Wednesday, January 21, 2009

Layan Lagu la....

aku tengah usha youtube..

layan la lagu UNGU .. sesungguhnya...

tetiba aku tengok lak lagu tercipta untukku.. Rossa Featuring Ungu??

check punya check.. lagu ni sountrack Filem Indonesia... Kalau tak tajuk filem tu ... Ayat-ayat cinta?? ye la kot.. tak layan la filem camni... hahaha




Monday, January 19, 2009

Seperti mencari sesuatu

Kelam kabut aku malam ni..
terasa jiwa kosong dan hati tidak tenteram....
kepelikan ini jarang berlaku..
tetapi pada pagi ni (kira-kira pukul 1.42pagi)

bila pandang langit yang tinggi
di celah-celah besi tingkap...
ku lihat bintang seperti memanggilku....
aku lambai kat bintang tu... tetiba bintang berkelip...
seperti ada suara dalam hati....
"hey keem~!! pergi makan ubat la ...."

rupanya aku belum makan ubat...
camner aku nak tidur...

(Keem demam sepanjang hari... letih kerjakan kebun pisang itu hari)

20 Januari 2009...
Pukul 1.45 pagi

Sunday, January 11, 2009

Laskar Pelangi....

Hari ni aku ubah lagu blog... Laskar Pelangi...
aku pun tak tau laskar tu apa benda.. tak perasan lak dalam kamus ade tak laskar...
mungkin kerana aku tak berapa minat nak tengok lirik lagu indonesia ni... apa-apa pun ada beberapa rangkap yang aku minat....

laskar pelangi
takkan terikat waktu

bebaskan mimpimu di angkasa

raih bintang di jiwa

(layan la pulak)....





Pukul 6.00 pagi

Isnin.... 12 Januari 2009

dah masuk minggu ke 2 untuk tahun 2009... aku bangun awal pagi ni.. tak tau apsal bangun awal.. mungkin sebab dah tidur awal kot.. sekarang ni aku dah ubah untuk bangun awal... selalu awal gak .. dalam pukul 6.45pagi.. tapi kali ni awal lagi bangun.. pukul 6.00 pagi..

teringat masa sekolah dulu.. aku memang bangun awal.. sebab emak aku bangunkan aku awal pasal dia nak pergi keje.. maklum la .. masa tu emak aku kerja kilang.. kena bangun awal nanti terlepas bas kilang....

so ini lah azam tahun baru aku... bangun awal... hahahah... semakin hari semakin awal dan bersemangat untuk terus kerja....

Wednesday, January 7, 2009

Hari penat sedunia

Hari penat??? ade ker???


hari ini sungguh penat dalam hidup aku. pelajar baru kt tempat aku baru je masuk.... walaupun tak ramai.. tapi ada gak la dalam 120 orang.. penat gak la nak layan... pasalnya aku ni banyak berjalan.. bukan berjalan mengelakkan diri.. berjalan sebab banyak kena gi ke hulu ke hilir...





penat sungguh... sesudah tu pengarah aku minta ambik gambar semua staff saje nak santai.... maklum la hari ni kena pakai baju koporat la... penat aku belum hilang lagi.. aku kena handle program sepanjang minggu orientasi berlangsung... nasib baik aku ada excuse hari sabtu dan ahad sebab ada kelas. penat-penat sungguh... malam ni ada lak taklimat disiplin sampai kul 11 malam... aku rasa malam ni adalah malam paling penat.. dengan itu dengan rasminya hari ni adalah hari penat sedunia.. tapi untuk aku je... hahahhahha





(sambil tu layan lagu laskar pelangi-Nidji.. lagu sepeninggalan Hajar..)











Monday, January 5, 2009

Keunggulan tahun 2009

Mula-mula tahun 2009 ni .. aku dah semangat untuk bekerja...
gila-gila buat kerja...
semangat tul aku.... mari kawan-kawan semua... kita bekerja bagi mencapai matlamat kita menjadi pekerja yang terbaik di tahun ini...

sasaran aku tahun ni adalah.... menjalankan tugas-tugas aku dalam pelbagai bidang iaitu pertanian,politik dan sosial....

Kelab Kompang Setia Taman Desa Sentosa.....

Telah masuk tahun ke 9 penubuhan kelab kompang ini telah menyebabkan aku terus memperjuangkan kompang dengan slogan "MEMARTABATKAN MUZIK TRADISIONAL".... ramai anak-anak muda tidak mahu betapa hebatnya kompang ini.. kalau semua orang nak tahu.. kompang lah yang menyatukan aku dengan kawan-kawan aku dan menjadikan kompang sebagai platform berkumpul,bermain dan beriadah bersama-sama.. sudah 5 tahun aku menjadi pengerusi kelab kompang ini... aku ingat lagi masa mula-mula main kompang... rasa cam bangang jer main kompang ni.. setelah diteliti betul-betul.. tidak.. itu jawapan aku.. kompang tidak seperti yang di sangka... hebat... keunikannya terserlah... sebab itu aku cakap muzik tradisional ni perlu di naikkan.......

antara kawan-kawan yang terlibat dalam jawatankuasa kompang:

Pengerusi
Mohd Hakim Bin Wazir
Naib Pengerusi
Mohd Izwan Bin Zarali
Setiausaha
Mohd Azhar Bin Mustafa
Naib Pengerusi
Mohamed Husnezam Bin Husin
Bendahari
Suhairi Subari
Ketua Kompang
Zazali Bin Mohamad
Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Taman Desa Sentosa
Sudah masuk 2 penggal aku menjadi Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman Desa Sentosa... banyak liku-liku kehidupan yang sudah ditempuhi.. bertambah perit sekarang kerajaan negeri selangor bukan lagi dibawah kerajaan BN.. tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat (PKR+PAS+DAP)..
walaupun begitu perjuangan aku belum luntur.. belum mengalah.. biar apa pun yang akan berlaku .. aku tetap berjuangan .. demi bangsa,agama dan negara.... aku perlu berusaha bagi mendapatkan kembali tampuk pemerintahan selangor..
Ahli Jawatankuasa Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Taman Desa Sentosa
Ketua Pemuda
Mohd Hakim Bin Wazir
Timbalan Ketua Pemuda
Zazali Bin Mohamad
Ahli Jawatankuasa
Mohamed Husnezam Bin Husin
Mohd Norman Bin Wazir
Mohd Adzahar Bin Jamarrudin
Ahmad Ridzuan Bin Mohd Said
Mohd Ariff Bin Jamaludin
Abdul Rahim Bin Mohd Said
harap-harap semuanya berjalan lancar .... Amin