Tuesday, February 17, 2009

Penyakit tidak boleh tidur.. Dr Haron Din

RENCANA
Penyakit tidak boleh tidur
Oleh
PROF. DR. HARON DIN

Serangan penyakit sukar tidur bukan satu fenomena baru. Dalam sejarah kehidupan manusia serangan penyakit ini atau dikenali dalam istilah Arab sebagai 'al-araq' berlaku dengan berleluasa.
Malahan mengikut catatan sejarah Islam, para sahabat Nabi turut terkena serangan penyakit ini dan ada di antara mereka menderita kerana sukar tidur untuk jangka masa yang panjang.
Al-araq merupakan gejala penyakit yang biasanya dihidapi oleh golongan manusia yang mengalam tekanan (depression akibat dibebani pelbagai masalah hidup.
Tekanan ini menimbulkan ketegangan mental dan fizikal yang kesannya ketara dialami sewaktu hen­dak tidur.
Apa yang ketara berbahaya apabila seseorang itu diserang al-araq ialah sekiranya ia tidak dikawal dan dirawat dengan sempurna kesan penyakit ini akan merebak dan menjadi bertambah serius.
Maka tidak hairanlah sekiranya kita mendengar cerita ada antara penghidap penyakit ini tidak dapat melelapkan mata selama bertahun-tahun.
Penyakit ini dialami oleh kebanyakan manusia. Cuma bezanya adalah bergantung pada kadar masa yang dialami.
Ada yang hanya menderita untuk dua atau tiga malam, sebulan atau dua bulan. Tetapi jika dib­iarkan, al-araq boleh membelenggu kehidupan manusia selama bertahun-tahun.
Bahaya penyakit ini ialah kemungkinan ia mere­bak hingga menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan termasuk di peringkat mental.
Bayangkan apa yang bakal terjadi kepada mereka yang menanggung beban al-araq ini selama bertahun-tahun? Tentunya kesan ketara akan terlihat kepada fizikal pesakit ini.
Kaedah moden banyak menganjurkan kepada pengambilan pil tidur yang diedarkan di farmasi farmasi dengan pelbagai jenarna. Malahan para dok­tor juga mengesyorkan ubat tidur sebagai salah satu cara untuk membantu meredakan ketegangan yang dialami oleh pesakit.
Pelbagai penyelidikan dilakukan dari masa ke semasa untuk menganalisis punca dan tekanan sebenar yang menyebabkan berlakunya al-araq sehingga membuatkan manusia yang seharusnya menikmat tidur sebagai sebahagian daripada istira­hat telah kehilangan peluang yang indah itu.
Mengapa tidur yang sepatutnya dimiliki sebagai kenikmatan hidup itu sukar diperolehi? Inilah antara beberapa persoalan yang sukar dikupas.
Semakin banyak kajian dan analisi,, dibuat maka jawapan yang ditemui ialah semakin banyak pula ubat-ubatan dirumus untuk membantu manusia yang menderita al-araq mendapat kembali kesele­saan untuk tidur.
Bagaimanapun haras diakui bahawa masalah untuk mendapatkan tidur tetap berlaku.
Al-araq dianggap oleh semua golongan perubatan sebagai antara penyakit yang sukar ditangani, malah dari masa kemasa jumlah penghidapnya
semakin meningkat.
Tekanan dalam kehidupan harian yang semakin meningkat dalam pertarungan hidup dalam dunia yang semakin kompleks ini turut membuatkan berlakunya peningkatan kes-kes tersebut.
Catatan dalam sejarah awal Islam turut memu­atkan pelbagai kisah mengenai al-araq dan sekaligus membuktikan bahawa fenomena penyakit ini
turut menyerang para sahabat. Rasulullah.

Petikan dari blog: http://grenbara.bravejournal.com/entry/27315

Monday, February 16, 2009

Aku tak tidur selama 30 Jam

Aku pun tak tahu apa yang telah terjadi.....
pening gak perkara yang telah berlaku pada diri aku ni...
entah macam mana aku boleh tak tidur selama itu....

pelik-pelik....

