Tuesday, September 29, 2009

Selamat Pagi dan Lirik Pilihan

tik. tik. tik.. hehehe.. bangun pagi yang sangat-sangat selesa pagi ni... dengan tenang je.. layan facebook pagi-pagi yang hening tatkala matahari baru nak naik.. ada gak kawan-kawan yang dah sampai tempat kerja.. aku tengok jam.. baru pukul 7.00pagi... awal sungguh sampai.. maklum la kan.. orang kerja kat KL.. heheh...

Teringat semalam.. kawan aku ajak tukar tiga penjuru... aku akan pindah KL???

Mandi la dulu... layan lirik pilihan..
Sisa - Nitrus

Tajuk/Lirik Lagu: Sisa
Penyanyi: Nitrus

Apa makna rasa itu padamu
Apa maksudmu segalanya ada pada diriku
Apa ceritaku tiada satu kau teramat perlu
Apa yang kau lihat itu seadanya aku

Benar satu itu ada padanya
Benarkah kau terfikir itu tiada padaku
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu.. ooo

Mungkin kaukan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Benar segalanya ada padaku
Pernahkah kau terfikir itu tiada padamu
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu.. ooo

Mungkin kau kan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Mungkin ku yang terseksa jika bersamamu
Munkin jua ku kan sesalinya seumur hidupku
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin kamu bukan yang ku kenali dulu

Monday, September 28, 2009

Kepanasan..

Hari ni dah masuk 2 hari aircond kat opis ni rosak.. pening kepala aku... jenis orang kuat peluh ni.. tak boleh terima keadaan macam ni.. tapi nak buat macam mana...


boleh dikatakan banyak kali air cond rosak.. sejak dari tahun 2006 sehingga 2009.. ada la dalam 3 kali rosak setahun... berapa banyak rosak da...


Pastu.. aku masuk lak kepanasan aku dalam status facebook.. " Kepanasan.. aircond rosak".. banyak yang komen status aku.. dalam banyak-banyak status tu.. ada satu komen yang best... bunyinya camni.." ai keem org klau ahli surga duk kt sbelah unggun api pn rase sejuk... :)"


punya pedih ayat dia..~!!! hahah

Perjalanan Hari Raya 2009

Hari raya tidak akan meriah jika pergi berjalan raya dirumah sedara mara, kawan-kawan, sahabat handai dan lain-lain ( termasuk rumah awek la kot).. tidak lupa menziarah tanah perkuburan.. ehehe... penat gak berjalan-raya..

Hari raya pertama
- Rumah Ateh : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Nek Alang : Hulu langat,Selangor
- Rumah Anjang : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Mak Ngah Esah
- Rumah Alang Rohaya : Kalumpang, Hulu Selangor
- Rumah Eri : Hulu Langat, Selangor

Hari Raya Kedua
- Rumah Nek Ngah : Jelebu Negeri Sembilan

Hari Raya Ketiga
- Rumah DzFazlina : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Along Mail : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Fairul dan Annisa : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Syakila : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Shahrul : Hulu Langat, Selangor

Hari Raya keempat
- Rumah Syamil : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Zaidi : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Zali : Hulu Langat, Selangor

Hari Raya kelima :
- Rumah Abang : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Mamak Alim : Semenyih, Selangor
- Rumah Haidir : Hulu Langat, Selangor

Hari Raya Keenam
- Rumah Dikwan : Kg Baru, K.Lumpur ( tak masuk rumah pun.. lepak KL jer)
- Rumah Arina : Ampang, Selangor

Hari Raya Ketujuh
- Rumah Wati : Hulu Langat, Selangor
- Rumah Roslaini : Hulu Langat, Selangor ( tapi takde orang)
- Rumah Fairul dan Annisa : Hulu Langat, Selangor ( dtg lagi sekali)

Hari Raya Kelapan
- Rumah Kak Imah : Kajang, Selangor
- Rumah Kak Cik : Jenaris, Kajang, Selangor.

lepas tu aku pun masuk keje.. cam biasa la.. pagi-pagi dah gerak balik Pedas,Negeri Sembilan. hehehe.. ni lum kira entah berapa kali pergi rumah Eri dan Rumah Zali.. Pastu empat kali pergi Rumah Fairul dengan Annisa... tu belum masuk lagi Tesco ke Mc Donald ke KFC ke dan macam-macam tempat lagi aku pergi.. jauhnya perjalanan

Foto berbuka puasa di rumah alip




Sunday, September 27, 2009

Selamat hari raya

Selamat hari raya kepada semua orang...
semoga di hari bahagia ini dapat la kita bermaaf-maafan..
bersalam-salaman... dan lain-lain lagi

Wednesday, September 16, 2009

16 September adalah hari ibu.

Barisan Depan: Afiq,Naim,Darwish dan Syazana

Tengah : Aku,Nani, Eg, Ina dan Emi

Belakang: Syidin, Emak dan Zaini



Korang tak percaya ke?


