Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

kepada Semua kawan-kawan....
semua orang islam di seluruh dunia....
semua orang kampung Dusun Tua....
Semua orang Daerah Hulu Langat....

Jangan lupa.. Baca Niat Puasa....
Niat puasa tu jangan dilupa... * ulang lak ayat tu...

Jangan lupa ajak berbuka puasa...
Jangan lupa ajak pergi masjid....
Jangan lupa ajak pergi tarawikh...
Jangan lupa ajak makan kerang pas tarawikh....
ahahhah.....

Monday, August 17, 2009

Rakaman Yang lalu






















Bola Sepak dan ILP Pedas








yeahhhhh~!!!!

Rakaman yang lepas.....

PERISTIWA YANG LALU

Foto Ketika program SRIMASEH, SKDT, 2005


Yang ini kalau tak silap aku tahun 2005, makan dekat RNR Kajang, Grand Saga


Makan malam serta mesra bersama kawan-kawan.. aku lupa la pulak..
tahun 2006
foto masa tahun 2000, masa tu tingkatan 4

Lepak dengan Fairul.. Kat RNR Kajang, Grand Saga.. emmm .. tahun biler yer..
Masa ni baru habis sekolah kalau tak silap 2003


Baru lepas bukak pose ni.. Ternyata dalam gambar tu

tahun 2007.. aku juga yang kena uruskan makan-makan.. hahaha


ni gambar masa aku konvo itu hari.. baru ambik sijill poyo lebih aku ni. hahahaha.... kalau tak silap yang ni tahun 2004

Gambar kenangan masa Cik Yan Kawin... kawan-kawan lama


Foto masa gathering kt IoI Mall Puchong.. ni kira gambar terbaru la .... 2009


Pertandingan Bowling antara Bahagian peringkat Perpustakaan Negara Malaysia
Tahun 2004.. Baru 20 Tahun.. muda lagi tu

foto model baju batik.. ketika Majlis Perpisahan Ketua Pengarah di PNM
Tahun 2005
Kenangan Bersama rakan-rakan semasa induksi Umum, Golden Strait Villa, Port Dickson.
sekitar tahun 2004

Thursday, August 13, 2009

Merakam Kehidupan


Setiap detik... setiap saat.. setiap masa... adalah rakaman dalam hidup kita... dari kita kecil sehingga dewasa... banyak rakaman telah dilakukan.. sama ada rakaman itu manis, pahit, suka, duka dan macam-macam lagi.....

Saturday, August 1, 2009

Penat la.. rehat dulu ye...

video

Bermula dari 1hb Ogos 2003.....

1hb Ogos 2003 (Jumaat)

Pagi itu.. aku rasa akulah orang yang paling kelam kabut... entah kemana tuala aku ni... merungut sorang-sorang.. sesudah mandi , aku pun bersiap sedia untuk breakfast.. mak aku dah siapkan semua sekali.. terima kasih pada mak sebab memahami anaknya yang memang kelam-kabut pada waktu pagi... belum sempat aku menjamah makanan tetiba teringat satu perkara.. pergi hidupkan enjin kereta dulu.... sengal betul aku.. masa tu nak makan.. masa tu juga nak hidupkan enjin kereta.. aku masuk balik rumah dan menjamu selera.....

Selesai sudah.. aku tengok jam dinding umah aku... pukul 6.45 pagi.. apa lagi.. terus masuk dalam kereta.. opss... lupa nak salam mak aku dulu... hahaha.... kereta meluncur bergerak ke Kuala Lumpur... dalam kereta sempat lagi periksa dokumen-dokumen penting didalam beg....

Pukul 7.30pagi... fuhh~!! awal sampai... sebenarnya... pagi itu adalah hari pertama aku bekerja sebagai kakitangan awam... maka kenalah lapor diri dulu sebelum di beri penempatan..... ketika itu aku masih teringat... sorang-sorang je duduk kat bangku .. takde kawan-kawan.. cuma bertegur sapa dengan orang-orang yang duduk dengan aku.... pukul 8.00 pagi.. kesemua kakitangan yang melapor diri ditempatkan di bilik syarahan (kalau tak silap namanya) di tingkat 5 bangunan perpustakaaan.. opss.. lupa lak.. aku telah dilantik menjadi Pembantu Perpustakaan dengan gred 17.. teringat lagi masa tu... ramai kakitangan baru telah lapor diri pada hari tersebut... sempat juga jeling-jeling perempuan-perempuan yang ada... sekadar cuci mata je... hari itu adalah hari bersejarah pada aku... dengan ini sudah 6 tahun aku menjadi kakitangan awam dan aku harap aku dapat bekerja dengan dengan lebih tekun lagi....

p/s- teringat kali pertama jumpa Azrul,Wan dengan Along.. Tempat lepak Tasik Titiwangsa.. hahaha