Monday, August 7, 2017

Kelahiran Cintaku 26/7/2017


Alhamdulillah
Segala puji tuhan yang maha esa
Atas nama Allah 
Tarikh 26 Julai 2017
Lahirlah bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zarif

Semoga mendapat keberkatan tuhan dan diberkati kehidupan

Anak ke 3
sudah 3 anak
Lahir pukul 3.00 petang

Tuesday, July 18, 2017

Tanah untuk dijual

Meh singgah...
Keluarkan duit beli tanah.. ahhaha

SENARAI TANAH UNTUK DIJUAL

SEPANG 🌟 hektar : 5.26091
🌟 ekar : 13
🌟 kaki : 566280
🌟 perkaki : RM35.00
🌟 jumlah : RM19,819,800.00
🌟 keterangan : Kebun Durian dan Buah-buahan
🌟 pegangan : Freehold
🌟 status : pertanian

ULU BERNAM
🌟 hektar : 8.903
🌟 ekar : 22
🌟 kaki : 958,320
🌟 perkaki : RM3.50
🌟 jumlah : RM3,354,120.00
🌟 keterangan : Kebun Durian dan Sawit 18 Tahun
🌟 pegangan Rizab Melayu
🌟 status : Pertanian

ULU LANGAT SEMUNGKIS
🌟 hektar : 2.0234
🌟 ekar : 5
🌟 kaki : 217,800
🌟 perkaki : RM10.70
🌟 jumlah : RM2,325,000.00
🌟 keterangan : Tiada tanaman dan bangunan
🌟 pegangan : Pegangan Bebas
🌟 status :

ULU LANGAT SEMUNGKIS
🌟 hektar : 1.214
🌟 ekar : 3
🌟 kaki : 130,680
🌟 perkaki : RM10.70
🌟 jumlah : RM1,395,000.00
🌟 keterangan : Tiada tanaman dan bangunan
🌟 pegangan : Pegangan Bebas
🌟 status :

ULU LANGAT BT 18
🌟 hektar : 2.0638
🌟 ekar : 5.5
🌟 kaki : 222,156
🌟 perkaki : RM36.00
🌟 jumlah : RM8,000,000.00
🌟 keterangan : Kawasan kediaman persendirian
🌟 pegangan : Pegangan Bebas
🌟 status :

ULU LANGAT TEKALI
🌟 hektar : 4.04685
🌟 ekar : 10
🌟 kaki : 435,600
🌟 perkaki : RM30.00
🌟 jumlah : RM13,000,000.00
🌟 keterangan : Tiada tanaman dan bangunan
🌟 pegangan : Rizab Melayu
🌟 status :

ULU LANGAT TEKALI
🌟 hektar : 1.254525
🌟 ekar : 3.1
🌟 kaki : 135,036
🌟 perkaki : RM10.37
🌟 jumlah : RM1,400,000.00
🌟 keterangan : Tiada tanaman dan bangunan
🌟 pegangan : Rizab Melayu
🌟 status :

LANGAT SG. LONG
🌟 hektar : 2.2257
🌟 ekar : 5.5
🌟 kaki : 239,580
🌟 perkaki : RM9.60
🌟 jumlah : RM2,300,000.00
🌟 keterangan : Kawasan kediaman persendirian
🌟 pegangan : Rizab Melayu
🌟 status :

ULU LANGAT PONGSUN
🌟 hektar : 1.214
🌟 ekar : 3
🌟 kaki : 130,680
🌟 perkaki : 3.6
🌟 jumlah : 470,000
🌟 keterangan : Tiada tanaman dan bangunan
🌟 pegangan : Pajakan 99 tahun
🌟 status : Pertanian

KEMENSAH
🌟 hektar : 0.8225
🌟 ekar : 2.032442
🌟 kaki : 88,533
🌟 perkaki : 20.00
🌟 jumlah : 1,770,664.00
🌟 keterangan : Kebun Buah
🌟 pegangan : Pajakan 99 sehingga 12 Ogos 2091
🌟 status : Pertanian

KUALA SELANGOR
🌟 hektar : 2.4281
🌟 ekar : 6
🌟 kaki : 261,360
🌟 perkaki : RM6.00
🌟 jumlah : RM1,307,834.00
🌟 keterangan :
🌟 pegangan :
🌟 status : Pertanian


ULU LANGAT
🌟 hektar : 0.8093
🌟 ekar : 2
🌟 kaki : 87,120
🌟 perkaki : RM16.50
🌟 jumlah : RM1,437,342.40

Taman Merab Villa
🌟 hektar :
🌟 ekar :2.6 ekar
🌟 kaki :113256
🌟 perkaki :RM35
🌟 jumlah :RM3963960

