Monday, November 30, 2009

Sudah 4 tahun menetap di ILP Pedas

Hari ini adalah hari bersejarah dalam hidup aku sepanjang meneruskan karier dalam bidang perpustakaan. Sudah 4 tahun aku berada di ILP Pedas.. macam tak percaya sahaja.. pejam celik pejam celik aku sudah telah menjadi orang negeri sembilan secara import selama itu. banyak perkara telah berlaku sepanjang 4 tahun aku ada disini. pahit manis masam masin bacin semua ada. cuma pada tahun 2009 ini banyak perkara telah dilakukan. pada pertengahan tahun ini aku telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Macam tak percaya pula sebab memandangkan kerja aku ni kekadang rajin kekadang malas tapi lebih pada malas sahaja, hahha.. apa-apa pun aku bersyukur kerana mendapat anugerah tersebut.
Pada tahun ini juga, aku telah berpindah dari Kuaters ILP Pedas ke Taman Pedas Indah. ramai tertanya-tanya kenapa aku pindah ke kawasan luar. Sebenarnya kawan-kawan semua, aku ingin cuba mencari perjalanan hidup yang baru di dunia luar. nak tengok macam mana ragam-ragam orang di luar pula. mungkin kerana di kampung aku kerap ke sana ke sini menjadikan aku melakukan perkara yang sama di sini.
Sepanjang perjalanan kehidupan disini. aku merasa kehidupan aku telah berubah 80%, besar juga perubahan tu, mungkin benar orang kata, Hujan emas di negeri orang.. hujan batu dinegeri sendiri.. kat sini banyak mengajar aku tentang kehidupan, tentang kawan, tentang persaudaraan dan tentang kejiranan serta berkomunikasi bersama rakan sekerja. ini kerana kebanyakkan rakan-rakan yang bekerja di ILP Pedas ni baik-baik belaka. tak kira la dari peringkat mana pun .. baik pengarah hingga ke orang-orang bawahan. mereka tidak membezakan diri mereka dengan orang-orang jawatan rendah macam aku ini. Juga terima kasih pada rakan sekerja .. satu department yang banyak mengajar dan bekerjasama dengan aku sepanjang kerja. terutama En Aliff ( Godfather) banyak memaki hamun aku dan mengajar aku tentang kehidupan sepanjang berada disini.. dia juga la menyaran aku supaya belajar balik sebab dia kata kalau tak sambung belajar dia nak pukul aku.. hahahhaha

apa-apa pun kehidupan di mana sahaja.. kita kena pandai menjaga diri dan sesuaikan diri dengan semua orang..

Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri ( letih dihari raya)

salam....

saya ucapkan selamat hari raya aidiladha....
maaf zahir batin?.. boleh tak kasi ucapan macam tu...

heheh....
kawan-kawan semua orang...
selamat hari raya aidiladha

Tuesday, November 24, 2009

Different??

Orang melayu cakap berbeza...
ye ke?? aku ni berbeza??
takde lah.. sebenarnya aku ni tak berbeza.. sama sahaja..
hari ini sangat ketara bila orang mengandaikan diri aku ini.. kelakar sungguh..
sebenarnya tak ada perbezaan tentang aku sekarang...
cuma mungkin mereka melihat aku ke sana sini dengan senyuman yang manis..
mungkin sebab aku dah pendekkan rambut dan membuang misai dan janggut..
mungkin juga kerana aku sentiasa sahaja turun berjumpa kawan-kawan....

Apa yang terjadi sekarang adalah aku ceria dan happy dalam hidup sekarang...
aku masih ada keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang aku...
ini kerana kehidupan aku diceriakan lagi dengan 4 orang anak buah aku yang nakal dan membuatkan aku tak putus-putus menyakat mereka..
ceria bersama semua kawan-kawan yang sentiasa ada sahaja nak kenakan aku atau menolong aku juga membantu aku dalam apa jua masalah atau kerja......

Ternyata perbezaan itu tak ada pada hari ni...
Kehidupan kita memang perlu ceria...

p/s - Marina.. ceria itu memang ada.. yakinlah diri kau... (Sambung dari blog marina)

Sunday, November 22, 2009

Penat dan Rehat

Mula-mula saya melihat..
Mula-mula saya suka...
Saya sangat gembira...
Meriah suasana tidak terkata....