Hal Kisahnya... pada pukul 10.00 pagi (Ahad 15 Feb 09)...
aku bangun la tidur... selepas itu aku menjalankan la rutin harian...
kemas rumah.... basuh kain.. kemas bilik.... sambil-sambil layan lagu-lagu...
rancak juga la buat kerja...

tup tup... sampai la pukul 3 petang....
layan tv jap.. sambil itu aku pun mula membaca buku(skema konon)
maklum la.. ulangkaji pelajaran...
tok ! tok !.. P. E dah balik lak... sempat juga la berbual-bual...
sampai la ke petang... mata dah berat.. tapi tak boleh tidur pulak
dah mula rasa camtu.... sembang-sembang sambil aku mencuri masa membaca sikit buku...
sedar-sedar dah pukul 6 petang.... aku meneruskan urusan petang...
macam biasa la.. mandi dulu.... tengok makanan apa yang disiapkan....
tengok-tengok.. takda apa-apa yang boleh dimakan...
lepas itu pula.. P.E pula buatkan air kopi panas... siap dia masakan nugget dan kentang goreng
bedal la.. apa lagi....
sampai la ke maghrib....

bila masuk waktu malam lak.. aku pun membuka balik buku-buku aku...
serta laptop di hidupkan pula.. dalam pukul 8.00 malam.....
P.E pula masa tu pula ajak pergi makan pula...
aku pun ikut la....
tapi dia tunggu isya' dulu...
takper la... layan la jugak.....
lepas tu pergi makan....

Selepas pergi makan(aku minum kopi panas je)....
balik la ke rumah..... sehingga pukul 11 malam...
P.E pun tidur.. aku pula siapkan kerja aku..
Assigment berlambak lak tu... tensen lak tu...
aku buat la assignment lepas tu aku siapkan pula gambar untuk diedit...
pengarah dah sibuk tanya......
aku buat la dua-dua kerja tu...
sedar tak sedar dah pukul 4 pagi... aku pun nak tidur la pula...
padam la lampu dan baring atas katil...

kelip-kelip mata aku...
mengapa yer...
ermm... mata boleh nak terlelap...
mengantuk ?? takda pula...
apa nak buat yer.. baring lagi masa tu... tak boleh jugak tidur...
gelisah punya gelisah sampai pukul 5.30pagi...
ini dah hari isnin... aku tak boleh jugak tidur.. lalu ambik keputusan
untuk TIDAK terus tidur.. sampai la pukul 6.30pagi.. aku siap-siap la..
mandi ... bersiap... P.E dah bangun masa tu... aku tak kejut dia...
dia pandang aku semacam jer.. " Kau tak tidur ker"??
Aku angguk jer....

Punch kad kul 7.25pagi...
aku teruskan rutin harian... kerja..
breakfast ... kerja.... lunch... balik kerja....
Jam dah pukul 5.00 petang ni...
balik rumah dah berat..... jalan dah macam orang mabuk..
pandang langit... khayal kejap... oooohhhh tidakkk.......
aku dah mengantuk ni.....
sampai rumah .. rehat-rehat kejap...pukul 6 aku tidur.....
Pukul 8 bangun.. siap-siap mandi.....
makan.... lepas isya' aku sambung balik tidur....
sampai ke pagi............

(10.00 pagi (Ahad) - 6.00 petang(isnin)
Apa sebenarnya yang berlaku yer....
sampai ke hari ini aku tak dapat nak buat penjelasan.....

aku makin susah tidur malamm.....
what's the xxxxx......

Saturday, February 14, 2009

Pergi dan balik hari

Hari ini adalah hari paling bahagia dan penat dalam hidup aku...
yang bahagianya...
lepas subuh aku tidur balik... dah tu terlajak sampai pukul 11.00 pagi..
aku tengok jam... aahhh...~!!!! lupa pula aku ada janji dengan Wak a.k.a SuperMultimedia...
yang seronoknya lagi.. apabila aku bangun tidur.. rasa macam pelik dalam diri ini...
opsss.... hari ini tak kerja.. patut la bahagianya hari ni.. kalau tak bangun pagi
bergegas pergi mandi ... gosok baju... lepas itu bersiap pergi kerja....
hari ini aku leh bangun sesuka aku .... sambil layan lagu-lagu mp3 (rujuk title dibawah)...
seronoknya...

Pukul 12.30.....

