Sunday, May 23, 2010

Fotografi



Jadual Fotografi

Majlis Akad Nikah Arina & Akbar
Ampang, Selangor
23 Mei 2010

Majlis Perkahwinan Azreen & Aizam
Ipoh, Perak
29 & 30 Mei 2010

Majlis Perkahwinan Arina & Akbar
Ampang, Selangor
5 Jun 2010

Majlis Perkahwinan Arina & Akbar
Banting, Selangor
12 & 13 Jun 2010

Tuesday, May 18, 2010

Pagi selepas sehari penambahan kedewasaan

fuhhhhh~!!! seharian selepas menambahkan usia yang meningkat untuk masa depan.. terdapat beberapa perkara yang baik boleh dikongsi bersama semalam....
lebih kurang dalam 40 orang telah memberi ucapan selamat hari lahir kepada aku.. terharu rasanya..

Pagi-pagi hari ini.. aku terus membalas semua komen-komen didalam facebook. banyak komen yang diberi lebih kurang dalam 20 orang yang telah menghantar komen.. kawan-kawan,saudara mara, adik beradik , sepupu sepapat dan ramai lagi.. jenuh aku menaip satu persatu untuk membalas ucapan terima kasih kepada semua orang...

Pagi ini juga aku merasakan seperti ada semangat yang telah diberi kepada aku.. semangat sungguh untuk terus hidup.. pagi ini juga ade juga yang lambat ucapkan selamat kepada aku... tapi aku tak kisah pun.. sebab ingat kat aku tu pun sudah cukup memadai...

Pagi hari ini juga aku telah memesan pada diri aku sendiri... sudah tua tu bawak-bawak la sedar diri tu tua.. maknanya.. beberapa perkara-perkara yang tidak baik itu dibuangkan dan yang baik itu ditambah-tambahkan...

Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk aku terus hidup sehingga hari ini... walaupun tanpa kek dan hadiah-hadiah yang banyak. bagi aku.. bersyukur masih ada orang mengingati tarikh lahir aku. terima kasih pada semua terutamanya yang telah mendendangkan lagu hari lahir kat aku.. terharu sangat. Macam ayat sastera lak aku. hihihiih.... untuk insan yang tersayang.. terima kasih kerana sentiasa bersama disaat usia yang semakin meningkat ini.

Sunday, May 16, 2010

Saat menuju usia tua



ye.. itu lah saya... disaat melepasi suku abad....
sudah tua aku ini.. esok adalah hari tua aku..

Monday, May 10, 2010

Semua cerita pasal hari ibu.. aku pun nak juga cerita ..


Sempena hari ibu ni. ramai betul kawan-kawan aku sibuk beri ucapan la.. hadiah la.. bawak ibu pergi bersiar-siar la.. macam la.. bila sebut ibu.. ada je yang bersuara.. "aku panggil emak".. "aku panggil mama".. aku panggil umi dan macam-macam lagi.. apa yang penting maksudnya sama.. orang yang bertanggungjawab melahirkan kita dan menjaga... aku seronok sangat-sangat.. sebab selepas arwah ayah pergi 19tahun yang lalu.. emak adalah segalanya bagi aku.. justeru itu kakak-kakak aku yang bertanggungjawab melarikan emak aku dan menyambut hari ibu di Bagan Lalang. Jelas kelihatan sungguh riang diraut wajah emak aku tatkala meniti usia 51 tahun...

kepada kawan-kawan ... sayangilah ibu kita untuk segala-gala yang ada didunia ini.. semoga Allah murahkan rezeki emak aku dan panjang usia serta ceria bersama anak-anak dan cucu-cucu yang nakal itu....

p/s - mamak amen je tak dapat ikut.. hiihihhi.. sori meng,..~!!

Monday, May 3, 2010

Main Teka Teki.. Melayan kawan-kawan yang sengal

Di suatu pagi....

D : Pepagi lagi aku dah kena lawak kat opis....
Aku : lawak apa kau kena???
D : Ada la kawan kat opis tu kasi teka teki kat aku.. beruang panjat pokok tinggal ape.. aku pening-pening memikir...
Aku : Abih tu ape jawapan ko.. aku pun tak tau gak ni... hhhihi...
D : Beruang panjat tinggal nak turun je la.. hihihi.. ceh~!! pagi-pagi aku kene lawak rakan-rakan..
Aku : hahahhaha


Di Kala Pagi...

F : semalam aku ade interview.. punya la kelam kabut aku cari bahan nak camne nak jawab interview nanti...
Aku : abih tu.. masa interview ape soalan yang di kasi...
F : Orang yang interview aku tu tanya aku .. "Gajah naik kereta.. manusia naik apa???".. tergelak aku.. soalan apa ni...
Aku : Abih tu ko jawap tak soalan tu..
F : Aku jawab la.. " gajah naik kereta.. manusia naik heran la.. hahaha...
Aku : Genius tul orang yang tanya ko tu... hahahhahaha