Pertengahan seperti berlari..
Wajah senyum sahaja...
Tapi kenapa berlari....
Berlari bersama-sama...
Meriahkah kita berlari...

Siapa tahu ada gelora..
Lautan yang dalam tidak berkata-kata..
Hati yang perit mudah berkata...
Naluri sendiri meminggirkan hati...
Saya berlari seorang diri.....

Kini saya temui dimana jalan itu...
Saya sedar saya ini adalah lemah....
Di tolak angin melayang...
Di hempas badai lalu tercampak...
Saya temui jalan yang akhir..
Menemui dunia yang baru.....
Penat berlari....
Kini saya berehat... tatkala mengharungi perjalanan baru


Al-Fatihah
Allahyarham Nor Mohamad Syazwan Bin Mat Som

Minggu yang ada sedih dan ceria

20hb November 2009 (Jumaat)

Alkisahnya.. aku balik kerja terus pulang ke kampung.. dengan hujan-hujan yang sangat-sangat lebat adakala renyai-renyai syair Usman Awang.... aku redah juga la... dengan menumpang kereta kawan aku, Isyammudin atau lebih dikenali sebagai BATMAN ke Seremban... Sesampai di stesen komuter. aku terus membeli tiket di kaunter sambil memerhati awek-awek cun yang berkeliaran disana.. sempat lagi tu.. hahhaa.... aku tengok jam baru nak pukul 6.. lalu aku pun memasuki komuter.. dalam keadaan mamai.. tertidur la aku.. tetiba aku terdengar satu suara.. "Stesen berikutnya "BATANG BENAR"...." uiskkhhhhhh~!!! tak jauh lagi ni... tetiba je aku teringat aku ada janji dengan Cam atau nama betulnya Azrul Nisham.. bincang pasal bowling.... hari makin gelap.. sesampai je di Serdang .. Cam terus ambil aku kat stesen komuter.. dan terus pergi makan di Village View Restaurant, Bangi.... sampai la pukul 9.30malam...

selepas itu kereta terus meluncur laju pulang ke Hulu Langat.. sesampai di rumah .. seperti ada sesuatu yang tak sedap dihati bila melihat kakak aku dan jiran sebelah tengah keresahan... lalu aku pun bertanya apa yang berlaku. Seperti yang tidak dapat dipercayai.. adik sedara aku.. anak pak lang aku.. Nor Mohamad Syazwan,18 Tahun terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. aku berkejar ke tempat kejadian bersama Pak Din, Jiran sebelah rumah aku. Allah lebih menyayanginya... setiap benda yang hidup mesti akan mati. Al-fatihah.

22Hb November 2009 (Ahad)

Bowling?? oh tidak.. masih tidak dapat dipercayai.. mengapa aku menang lagi.. mak aku pesan jangan riak.. tapi entah macam mana.. aku riak pula.. hhhee... sebenarnya ada game bowling . dianjurkan oleh aku untuk kawan-kawan kelas Sastera 2001 SMKAJ. saja nak jumpa-jumpa.. sembang-sembang.. tanya perkembangan ... dan melihat gelagat rakan-rakan yang sudah lama tak jumpa.. walaupun tak ramai.. tapi aku rasa sudah cukup bagi aku meluangkan masa bersama kawan-kawan. kesanggupan mereka datang amatlah dihargai dan aku doakan di hari akan datang dapat berkumpul kembali dengan aktiviti-aktiviti seterusnya... hehehe.. masih lagi aku menjuarai bowling.. hehehe..... thanks to Cam yang banyak membantu aku dalam menganjurkan bowling...

Wednesday, November 18, 2009

Ceria....

Ceria??? apa benda tu... gula-gula ke?? selipar??? sejenis kasut ke?

hahah... sebenarnya dalam kehidupan kita ini.. kita perlu ada keceriaan dan ketenangan bagi meneruskan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang rutin harian kita. Bagi aku, ceria adalah penting dan ceria itu perlu ada kesempurnaannya. Adalah paling penting bagi aku adalah ceria itu perlu ada untuk orang tersayang tak kira la emak ke abah ke adik ke sepupu ke kekasih ke kawan-kawan ke. Ceria itu mengeratkan kesemuanya sekali dan bagi yang tak ceria kena la ambil perkara-perkara untuk ceria. Tak ceria?? jangan risau.. kawan-kawan ada... keluarga kita ada. Bila kita ceria kita akan dapat kerja dengan tenang, berkomunikasi dengan baik dan mungkin dapat berkawan dengan lebih ramai lagi..