Aku masuk pejabat... sebab janji dengan Wak nak edit gambar...
punya lama pengarah minta baru hari ini aku nak edit gambar...
masuk-masuk jer.. aku tengok muka SuperMultimedia ni dah mula pening..
punya lama edit gambar.... baru 2 gambar jer siap....
aku punya gelak... macam yang dia cakap la.. wat editing ni kena ade mood yang baik.....
takpa la.. aku ada.. aku boleh tolong editkan gambar... mood tengah takde tu...
tapi buat-buat la ada mood... ada 3 gambar dah siap aku edit...
tengah-tengah buat kerja... aku rasa seperti kehidupan ini tidak lengkap...
akibat seronok tidur... sampai tak breakfast aku...
lapar sangat-sangat ni....
Wak sangat-sangat memahami,.. terus dia ajak pergi makan kat cendol madu...
kat tepi sungai tu... makan cendol pulut la kami....

Pukul 5.12 Petang

Aku sms Khairul a.k.a Atok Telekom... " salam.. Nak pinjam motor"....
" datang la umah .... aku tunggu".....

Pergi la umah khairul.. tengah serabut kepala otak.. aku ambik kunci motor....
start motor... sekali tu lupa la pulak nak ambik helmet...
sebenarnya aku nak pergi kajang.. Jumper Maszura.. antar gambar masa bertunang...
Pedas ke kajang tidak jauh... cuma dalam 70KM jer...
hehehhe... lenguh jugak naik motor... sempat sms kt Maszura..... "aku otw"..
dia reply benda yang sama "aku otw"
hahahha... pecut selaju-lajunya.... sampai dalam pukul 6.30ptg...
naik pening kepala otak aku... mana la pergi minah ni...
tetiba jer aku dengar lagu Bunkface"situasi"... Hp aku la... "ko kat mana?"
Maszura.." aku kat depan secret receipe...".... sebenarnya aku kat belakang dia...
Rajinnya dia borak dengan aku.. maklum la orang dah nak kawin... aku pun hangguk je ape yang dia citer... maklum la.. orang banjer aku makan.. (ambik hati)....
sesudah tu... aku pun beredar balik ke Pedas... Maszura sempat kasi aku makanan untuk bawak balik Pedas.. tau-tau jer aku ni buruk lantak... Terima Kasih...

Motor Honda Ex-5 Class... terus laju meninggalkan Bandar Kajang.....

*Semoga Mas bahagia ke akhir hayat.. aku doakan semua berjalan dengan lancar....

Siti Maszura Bt. Hassan
5 tahun Satu kelas
(Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5)...
1997-2001

Friday, February 13, 2009

Pepagi menjerit dengan lagu-lagu mp3

bangun-bangun tidur jer..
pasang terus lagu - lagu untuk dijerit....

la la la kerja..... : Meet Uncle Hussin
Riuh : Harmacy
Melastik Bintang: Adrenalin
Mawar Khayalan: Laila's Lounge
Disampingmu : The Divine Masters

jiran-jiran mesti bengang je dengan aku...
hahha.... mandi jap la...

aku kasi lirik untuk nyanyi pagi-pagi

Pesawat - Mirage

Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri
Kau mungkin … asing
Kau mungkin …
pernah ku kenal sebelum ini

Resah gelisah dibuatnya
Bagai sebuah cereka cinta
Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau

Chorus
Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi

Apakah ini satu mimpi
Terasa bagai sebuah delusi
Ilusi … mata
Maian … jiwaku
Semakin kacau

Chorus

Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau

Hasil pertanian membawa ke perniagaan











Agak semak skit kebun aku ni...

haaa....nampak tak..
aku sudah mula mengaut hasil....
selama setahun aku menanam.. inilah hasil titik peluh aku....
dapat gak aku tengok pokok pisang aku berbuah....

so sekarang ni aku dah start menjual pisang lak..
kalau dulu asik menanam,menjaga, meracun dan membaca...
kali ini aku dah mula menjual... ni kira baru fasa 1...
fasa 2 akan menyusul kemudian lak...

memandangkan lepas ni aku akan mula bekerja keras...
aku harus rancangkan pembahagian masa aku untuk kearah perniagaan lak..
macam-macam la pasni....

kepada kawan-kawan.. kalau ada peluang.. ceburi la bidang pertanian..
tak kira la apa-apa bentuk pun... nak buat ikan keli pun boleh...
ada contoh-contoh yang boleh di tunjukkan...
insyallah.. pasni kalau takde apa-apa masalah... boleh lak layan ikan keli dengan zali....

(pasni nak layan cili api la pulak....)

