Sunday, March 28, 2010

Menanti saat ternanti

Sejak dua tiga menjak ni.. aku senyum sentiasa.. hati sudah senang sekarang ni.. dahulunya kalut dengan kepeningan dan kekalutan.. namun Allah S.W.T itu maha adil dan saksama telah memberi aku kesusahan dan keperitan untuk ketenangan pada masa akan datang...

Sukar untuk dijangka.. entah kenapa aku semangat untuk terus bekerja.. macam sekarang ni final exam lagi 23 hari jer.. tapi aku semakin semangat macam tak sabar nak tunggu peperiksaan yang bakal menanti.. mungkin disebabkan pelbagai perkara sudah selesai.. mungkin juga disebabkan oleh permohonan emak aku tentang bantuan pembakar kek itu diluluskan dan akan dihantar ke rumah aku tidak lama lagi. mungkin di sebabkan akak aku telah mendapat rumah kuarters putrajaya yang sudah setahun lebih dia minta. mungkin jua kerana akak aku sudah berpindah daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa(JPBD) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM)dan telah hilang kepeningan di tempat lama itu. Mungkin jua kerana abang aku sudah bekerja dan tidak melepak serta memeningkan kepala emak aku di rumah. mungkin jua si kecil Afiq telah terpilih menyertai sukan peringkat negeri..

pelbagai perkara yang menanti dan akan menanti.. apa yang penting.. aku suka dengan dunia aku sekarang.. pancaroba yang tak henti-henti datang singgah dan pergi. harap-harap perancangan aku untuk akan datang berjalan dengan sempurna hendaknya...

aku pasti akan kesana jua.....

Bila aku jatuh cinta - Nidji

Bila aku jatuh cinta
aku mendengar nyanyian
1000 dewa dewi cinta
menggema dunia

bila aku jatuh cinta
aku melihat matahari
kan datang padaku
dan memelukku dengan sayang

bila aku jatuh cinta
aku melihat sang bulan
kan datang padaku
dan menemani aku

melewati dinginnya mimpi
melewati dinginnya mimpi?aa?a?a.

bila aku jatuh cinta? jatuh cinta
bersama dirimu
peluk aku?dan ciumlah aku
sayang?

Sunday, March 7, 2010

alahai.. apa la aku ni.. sibuk sungguh.. sorry ila dan Farah dan Bob

Sejak kebelakangan ini.. kesibukkan yang tiada had.. sampaikan masa untuk aku berehat pun susah nak selesaikan.. kepala otak dah mula penuh dengan kapas,tayar basikal serta sampah-sampah yang patut aku campakkan ke seluruh ruang-ruang pembuang sampah.. harddisk kepala otak ni dah mampu menampung segalanya.. namun apa jua yang terjadi sekarang wajib dilalui... pertama, kerja.. tak ada la sampai pening tapi banyak juga yang dah aku tinggalkan.. kena buat semula.. kedua, belajar.. dah lama tak ulang kaji.. kekalutan mencari jalan mikroekonomi berserta kekiraan akaun yang tak sudah-sudah.. hancur-hancur... badan tak berapa nak larat melayan buku-buku pada waktu malam...

Minta maaf pada ila kerana tidak dapat meluangkan masa dalam majlis perkahwinan kau. aku kesibukkan bersama keluarga aku dan menyelesaikan beberapa perkara yang sangat penting untuk aku lakukan... juga minta maaf kepada Bob dan Farah.. tidak dapat ke Klang bersama meraikan pasangan pengantin ini.. mungkin lepas pada kekalutan ini, aku akan mencari masa untuk berjumpa korang semua..

fuuhhhhh.... penat gak nak taip ni.. rehat la dulu yer... kekadang otak manusia ni bila dah serabut patut rehatkan seketika..

Tuesday, March 2, 2010

Rembat dari blog hajar

entah kenapalah budak kecik iaitu hajar nak tutup blog dia?? ada gangguan jiwa?? gangguan perasaan?? jiwa tertekan?? atau sudah ada 100 blog yang susah nak dikendalikan.. ada cerita disebalik blog dia yang sempat aku curi... Kisah Pusat Sumber dan Multimedia,

14 November 2008


Assalamualaikum.

Saya suka mengumpul kawan. Adakah itu satu hobi? Tidak. Tidak salah kalau kita suka berkawankan. Sejak saya berLI di ILP Pedas ini, kawan-kawan saya tentulah terdiri daripada mereka yang bekerja di sini.

Baru-baru ini saya bertugas di Bukit Jalil (saya akan post enrty tentang ini di masa depan). Sedang saya bertugas, saya bersembang-sembang dengan seorang staf dari JTM (ibu pejabat). Dia tanya pada saya adakah saya akan rasa sedih bila tamat LI nanti. Dan tanpa berfikir panjang, saya terus menjawab mestilah akan rasa sedih. Mereka semua baik dan baik dan baik. Saya suka bekerja dengan mereka. isk.. Dan staf itu tersenyum. Saya pun senyum. =)

Inilah mereka.

