Saya perlu Fokus

Bila syawal tiba.. sejarah hidup bermula..
pertama kali dalam sejarah hidup.. beraya sebagai suami dan juga menjadi seorang bapa..
Sekarang sudah sampai masa menjadi "Ayah" yang fokus dengan serius kepada keluarga..
wahhhh... macam best je kan.. keh keh keh....


Thursday, July 4, 2013

Hidup ini tak besar mana pun... yang penting bersyukur

Tiada kaitan dengan tajuk...
boring ada lah... alahaiiii.......... malasnya..........
guling-guling kejap la....

Tuesday, May 21, 2013

Koleksi Foto Kahwin






Berita Lambat... PRU 13.. Kekalahan dan Kemenangan adat bertanding

Aku tak bercadang nak cerita PRU 13 keseluruhan..
yang penting kekalahan BN di kawasan N23 ( Dun Dusun Tua) adalah pertama kali dalam sejarah sejak merdeka.. Tuan Haji Ismail Sani.. mantan ADUN Dusun Tua.. menerima kekalahan ini dengan hati terbuka..

lebih memeritkan lagi Calon Parlimen BN P101 juga tewas buat kali kedua berturut-turut,,
ini menggambarkan banyak yang perlu dikaji bagi memenangi hati rakyat.. aku juga percaya dengan undian kaum cina yang tidak berpihak kepada BN tapi yang paling penting perpaduan orang melayu dan islam khususnya di Dun aku ni perlu dieratkan..

1. ISMAIL BIN SANI BN18,090
2. RAZALY BIN HASSAN PAS22,161MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :46,038

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :438

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :40,689

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :40,852

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :163

PERATUS PENGUNDIAN :88.70%

MAJORITI :4,071