Sesungguhnya itu adalah keajaiban yang diberikan oleh tuhan kepada kita. oleh itu, bila kita menghadapi apa jua kesedihan, kita mesti ingat.. kesedihan itu bukan untuk selamanya.. hikmah disebalik kesedihan tersirat seribu makna yang mungkin akan membawa keceriaan..

p/s- apa la topik aku ni.. poyo lebih...

Sunday, November 8, 2009

Lirik Pilihan... Jangan Lupakan - Nidji

Nidji - Jangan Lupakan

ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya duniaku berdoa untuk dia yang kurindukan

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home..
would it be nice to kiss you..

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home ..
would it be nice to kiss you..

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku

ABG.... apa itu??

ABG??? selalu orang cakap kat aku.. cuma bulan puasa itu hari je orang tak cakap aku ABG..

ABG?? singkatan bagi Aku Budak Gemuk... dahulunya aku ni kurus.. sekarang sudah gemuk .. kenapa ye.. ini kerana pemakanan yang tidak terkawal membuatkan aku menjadi gemuk dan mungkin sebab kurang senaman??? bagaimana nak kurus ye?? hehehe....
Masa ni aku lepak dengan Fairul.. agak kurus ketika itu...
tak tau la leh turun camni balik ke tak.. ihhiihih


Boleh dikatakan masa ni aku dah tahap gaban gemuk... buncit sangat dah ni.. hehehe

Thursday, November 5, 2009

Final Exam dan Bolasepak

Semalam aku ada paper kat Uitm.. so pagi-pagi lagi aku dah bangun walaupun aku tau exam start pukul 2.15 petang. siap awal-awal pasal sekarang ni tak dijangka cuacanya.. ini kerana asalkan tengahari je hujan. pagi itu aku terus pergi rumah Khairul a.k.a Atok untuk ambil beg aku yang tertinggal dalam kereta Syam.. tengok jap sudah pukul 8.10 pagi.. aku pun breakfast la dengan kawan-kawan di kedai makan MJ.. sebenarnya dalam kepala otak aku tengah merancang pukul berapa nak balik dari exam .. ini kerana petang itu aku ada game bolasepak..

sesampai di Uitm pukul 10.30 pagi.. aku pun mula study tapi memandangkan kawan-kawan takde aku pun terus pergi ke Cybercafe berdekatan... layan internet la dulu.. terus je open facebook layan kawan-kawan kat office. Aku pun mulakan la ayat-ayat yang diletakkan dalam status.. baru sekejap letak. kawan-kawan dah komen.. dasat tul diorang ni.. ade je nak komen status aku... leka punya leka sampai pukul 12.30 tghari.. aku pun terus la keluar dari Cybercafe tu..lalu depan kaunter pengawal jumpa ida yang tengah kelam kabut entah kenapa... rupanya masa test itu hari dia tak datang... jadi dia kena ambik test sebelum exam..

Aku masih lagi memikirkan pukul berapa nak sampai rumah ni.. teringat bola je.. ohh.. tak boleh jadi ini.. tunggu punya tunggu akhir jam menunjukkan pukul 2 lalu aku pun masuk la bilik peperiksaan... waktu peperiksaan 2.15ptg - 4.15 ptg, jadi aku merancang untuk habiskan semua jawapan sebelum 3.30ptg..

belum sempat kawan-kawan nak habiskan jawapan.. aku siap dulu.. hahah.. bye-bye kawan-kawan.. tanpa melengahkan masa.. aku terus pecut motor sampai ke Pedas.. sesudah itu aku pun bersiap-siap untuk bermain bolasepak.. ye ha...~!!!