BATU 19 HULU LANGAT
🌟 hektar : 0.809371
🌟 ekar : 2
🌟 kaki : 87120
🌟 perkaki :
🌟 jumlah :RM 600,000
🌟 keterangan : Tanaman buah-buahan
🌟 pegangan : Rizab melayu
🌟 status : Pertanian

Wednesday, July 12, 2017

Telah KuTinggalkan


Hidup ini.. Banyak nak diceritakan
namun sebanyaknya telah kutinggalkan

Ku tinggalkan kisah kegagalan untuk meneruskan jalan kejayaan
Ku tinggalkan cerita untuk jadikan kenyataan
Ku tinggalkan pengisahan lama supaya tidak menjadi adat untuk diteruskan
Ku tinggalkan harapan untuk berusaha ke arah perjalanan

namun apabila ku lihat apa yang di tinggalkan...
memang pahit untuk dikenang..
tapi tetap ku telan jua...

Bersih.. Susun... pastikan barisan kemenangan

Tuesday, July 11, 2017

HAPPY BIRTHDAY NUR ADAWIYAH YANG KE 3 TAHUN

Happy Birthday Adawiyah
3 Tahun
Semoga menjadi anak yang cemerlang

Selamat Selamat Selamat

Sudah besar anak ayah ini...
sejak nak jadi kakak ni...
banyak lak peel yang macam-macam
maka bersabarlah jawabnya

Sunday, July 2, 2017

“Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh” PUISI

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)

Thursday, June 15, 2017

pergh~!! Klasik!



Hahahhah~!! adoi... ulang tayang kisah lama lak..
Masa ni kat kolej...
Zaman rock kapak punye cerita...
Kenangan tak dapat dilupakan
Gitar dan aku sukar dipisahkan.. ianya menjadi cerita sepanjang zaman hidupku...



Wednesday, June 14, 2017

Aku Berhenti Bersyair

Lama ku Bersyair...
alunanya, merdunya tetapi
apa ku dapat..

Lama ku bersyair
Saatku bersyair saat itu entah apa yang kufaham
aku leka dengan alunanya

Maka petunjuknya
Aku berhenti bersyair
aku berhenti mengalunkan
aku mula memahami apa yang dikatakan
Aku menurutMU dalam Aturan Mu

"(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;"
(Yaa Siin 36:69)

Jangan kau tindasku lagi

Bulan ramadan ini......
ku mohon petunjukMU yang maha esa

Hilangkan rasa gusarkan keatas perjalanan dunia
yakinkan pada Yang Satu
Tuhan Abadi selamanya yang dicintai
ia memberi pilihan Syurga atau neraka..

Mohon kekuatan untuk menempuh pembersihan, susunan dan kemenangan...

"Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?"
(Adh-Dhuha 93:7) 

 "Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. "
(Al-Maaidah 5:43)


"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(Al-Ahzaab 33:21) 

Aku kembali mencari

setelah setahun berehat dan tidak memegang kamera
ini adalah kerana aku terus mencari perjalanan kehidupan..
yang mana gagal yang selama ini telah dikaji..

mohon petunjuk tuhan yang maha esa
semoga tidak disesatkan jalanku menuju aturanMu yang abadi
mahu ku tinggalkan sesat semalam dan kembali ke jalan yang asal
iaitu jalan Yang Kau muliakan nikmat kepadaNya
dan jalan yang Kau Redhai
Dan bukan jalan mereka yang sesat

Tuesday, May 23, 2017

BUDAK KELAS BELAKANG.. LANGKAHNYA PANJANG... DEDIKASI KHAS UNTUK MEREKA YANG........

Saya bersama penulis buku Kaizan Nazlan (kredit foto fb Kaizan Nazlan)

Haii.... 
apa khabar
sihat ke?

Sekadar perkongsian....
Penulis membuktikan bahawa budak kelas belakang ni pengakhirannya bukan calang-calang orang
hanya persepsi orang semasa di sekolah.. bila diletakkan di kelas belakang..
dianggap budak ini nakal, malas, samseng dan tiada harapan
maka.. jika persepsi itu berterusan.. maka begitulah anggapan kepada mereka yang duduk kelas belakang..

Penulis juga berkongsikan tip-tip kejayaan dan juga motivasi dalam semua hal termasuk dalam isu perniagaan..
sempat juga saya bersembang dengan penulis ..beliau cukup yakin jika semua persepsi budak kelas belakang ni dapat dibetulkan.. maka kita akan dapat membangunkan modal insan yang berjaya..

