Monday, May 30, 2011

Macamlah lama sangat....



ehem.. ehem.... aku letak kat status facebook tentang 6 bulan lagi.. macam lama ada.. macam kejap ada.. tapi lebih pada kejap.. pasal kalau tak fikir macam 6 hari.. tapi kalau fikir 6 minit je... aduiiiii aiiii~~!!!

Sekarang memikirkan perkara yang paling dekat je.. alhamdulillah.. aku telah pun kembali bersama keluarga yang disayangi... maka semuanya harus disegerakan mulai hari dan seterusnya... macam-macam boleh berlaku sekarang ni.. selesai sahaja acik dan han.. aku punya giliran pula.. semoga semuanya tersusun dan teratur. serta murah rezeki... amin...

Wednesday, May 25, 2011

Pagi Kuala Lumpur

" terciptalah aku untuk kamu........"

kasi layan nitrus pagi-pagi...
ahhaha..... selamat pagi warga KL

Tuesday, May 24, 2011

Sedikit la tentang perpustakaan sekarang

Sibuk ke?? tak lah sibuk.. biasa la tempat kerja baru. banyak benda nak kena tahu, kisahnya aku sibuk ni dah lama dah. cuma sekarang ni aku menyibukkan diri. yang sibuk setiap hari adalah jalanraya, yang itu tak habis-habis sibuknya.

Perpustakaan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung,

Mempunyai 3 kakitangan, seorang penolong pegawai perpustakaan dan 2 orang pembantu perpustakaan termasuk aku. Alhamdulillah, kedua-duanya aku kenal, Puan Aida, Penolong Pegawai Perpustakaan adalah kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia sama dengan aku dulu dan Puan Nurul (puan?? errkkkk) adalah sahabat lama aku, kami sama-sama induksi tahun 2004 dulu, hahahha.. maka dah kenal siapa aku, insyaallah, aku akan lakukan yang terbaik untuk perpustakaan yang aku bertugas sekarang ni..


p/s- teringat kat liyana.. selamat bertugas juga untuk kau

Tuesday, May 17, 2011

Secara Rasmi.. Saya bertugas di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,Kuala Lumpur

Hari ini adalah hari pertama bertugas secara rasminya selepas menangguh bertugas selama 2 minggu di ILP Pedas.. sungguh jauh pergi meninggalkan Pekan Pedas dan Rembau.. kembali semula ke Kuala Lumpur.. sungguh jauh perjalanannya.. macam-macam cerita berlaku.. ingat nak buat la satu kisah di Pedas,,, macam-macam cerita ada..

Dan hari ini juga adalah hari lahir aku (18/5/2011) didalam usia 27 tahun dan bermula tugasan ditempat baru... semoga apa saja berlaku dalam kehidupan diredhai ALLAH S.W.T..

p/s - mendengar kawan-kawan gelak melalui telefon tadi.... seronok sungguh

Sunday, May 15, 2011

blog pun kene hack?? lantak la..

camner lak blog aku kene hack ni.. hahahaha... last post itu hari.. ada orang telah hack aku nyer blog.. aku?? aku tak kisah.. sebab ada aku kisah.... ko ado??? ahhahaha
lantak la.. sekarang ni jiwa berada di Kuala Lumpur.. harap-harap pergi kerja nanti tak kena hujan macam mula-mula lapor diri.... sekarang ni sudah kalah Liverpool.. penat je beli jam liverpool

Wednesday, May 11, 2011

aku nak pindah pedulik aperrr

best la aku dapat pindah demi yang tersayangggg

Wednesday, May 4, 2011

Hari ini saya gelak lagi

Pukul 1.00pagi.. aku baru balik dari Farisha corner.. tempat melepak lebih 4 tahun di Pedas, N. Sembilan ini. hari ni sungguh dasat.. sehingga menitis air mata aku menahan gelak yang tak sudah-sudah. ianya menjadi satu cerita yang tak boleh dilupakan.. sungguh pun begitu.. masih ada peluang untuk melepak macam ni lagi walaupun dah berpindah ke Kuala Lumpur? huhhuhu.. mungkin ada kot. ehehhe.. kena cari peluang la macam ni..

kisah melepak tadi sungguh bermakna bagi aku. mungkin banyak cerita atau kisah 2 3 hari ini yang aku tak tahu. dan mungkin aku takkan tahu sampai bila.. apa pun yang penting.. tadi memang best sangat-sangat.. hahahaha.. gelak besar aku.. melepak dengan sekelian makhluk yang pening tapi baik hati.. korang memang gila la.. ahhahahha

Tuesday, May 3, 2011

Nak menggedik kejap...


Pagi ni saya breakfast dengan tunang saya... hahahahaha
agak gedik tak post aku ni.. hahahahahha

Monday, May 2, 2011

Selamat melapor diri bertugas di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa

Tarikh : 3 Mei 2011 (selasa)
Waktu : 8.10 Pagi (lewat hujan)
Tempat : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur

fuh... sampai juga aku akhirnya.. selamat melapor diri di tempat baru.. perpustakaan yang unik dan cantik la.. boleh la kira cantik.. bangunan agak lama skit.. tingkat 4.. kena naik tangga.. boleh kurus aku macam ni.. hahahaha...

Agak seronok rasa hari ini.. dapat kembali ke kuala lumpur.. tetapi agak rindu pula dengan keadaan di Pedas, ermm.. macam-macam dalam kepala otak dimasukkan.. uhhh.. pedulikan la.. yang penting esok kena balik ILP Pedas.. nak tengok keadaan kat sana.. apa la yang pembantu baru tu buat ye... kena kasi sikit ilmu-ilmu yang ada ni .. terutama sekali ilmu memaki hamun pelajar semua.. ahhahaha...

semoga perjalanan seterusnya dirahmati dan dilindungi oleh ALLAH S.W.T.. amin