Tuesday, December 11, 2012

Oh ye.. hampir terlepas



Sebelum terlewat.. Selamat pengantin baru untuk Azrul Nisham @ Icam.. selamat menjadi suami . semoga panjang jodoh dan murah rezeki. lepas ni dah boleh teruskan jejak langkah seperti aku sekarang... hahaha... nampak kegembiraan sepanjang sesi fotografi bersama dia dengan isteri.. dari Lanchang sampai ke Raub, Pahang..  setiap masa dia akan tersenyum lebar seperti foto diatas... hahahah... tahniah diucapkan.. boleh disimpulkan ceritanya... "jodoh dan pertemuan di tangan Allah S.W.T.. kita merancang sahaja..." desus-desus cinta tak ada.. tiba-tiba bertunang dan terus kahwin.. fuhhh! memang boleh buat novel..

   
Abang Jerung melayan rokok berasap-asap

Tinggal tunggu jumaat ni (14 Disember 2012).. sahabat karib dan rakan kongsi Gabungan Lensa Studio akan bernikah tidak lama lagi. nak tengok macam mana pula ragam sahabat yang sorang ni. tak tahu la macam mana gayanya nanti.. jangan kelam kabut.. aku doakan semoga semua berjalan dengan lancar... sampai masanya semua orang akan merasai kenikmatan berumah tangga.. tahniah kepada korang semua....

Monday, December 10, 2012

Perkara yang sering berlaku




memang perkara yang sering berlaku.. tengah-tengah tengok movie masa tu la sibuk melayan kawan-kawan yang sengal.. hahaha.. video yang menarik..