Bagi mereka yang terasa diri duduk kelas belakang.. ingatlah. anda semua bukan orang yang bernasib malang.. anda semua adalah orang yang sama dalam untuk berjaya demi masa depan.
jangan rendah diri. jangan putus asa.. buktikan kepada semua orang yang anda BUDAK KELAS BELAKANG akan berjaya dimasa akan datang



Wednesday, May 17, 2017

SELAMAT HARI LAHIR HAKIM


HAIII HAII HAIII
Lama tak muncul ni.. hahaha berkarat lak blog aku.,,

Pertama sekali nak ucapkan selamat hari lahir kepada diriku sendiri.. 
Umur ketika ini 33tahun
sesuai dengan misi 33 Selangor
Anak pun dah nak masuk 3
Kereta dah ada 3
Motor pun secara total dah ada 3
Nasib baik tak berbini 3 (jangan minta bini aku baca)


Hahahahahhahahahahah....
Semoga terus diberi pentunjuk oleh tuhan
ranjau kehidupan yang semakin mencabar
paling mencabar adalah mencabar diri sendiri untuk berubah..

Semoga tuhan merahmati kami sekeluarga

Wednesday, March 8, 2017

Adawiyah & Zafran

Saje nak kongsi gambar je.. hehehhe








SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 5


9 Mac 2017

Siaran Ulangan

Alhamdulillah... syukur kepada tuhan yang memberkati dan melimpahkan rezeki keatas hambanya
5 tahun melayari hidup berumahtangga..
suatu masa kata orang 5 tahun tu adalah permulaan yang amat getir dalam perkahwinan.
benar kata - kata orang lama.. perkahwinan ni perlu banyak kesabaran.. ye.. betul tu..
kesabaran...

semoga jodoh terus berpanjangan...

Wednesday, February 15, 2017

HAPPY BIRTHDAY ZAFRAN KE 4 TAHUN


Happy Birthday Zafran..
4 Tahun umur
4hb Februari 2017 (edisi lewat wish)
Semoga menjadi anak yang hebat dan bertanggungjawab kepada keluarga

Makin membesar.. makin banyak akal
Hahahah pening ayah sekarang...
namun pening-pening ayah pun.. ayah tetap sentiasa menjaga dengan penuh kasih sayang
tetap menjadi tumpuan ayah.. sama macam ayah tumpukan adik-adik yang lain...

Beruntunglah anakku..
sesungguhnya ayah sendiri dapat bersama atuk sehingga umur 7 tahun...
kiranya tak dapat jugaklah rasai kasih sayang sepenuhnya
kerna atukmu telah pergi selamanya...

Sebab tu ayah perlu lebih memberi kasih sayang.. supaya anak ayah semua
dapat merasainya sebelum ayah pergi nanti...

Friday, February 3, 2017

Terima Kasih ZYQ Engineering


TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!

Hampir 4 tahun duduk dirumah yang dibina oleh ZYQ Engineering.
asalnya dulu nak buat lambat lagi tapi memandangkan duit ada.. jadi teruskan la niat tu,,
takut abiskan duit ke tempat lain lak.. Hahahah!

Terima kasih kepada ZYQ Engineering.. especially Tuan Zikri Zaini.. 
yang sanggup melayan karenah saya dalam membina rumah ini.. 
sebuah syarikat anak muda yang berjaya.. kajian dan produk yang dikeluarkan syarikat ini
membuatkan saya tertarik untuk memilih mereka..

Alhamudulillah.. rezeki menyebelahi saya...
mendapat hadiah daripada ZYQ Engineering kerana telah menjadi
pelanggan PERTAMA mereka.. 

rajin usaha pasti berjaya..

Nak tengok rumah kami ke? hehehehe















Thursday, February 2, 2017

Projek Serai


Ini dia projek serai yang diberi nama "PROJEK IPHONE"

tapi baru 32 rumpun je.. hahahahaha
takpe-takpe..
usaha itu tangga kejayaan..
kejayaan itu kena naik tinggi
tak boleh nak naik lif
nanti lif rosak

Friday, January 13, 2017

Januari 2017

Sudah tahun 2017...

Segalanya berubah...
anak dah nak masuk 3 orang..
berkumpulkan segalanya
usaha dan tingkat kualiti hidup

Dunia fotografiku direhatkan setahun
Bagi memberi ruang untuk aku terus membuat kajian dan belajar
sesuatu perkara tentang hidup

Hidup bukan untuk bersandar kepada tuhan sahaja
Hidup adalah untuk melaksanakan tugasan dan arahan yang telah tuhan beri

Sesama manusia hidup adalah menjadi hamba yang berguna
supaya Tuhan memberkati hidup kita