Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa 2011

Selamat berpuasa 2011 .. semoga perjalanan puasa kita di sepanjang tahun ini diberkati dan dirahmati allah s.w.t . buat pertama kali berpuasa bersama keluarga di hulu langat.. semoga perjalanan puasa dapat diteruskan

Saturday, July 30, 2011

Pujaan hatiku



kepada emak saya....

Tak lama lagi.. ada ahli baru dalam keluarga kita.. so...
sentiasa senyum....
sentiasa ceria.....
sentiasa menanti kesemuanya...
jangan pening-pening ye...
bawak banyak berehat... jaga kesihatan...
kita orang semua sayang mak... ;)

Monday, July 25, 2011

Seminggu lagi

uitsss... tak sangka lak dah nak berpuasa kita rupanya.. kepada kawan-kawan semua.. jangan lupa puasa minggu depan. jangan buat-buat lupa lak.. ahhahaha...

puasa yang sangat bermakna dan penuh bermakna.. 6 tahun mengharungi puasa bersama rakan-rakan dan kemudian berpindah semula ke hulu langat, pelbagai cerita dan ragam. kali ini tiada lagi bazar Rembau, Paroi dan bazar-bazar sekitar negeri sembilan...

Kenangan-kenangan tidak dapat dilupakan...
tunggu je lah puasa nanti.. ada cerita yang menarik lepas ni... ahhahah

Sunday, July 24, 2011

Alhamdulillah

Bersyukur kerana semua perkara sudah selesai.. perancangan pun sudah disiapkan.. segalanya telah diuruskan dengan sebaik mungkin.. tinggal perlaksanaan je lagi..
harap-harap tiada halangan selepas ini...

Terima kasih kepada semua yang terlibat.. Mak, ateh, acik dan lain-lain.. semoga perjalanan kita ini sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.. amin

Sunday, July 17, 2011

KL Sesak seperti dulu juga...

hari ini genap 2 bulan aku bertugas di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa.. seperti biasa.. bangun pagi seawal pagi.. menyiapkan diri dan memanaskan enjin motor yang baru sebulan lebih dibeli.. persiapan tidak sama seperti dulu.. banyak perkara diawalkan.. buat kerja awal. minum pagi awal.. cuma aku merasakan sesuatu kebiasaan.. Jalan Kuala Lumpur yang sangat sesak.. memang sesak... motor pun susah nak celah sana celah sini.. perghhh~!!! tak ubah.. seperti dulu juga.. nasib baik pengalaman mengajar segalanya. dari kecil aku memang didedahkan kesibukkan KL.. perjalanan pagi dari rumah sampai pekan Batu 9 sehingga masuk jalan cheras menuju ke Jalan Loke Yew sampai ke Jalan Kinabalu sehingga menuju ke Jalan Parlimen.. semuanya sesak.. penuh kereta. hahhaa.. nasib aku memang macam tu lah. walau macam mana pun. KL tetap sesak seperti dulu...

p/s- kerja kat pedas dulu kerbau menyesakkan jalan.. ahahhah

Thursday, July 14, 2011

Tanah Untuk Di Jual... ehhehe sekali sekala

Kepada semua sahabat-sahabat....

Ada orang kampung aku hendak menjual tanah dusunnya... ada la sikit pokok-pokok buah,, Tanah itu seluas 3 ekar dan terletak di Hulu Langat, Selangor..
So sesapa yang berminat boleh menghubungi sms atau call ke 019-6923671 atau boleh email ke keem8405@gmail.com..

blog untuk semua..

Monday, July 11, 2011

10 Julai 2011

ade beberapa perkara dan persamaan dalam tarikh ini... heheh.. kelakar sungguh bila difikirkan. 10hb julai yang lepas banyak perkara yang berlaku masa tu...

10 Julai 2011

Secara Rasmi... sudah setahun aku bertunang dengan pilihan hati... tak sangka pulak rasanya diri ini telah bertunang dalam tempoh setahun.. bersyukur pada Allah S.W.T. semoga hubungan ini akan terus kekal sehingga sampai ke syurga. kepada insan tersayang.. terima kasih diatas segalanya... segala yang telah diberikan.. kita tunggu masa untuk kita nanti..

10 Julai 2011

Allahyarham Wazir Bin Abd Gani. jika hayatnya panjang.. umur arwah ayah aku ini lebih kurang 54 tahun.. tarikh ini adalah tarikh arwah di lahirkan. tinggal di Linggi, Negeri Sembilan. Seorang yang cekal dan tabah dalam setiap perkara dalam perjalanan hidup. Aktif sukan.. Aktif bermasyarakat.. disenangi rakan-rakan. sesungguhnya Allah S.W.T lebih menyayangi beliau.. sudah 20 tahun arwah meninggalkan kami sekeluarga.. kenangan tetap tersimpan di dalam hati.. Semoga Roh Arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.. Al-Fatihah

10 Julai 2011

Ini perkara yang memang tidak disangka.. Pak Cik Ayop (belum ayah lagi).. iaitu bapa kepada tunang aku. lahir pada tarikh yang sama.. keh keh keh~!!! kebetulan sama tarikh lahir dengan ayah aku.. orang yang baik hati, peramah dan sentiasa memberi pandangan dekat aku (ini bukan bodek tau).. umurnya tak dapat dipastikan sebab tak berani nak tanya.. bukan takut tapi segan.. hahhaa... kepada pakcik. semoga apa yang kita rancang direstui dan dirahmati Allah S.W.T..

10 Julai 2011

Sambutan hari lahir untuk dua orang budak nakal ni.. Afiq dan Darwish.. Afiq lahir pada 30 Jun 2005 dan Darwish lahir pada 4 Julai 2006, serba ringkas jamuan disediakan.. tapi nak buat kek diorang.. punya seksa ucu dengan mama buat kek.. mengikut kehendak hati. nak kek transformers.. macam-macam hal.. semoga kedua-dua yang baik-baik ni akan dapat menjadi anak yang soleh.. insyaallah. meriah rumah hari itu.. seronok mak aku tengok cucu-cucu semuanya balik... cucu baru??? erkkk.. tunggulah nanti yer.. hhuhuhu