Sunday, August 29, 2010

Lirik Pilihan - Senyum Indah (Crush)

Aku terkenang dikau
Dikala rindu
Di saat kau melihat
Tersentuh kalbu
Membawa aku
Semalam dulu
Kita bertemu
Aku dengan mu
Kau, tersenyum indah
Tertarik jiwa ku
Buat ku rasa rindu
Kerana ku tahu
Yang kau akan menjadi milik ku
Mata bertemu mata
Aku terpaku
Siapa diri mu
Seindah ratu
Kau, tersenyum indah
Tertarik jiwa ku
Buat ku rasa rindu
Kerana ku tahu
Yang kau akan menjadi milik ku
Oh, kau
Tersenyum indah
Tertarik jiwa ku
Buat ku rasa rindu
Kerana ku tahu
Yang kau akan menjadi milik ku

Thursday, August 26, 2010

Jangan main mercun





jangan gatal-gatal main mercun yer..
nnti putus tangan tak raya lak nanti. hhaha

pesanan khidmat masyarakat

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan yang ketika itu

Sebut ramadhan... teringat pelbagai cerita yang terkeluar pada bulan ramadhan..
ada ketika teringat kawan-kawan dikampung. yang mana kerja-kerja kebudak-budakan yang tidak ada penghabisannya.. mercun,meriam,bunga api, kabaid dan macam-macam lagi.. tatkala sendirian teringat dikejar oleh orang kampung kerana main mercun dihalaman surau.

sedikit meningkat usia.. remaja yang mematangkan usia kanak-kanak. penglibatan kumpulan yang besar untuk merayau-rayau dicelah kota untuk mencari masalah waktu malam ditempat-tempat seperti karaoke park,uptown cari baju dan melepak tepian sogo untuk melayan rebusan ditengah malam. pada masa itu awek-awek akan lalu lalang dan aku pun menjadi lalang yang mengorat awek-awek yang tak mungkin akan tergoda ngoratan itu.. ah indahnya ramadhan. ponteng puasa dan pelbagai ragam di bazar ramadhan mengingatkan aku keadaan disekeliling. Dulu aku tak bayar zakat. mak aku bayarkan. Sekarang ni aku bayar mak aku pula.. keadaan berubah..

sekarang ni.. ramadhan sangat bererti. dan mungkin ini adalah ramadhan "bujang" aku sebelum melangkah seterusnya. Buat keluarga tercinta. kenangan kita dimasa kecil sehingga dewasa ini banyak memberi pengajaran dan kebahagian dalam hidup ini. penambahan insan tersayang menjadikan ramadhan ini adalah ramadhan bahagia. sayang anda semua.

Monday, August 2, 2010

Mohd Nor Idha.. Selamat Pengantin Baru



Along (baju Putih kanan sekali)

Berakhir la episod zaman bujang Along Mail atau nama sebenarnya Mohd Nor Idha..
sahabat yang duduk dalam kelas selama 5 tahun bersama dengan aku yang agak-agak suka membuli dia yang baik hati lagi la tak pernah pukul-pukul aku.

bermula dari Tingkatan 1 Zamrud sehingga ke 5 Dedikasi. tak pernah aku lupa jasa baik dia. Anak Sulung dari 5 adik beradik pernah mengajak aku tidur kat rumah dia, makan kat rumah dia sekaligus menjadi tempat kami belajar,bersembang dan macam-macam aktiviti-aktiviti baik dan nakal. hahhaha...

Kepada Along.. Selamat Menjalani kehidupan berumahtangga.. semoga panjang umur dan jodoh kekal sampai ke syurga.

p/s - sorang lagi dah lepas... hahhaha.,. aku??? tunggu je la dulu

Lirik Pilihan - Senja Nan Merah (Ziana Zain & Awie)

Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa… terasa

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta kebeningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna
Di ruang yang lurus ini

Haruskah…
Kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah…
Kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna

Dibawah teriring ungkapan
Pada sebuah wajah
Yang lara kesepian
Haruskah kita mencari suatu
Senja dalam kepedihan

(#)
Haruskah…
Kita mencari dalam senja begini
Kembali kita bertemu

Haruskah (haruskah)…
Kita mencari dalam simpati wangi
Kembali kita bersama

Membilang kenangan yang abadi
Seperti menuggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah

(repeat #)

Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah