Baru Nak Start 2022 Cerita .. Dan Kisah Banjir 18 Disember 2021

Assalammualaikum..
Salam damai semua..
Permulaan yang lewat tapi masih awal tahun 2022. Selamat tahun baru semua, awal tahun ni agak kelam kabut sikit sebab masih lagi belum rehat daripada kejadian banjir yang lepas, syukur masih ada ruang dan tenaga untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kerana sayangNya Tuan kepada HambaNya. Ujian kali ini lebih kepada melihat diri kita adakah semakin dekat atau jauh dengan Dia. 

18 Disember 2021

Rentetan sebuah cerita.. 

Allah Maha Mengetahui..
Secara keseluruhanya semua telah habis akibat ujianNya ini.. Tiada yang dapat difikirkan lagi selain menyelamatkan nyawa ahli keluarga. Malam yang tak lena tidur seluruh warga Hulu Langat. Sehingga ke pagi aku tak dapat tidur, tak tahu apa dalam fikiran. Melihat arus banjir yang deras, melihat mereka yang senasib duduk bersama menumpang disebuah rumah yang tinggi. Kenangan itu tidak dapat dilupakan. 

Comments

Popular Posts