Wednesday, February 22, 2012

Jatuh atau bangun... itu tidak penting... yang penting sokongan

Bercerita tentang perkara ini.. kekadang terasa macam-macam sesetengah pemikiran antara kita tidak sama.. apa yang penting tentang pendirian dan ketetapan.. walaupun kekadang tersenget ketetapan diri tidak menghalang untuk memajukan sesuatu perkara,,,

Harimau Malaya telah berhempas pulas bermain.. dan malam tadi ada beberapa peningkatan permainan skuad Bolasepak olimpik kita.. walaupun tewas dengan gergasi asia iaitu Jepun. Tapi corak permainan sangat berbeza dari skuad negara bermain di Jepun. Walaupun ada mengatakan adalah kelebihan bermain ditempat sendiri. Bagi aku, apa yang terjadi sekarang adalah perubahan corak bolasepak di negara kita.. lihat saja Liga Perdana dan Liga Super Malaysia.. perubahan mendadak.. tak sangka permainan begitu berubah dari yang sebelum ini.Skuad Bolasepak Olimpik

Kita percaya , jika sokongan dan pendirian kita untuk memajukan sukan bolasepak.. lebih hebat dari sekarang pasti dapat di lahirkan.. kita kena ada 10 orang macam Safee Sali untuk menaikkan Malaysia di mata dunia. Bukannya hanya iritus menang kalku kalah.. hanya berkata belum habis perlawanan dah balik rumah atau dah tukar channel.. contohi sokongan Ultras Malaya.. Seorang sahabat aku memberitahu.. dia dah tak layan lagi Liverpool atau Manchester United. Dalam kepala otak dia hanya untuk Sukan Bolasepak Malaysia sahaja... Semangat macam ini perlu ada dalam setiap diri.. bukan hanya mengata kita rakyat Malaysia malah kita perlu berkata kita berbangga dengan semua yang ada di Malaysia...

Sokongan tidak berbelah bagi... Tabik Ultras Malaya~!!!

Monday, February 20, 2012

Koleksi untuk semua orang




Kalau boleh nak lagi laju

Februari 2012... tak sangka lak sudah 8 bulan berada di Kuala Lumpur.. semakin jauh meninggalkan perkara yang lepas.. pantas sungguh...

Apa nak dikatakan sekarang.. bukan sebab kelajuan masa itu.. tetapi setiap pagi perjalanan pergi ke pejabat.. sangat-sangatlah laju..... perghh~!! setiap hari berentap bersama pelumba-pelumba jalanan amatur ala-ala profesional.. tak cukup masa masing-masing....


Setiap masa kene servis.. kasi laju lagi..

Baru la kali ini aku rasa nak beli motor yang lagi laju dari sekarang.. perghh~!! tak tahan tengok pelumba-pelumba cheras ni setiap pagi....

Lirik Pilihan kali ini .. Hanya - Aril

Kasih aku ingin,
Menjadi bintang-bintang malam mu,
Temani kamu
Kasih aku ingin
Jadi separuh dari nafas mu
Dan jiwa mu
Bridge
Dan aku serahkan, hatiku untuk mu
Dan aku relakan, kasihku untuk mu
Chorus
Hanya ingin ada, dihatimu selalu
Hanya ingin aku, cinta mu yang Satu
Hanya ingin ada, disamping mu selalu,
Hanya ingin jadi, terbaik buat mu


Monday, February 6, 2012

Selesa keadaan sekarang

Sejak awal tahun lagi keadaan sibuk tak tentu pasal menjadi satu situasi yang menjadi selesa sekarang.. Setiap masa diselubungi foto-foto indah dan studio yang tidak pernah sunyi dengan rriuh tawaan kawan-kawan yang turut sama berjuang menyiapkan tugasan masing-masing..

Tatkala kesibukkan ini.. Tanggungjawab sebagai seorang anak dan ahli keluarga tidak dilupakan. Alhamdulillah, perniagaan burger dijalankan semula oleh abang aku dan telah beroperasi selama 2 minggu banyak mengubah lanskap ekonomi keluarga. Turut serta kegiatan perniagaan akak dan adik aku juga turut semakin meningkat. Mungkin kerana peningkatan permintaan pelanggan dan keyakinan mereka dengan produk yang dihasilkan. Mungkin ini adalah rezeki dan kelebihan menceburi perniagaan.. Aku?? Tidak la sebanyak Mana cuma setiap masa ada je fotoshoot.. Ehhe rezeki dari Allah S.W.T.

Untuk 34 hari lagi ni. Semakin terasa debarannya.. Perubahan drastik akan berlaku tidak lama lagi.. Menggalas tanggungjawab yang baru serta menghadapi keluarga yang besar. Semuanya diharapkan akan terus berjalan lancar.. Untuk yang disayangi.. Kita teruskan misi ini..

Tuesday, January 10, 2012

Untuk Perjalanan Seterusnya,,,,,,

2012


Tahun pertama bertugas di Kuala Lumpur... Selamat datang Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung. Satu kisah kehidupan pengakhiran bujang sebelum Mac yang akan memberikan satu khabar gembira untuk aku.

Selamat Datang Ke Perpustakaan JPBD. Lokasi yang terletak di Jalan Cenderasari berdekatan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta laluan ke Masjid Negara. Tempat bertugas yang mungkin mengambil masa yang lama untuk bekerja sehingga mungkin ada kenaikan. Seronok sangat duduk Kuala Lumpur yang penuh sesak dengan manusia, kenderaan, bangunan dan burung-burung gagak yang memeriahkan keadaan.

Sudah bersiap sedia.. Gabungan Lensa Studio akan terus beroperasi dan terus maju dengan karya-karya yang unik hasil dari kesenian gabungan jurukamera yang berkemahiran. terbaik dari segi pakej-pakej, sewaan studio, hasil karya dan sentiasa mendapat perhatian semua orang. keunikkan yang membawa minat dan cintakan fotografi kepada semua orang.

Wednesday, December 14, 2011

10 lagu untuk nanahkan telinga aku.

keh keh keh~!! kasi tunjuk dulu blog kawan aku ni...

http://celoteh-dira-arzmi.blogspot.com/

Nadhirah boleh.. Siti pun boleh.. siti koes endang pun boleh.. mempunyai hati yang baik dan niat yang jahat untuk menanahkan teliga aku masa hari kegemilangan raja sehariku.. ohhh niat jahat ye kau.. takpe-takpe.. tunggu masa ko nanti .. 7 hari 7 malam aku nyanyi tanpa henti.. baru kau tau.. ahahhaa....

Sketsa menulis blog pada waktu kerja yang penuh dengan kehidupan internet.. sempat juga bergurau senda dengan rakan lama ni.. Nadhirah seorang yang baik hati kekadang mulut boleh tahan jugak.. tapi tak la jahat macam mama juwie tu.. opssss,... ke situ pulak.. dia dah buat blog. so ada kesempatan nanti .. tulis-tulis la apa yang patut.. semoga dapat kita berkongsi cerita sepanjang masa...

p/s- agak sanskrit ayat aku