Thursday, February 12, 2009

Tadi aku intai kt celah-celah grill tingkap

kelihatan senyap jer...
sunyi kuaters pada waktu malam..
semua lampu dalam rumah dah terpadam..
kecuali kuaters G4-5 ..
ada satu bilik jer..
bilik aku la tu..

aku pandang suasana yang kelam itu.....
tetiba angin bertiup.. menyampaikan perkhabaran...
"selamat pagi hakim"..

aku tengok jam kt HP motorola c261..
dah pukul 1.06pagi...

aku tutup tingkap.. tarik langsir,,,
selamat malam pejuang ILP Pedas...
Esok kita akan berjuang lagi....

tutttt.........ttuutttt........ opss..
jap-jap.. basuh kaki dulu sebelum tidur.....

13 Febuari 2009
Mohd Hakim Bin Wazir
layan Afgan-Terima Kasih Cinta

Sekarang .. aku masa yang lalu.. ada sama.. ada penyakit..

teringat apa yang berlaku sekarang...
ade penyakit telah datang dalam diri aku ni..
M.A.L.A.S... susah tul nak buang penyakit ni.. tak tau la
mana muncul virus ni.. paling bengang sekali.. nak buang ni
ade cara .. tapi pedih skit la.. kene maki hamun, kene ketuk baru nak gerak dan
memacam cara yang kejam untuk hilangkan penyakit mim alif lam sim..

teringat dulu masa sekolah..
aku ni cukup liat nak wat keje skolah..
maklum la..
mengadap buku tu.. macam memandang harimau jer.. takut buka setiap helaian buku...
paling menakutkan lagi apa bila nak buka buku english..
mak aii.. kemain payah lagi....

penyakit malas ni akan berlaku jika menghadapi satu situasi apabila keje banyak..
bos kasi keje-keje yang leceh dan dalam kepala otak dah bosan keje..
susah nak digambarkan..
aku pernah kene marah pasal malas nak rekod buku... padahal tinggal lagu 5 buah buku jer..
bila dah kena marah.. mula la esoknya malas lak nak kerja...
cari alasan camner nak cuti ker m.c ker..
punya la malas nak wat kerja... lagi sikit jer nak siap..

sebenarnya penyakit malas ni boleh di elakkan...
kalau kita fikir sesuatu yang kita lakukan itu harus dilakukan
dengan niat yang elok.. niat kerana kerja itu adalah satu ibadah
walaupun sekarang aku masih ada lagi penyakit itu..
tapi aku akan cuba lakukan yang terbaik bagi mengelakkan
tergolong dari puak-puak malas ni..

kawan-kawan.. tolong aku yer ... aku nak buang sikap malas..
kalau korang malas aku lagi malas..

akhir citer.. kalau dah malas nak layan blog ni...
ikut ko engko la Jang.. (ckp noghori)...

Tuesday, February 10, 2009

Diet??

Mungkinkah aku akan diet?? cam tak percaya lak.. pasalnya seumur hidup aku.. tak pernah lak aku diet.. sebab aku punya makan tak ingat masa.. ade je masa terluang mesti nak makan.. maklum la perut besar la katakan...

tapi itu hari , ada seorang gadis ni.. sibuk nak diet .. aku tanya balik betul ker nak diet?? dia bersungguh pasal diet.. sasaran untuk tahun ni katanya... alangkah dasatnya sasaran beliau pada tahun ni.. ingatkan nak keje sampai gaji rm5000 sebulan ker ape ker... rupanya nak kuruskan badan.. siap nak g gymnasium.. aku??? takde makna nak g gymnasium.. kat sini macam-macam boleh buat.. main takraw,ping pong, bolasepak .. tennis pun ada...

walau macamner pun.. aku menyahut cabaran untuk sama-sama diet.. sementara ada saingan ni.. ehehe...

oleh kerana itu... aku telah membuat satu kisah yang bertajuk "BUKANNYA AKU TAK BOLEH"

nanti aku cite apa yang akan terjadi dalam episod pertama....

(nak turunkan dari 82kg ke 70 kg)

Tuesday, February 3, 2009

Bukannya aku tak boleh... Kehidupan realiti yang perlu ditempuhi

kisah dua orang sebaya,seusia dan se"crazy".. bercita-cita untuk mengejar impian.......

"KURUSKAN BADAN....."

Episod 1

Makan nasi ke tak makan nasi?????

(cerita apa pula ni....)