.puan rohaizah.

ketua jabatan disini. sangat berfikiran positif. pandai mengambil hati dan memuji anak buahnya. puan kadang-kadang agak kelam kabut (cepat-cepat, lari-lari anak). haha. sangat comel. hehe. selalu bercerita tentang dirinya. (percaya atau tidak, puan pernah bercerita tentang kisah cinta pertamanya kepada saya) hehe. mereka suka memanggil puan dengan panggilan makcik atau principle. hehe. puan seperti saya, sukakan kesempurnaan bila membuat kerja. puan sangat suka artis-artis dari korea. haha. puan selalu suruh saya memuat turun lagu-lagu korea. haha. Puan juga ada bisnes kek!! puan pernah ambil cuti ketika bulan puasa untuk siapkan tempahan. haha. dan diakui, memang sedap. =)

.encik abdul aliff.

sangat jujur tetapi kadang-kadang tak. hehe. dan kalau dia nak cakap sesuatu, memang direct tanpa ada tapisan.hehe. perangainya seperti budak-budak. suka membaling buku, pen, hentak kaki, tendang kerusi meja. haha. kalau baru kenal dia tentu akan ingat dia ini marah padahal dia gurau saja. hehe. dia sangat suka membaca seperti saya. saya selalu meminjam koleksi buku dia. hehe. dia juga selalu membantu saya dalam kerja seharian. terutamanya TMS. kalau membantu, dia akan bantu sehingga kerja kita siap. baik tak dia? tetapi kalau gelakkan orang, memang nombor 1! hehe.

.encik badri.

encik badri orang Batu Pahat. orang kampung tu. hehe. bagus dalam hal-hal media ini. terutamanya photoshop dan hal-hal kamera dan sebagainya. dia selalu menerangkan kepada saya tentang kamera itu, kamera ini. dia pernah memberi kepercayaan kepada saya untuk jadi pembantunya untuk menjadi jurugambar bagi majlis utama disini. selalu memberi idea dan mengajar saya untuk menjadikan sesuatu kerja media itu menjadi lebih cantik dan menarik. dia suka membuat sesuatu sehingga menjadi dan membuahkan hasil. dia juga seperti encik alip, kalau gelakkan orang, memang satu kumpulan. hehe.

.hakim.

dia ini pembantu perpustakaan disini. dia menggelarkan dirinya penjaga buku. sangat suka membuat lawak! serius. dia suka membuat orang lain ketawa. suka menyanyi, suara boleh tahan. paling kelakar, dia suka menyanyi dan lirik ikut dialah nak letak apa. haha. mungkin dia bercita-cita nak jadi ahli parlimen kerana dia aktif juga hal-hal politik ini. hehe. pernah, dia datang senyap-senyap dari belakang komputer saya dan menarik monitor komputer saya, masa itu sangatlah terkejut. rasa nak gugur jantung kerana tiba-tiba monitor komputer ini nak jatuh. jahat kamu hakim! huhu. semua orang suka kalau dia buat lawak. haha.

.kak yanti.

pengajar matematik disini. sangat baik. sedia membantu, tanpa berkira. kak yanti pernah menghantar saya ke klinik kerana saya demam. malam-malam. terharu. kerja dia banyak tetapi dia tetap melakukannya demi menjaga hati semua pihak. selalu mengalah dengan mereka-mereka yang berkaitan. kasihan kak yanti tetapi dia tetap buat sampai siap. huhu. suka mengumpul cerita korea! saya selalu pinjam dari dia. hehe. saya pernah menggantikan kelas dia untuk beberapa kali. seronok juga mengajar. hehe.

.banu.

pengajar bahasa inggeris. dia juga housemate saya. baik dan suka bercakap. tidak berkira. selalu menjadi penggalak untuk bertutur dalam bahasa inggeris. menjadikan hari selasa hari bertutur dalam bahasa inggeris di pusat sumber. tetapi akhirnya setiap hari perlu cakap bahasa inggeris. haha.

.kak zu.

suka memberi nasihat. ada banyak buku diatas meja kak zu. tips bekerja di pejabat. doa-doa kejayaan. huhu. pelajar agak rapat dengan kak zu (kalau tak silap) kerana kak zu adalah staf yang menjaga hal-hal asrama dan sebagainya.

Lirik Pilihan 2010

Nigina
Apakah yang membara
Di hati kecilmu
Kiniku terharu sayu

Nigina
Gadis timang dimanja
Membelai rindu
Melagu harapan seribu

Nigina
Ke sini dan ke sana
Kekosongan menyiksa
Robohnya persada bahagia

Potret dan waktu
Mengusik dikalbu
Mencuit sendu
Kau anak semesta
Impikan keindahan berjuta

Oh... oh... malam meratapi
Lembaran tragedi laramu ini
Kian dilamun ilusi
Kian membakar diri
Kau ibarat kuntum bersemi
Menunggu mentari
Memancar fitrah pagi
Agar mimpi sucimu abadi

sodap lak layan lagu ni.. huhuhuhu

Monday, March 1, 2010

Terbang melihat masalah tinggi

"sentuhanmu satu azimat.. buat diriku hina.. manusia terpinggir melara".. melayani siaran radio tempatan.. lagu tu dendangan Awie dan Search.. lama betul tak layan Nurnilam Sari.. sesepagi yang hening ni.. aku sekarang ni kelihatan pening-pening ulat beluncas... entah kenapa pemikiran aku jauh terbang ke sana... memikirkan keadaan yang menjadi dugaan dalam hidup.. menentukan masa yang menjadi tanda tanya adakah itu patut atau tidak menjadi hari itu adalah hari realiti.. akan tetapi kehanyutan pemikiran ini tidak boleh aku biarkan... beringat pada tuhan yang SATU menjadi aku semakin tunduk ke bumi... Allah S.W.T menjadi dunia ini indah dan aman untuk semua manusia didunia ini... indah sungguh... jadi masalah yang berlaku... adalah keindahan untuk semuanya...

Aku terasa ingin terbang menyelesaikan masalah ini.. terbang tinggi meninggalkan segalanya.... aku yang tak pernah henti menyelesaikan perkara-perkara yang penting dalam hidup.. aku juga menunggu hari-hari itu....