Majlis perkahwinan Di ILP Pedas

Tahniah dan diucapkan kepada Haji Khair, salah seorang kakitangan ILP Pedas yang melangsungkan perkahwinannya pada 1 November 2009 iaitu pada hari ahad lepas.. kisah kehidupan beliau yang tidak lekang dengan dugaan akhirnya menemui teman hidup bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan.. bahagianya.. aku??? nanti la...


apa nak diperkatakan tiap kali kenduri.. dah tentu geng-geng GP (gerak pantas ) atau lebih dikenali sekarang MAFIA akan menjadi tonggak utama dalam kenduri.. mula-mula masa berkampung aku ditugaskan untuk menjaga air minuman tetamu akan tetapi bila hari kenduri aku menjadi penanggah terhormat dengan seluar jeans yang senteng serta muka ala-ala buruh mencuci pinggan di restoran.. ahhaha.. tapi puas hati la.. majlis berjalan dengan lancar.. seingat aku.. sepanjang hari tu adalah hari paling penat dan gembira.. penat sebab tak habis-habis buat kerja dengan kawan-kawan.. yang bestnya.. dapat sakat pengantin dan pengapit.. terima kasih pada semua kawan-kawan yang turut sama membantu dalam melicinkan perjalanan majlis terutama sekali ketua majlis kami iaitu En. Zulkarnaie.. aku dengar dia dimasukkan ke wad pada jumaat lepas tapi mohon juga untuk balik dalam menjalankan majlis..




kepada Haji Khair.. semoga berbahagia hingga ker akhir hayat........ amin

Tuesday, November 3, 2009

Menjelang perkara yang patut dilaksanakan

Perkara yang patut dilaksanakan.... exam...!!!! hahaha...


30hb Oktober 2009 (Jumaat)

05hb November 2009 (khamis)

10hb November 2009 (Selasa)

11hb November 2009 (Rabu)


Good Luck untuk semua kawan yang mengambil final exam...

jawab elok-elok


Kucar-kacir dan Macam-macam

sejak dua menjak ini.. macam telah berlaku dalam suasana sekarang... banyak sangat perkara seperti.. bermuka-muka.. tikam dari belakang... hasutan durjana.. apa nak jadi manusia sekarang.. tambah-tambah lagi orang yang melakukan perkara itu seperti sukar dipercayai tetapi wajib di percayai... muka cantik tapi perangai macam haram... ilmiah dan penuh kesyukuran melihat wajahnya akan tetapi macam sial perangai kerana selalu menyibuk hal kerja orang.. selama bertahun-tahun aku bekerja.. pada kali ini adalah paling teruk dalam kehidupan aku.. macam duduk kampung.. kat kampung pun tak perangai macam ni.. yang lebih menyakitkan hati dan perasaan yang gundah gulana ini.. perangai orang-orang tua yang semakin menjadi-jadi memijak perasaan dan membangkit pemberontakan jiwa orang muda... aku memikirkan orang tua akan menjadi panduan orang muda.. ini tidak.. orang muda dijadikan bahan cemuhan.. perkara yang sempit dikeluarkan.. hal-hal kerja orang dipantaunya.. habis tu? kerja orang-orang tua??? siapa pun tak peduli...

orang muda seperti sekarang tidak mahu perkara-perkara sempit macam yang terjadi sekarang.. orang-orang muda mahu kehidupan yang aman dan damai tiada porak poranda seperti sekarang.. tak faham.. tak faham.... kenapa terjadi ye.... kucar-kucir.. sekarang ni ada kumpulan-kumpulan... puak-puak.. mafia-mafia kat sini tak boleh terima keadaan macam ini.... perkara berlarutan... apa kesudahannya... tunggu je la...

Melepaskan gian

bukan menghisap dadah.. cuma melepaskan gian..
gian main bola..
semalam kepenatan sungguh aku.... dapat juga aku main bola.. punya lama menunggu nak main bola kat padang.. hahha... sebenarnya.. kat tempat aku ni ada Sukan Bahagian.. so aku diimport oleh Bahagian Teknologi Maklumat untuk menyertai skuad bola sepak diorang .. pasukan yang sering kali menjadi bahan lawak dan bahan untuk di laukkan.. so sebagai pemain berpengalaman, aku kena menaikkan semangat rakan-rakan sepasukan yang mereka bukan pasukan belasahan....

tunggu dan lihat sahaja...