16hb september adalah hari ibu....


heheh... sebenarnya 16hb September adalah hari lahir emak aku... so aku letak la hari ibu itu adalah hari lahir emak aku... sebab bila tarikh hari ibu tu.. aku tak tau asal usul hari ibu yang selalu keluar kat TV tu.. so kalau dah rasa was-was so aku pun meletakan Hari Ibu itu jatuh pada tarikh hari lahir beliau...





Emak aku? emak aku dilahirkan pada 16 september 1959 .. ini bermakna umur emak aku sudah masuk separuh abad yakni 50 tahun.. dilahirkan di kampung aku juga.. Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.. berkahwin dengan seorang Konstabel Polis, Wazir Bin Abd Gani. Sekarang ni menetap di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua. Mempunyai 3 anak perempuan dan 2 anak lelaki dan mempunyai 2 orang menantu dan diserikan dengan 3 orang cucu lelaki dan seorang cucu perempuan.. tidak pernah kecewa dan merana sebagai ibu tunggal selama 18tahun. meriah bersama 4 orang cucu sekarang yang kekadang pening melayan kenakalan masing-masing.. mempunyai seorang anak manja iaitu adik aku.. anak terakhir sering menjadi perhatian beliau.. bersama 2 orang anak lelaki iaitu aku dan abang aku yang sering bertelagah tetapi kejap dah ok dan sering menolong mak aku tatkala susah.. tidak kesunyian kerana ada 2 orang anak perempuan yang besar dan dewasa yang sering memahami perangai mak kau . mungkin kerana mereka sesama wanita.. untuk emak.. jangan pening-pening.. jangan kalut-kalut.. apa yang ada pada emak hari ini adalah anugerah tuhan yang paling istimewa iaitu kami.. 5 beradik.. so pada emak .. kami sentiasa bersamamu...

Macam tempat berbuka puasa... Kenangan Semua ni

Hari ni dah masuk 27 Ramadhan.... tak lama lagi nak raya.. bila di kenang-kenang.. persiapan aku ? apa yang aku buat dan cuba buat?? tak beli apa-apa lagi ni.... hahaha... apa aku nak beli ni...

Semalam aku pergi Jalan TAR, balik kerja terus je siap-siap... tapi siap awal pun .. lewat gak gerak... kul 6.15ptg baru nak gerak.. nasib baik ada Nurul a.k.a Project Manager.. merancang untuk berbuka buat pertama kalinya didalam kereta.. hahhaa.. sampai-sampai je kat KL.. aku terus makan dekat depan MYDIN Masjid india.. maka dengan ini ... Medan selera itu menjadi destinasi aku berbuka puasa di luar kawasan wat kali terakhir untuk 2009 ni..

Teringat Isnin lepas (14 Januari 2009).. aku dan kawan-kawan sepejabat pergi berbuka puasa di Rumah alip a.k.a Taiko Podeh.. perancangannya adalah membawa makanan masing-masing ke rumah dia. so balik kerja terus la bazar.. beli itu beli ini.. sekali kumpulkan kat rumah alip.. berlambak la pulak makanan.. tapi best la juga. sekali sekala bersama kawan-kawan.. ramai gak yang join.. lebih kurang dalam 20 orang.. kira ini adalah projek aku yang menjadi.. terima kasih kat alip sebab sudi offer rumah dia sebagai lokasi berbuka puasa.. tahun depan nak wat kat umah sapa pulak yer.. hehehe... Kalau aku ada lagi kat ILP Pedas la..

Teringat beberapa perkara yang lepas .. aku melepak dekat Bahagian pentadbiran.. P.A Bos aku.. Niza ada bagi tau pasal buka puasa.. dia kata Fairuz ajak.. sekali ajak buka puasa kat McDonald Senawang la.. terasa kebaratan berbuka puasa kat sana... mula-mula tu malas nak join.. tapi memandangkan ajakan kawan-kawan serta hasutan kegilaan memakan Mcdonald menyebabkan aku terpengaruh dengan ajakan itu... bila lepak kat sana.. rasa best la pulak.. jadi seronok la.. mungkin sebab kawan-kawan kot.. cuba kalau aku makan kat mcdonald berbuka puasa sorang-sorang. mau kematu kat situ.. apa-apa hal pun.. semua ni akan menjadi kenangan pada aku untuk diingati sampai bila..

thanks semua.. kawan-kawan

Wednesday, September 2, 2009

Berbuka puasa

Tahun ni dah masuk tahun ke 4 aku berbuka puasa di luar negeri ( luar negeri selangor je)....
penat gak puasa jauh-jauh ni.. selalu kat kampung dapat makan masakan mak .. tapi kat sini aku kena pergi bazar.. cari makanan.. hari-hari tukar menu makanan.. nasi ayam? nasi dagang? laksa? mee kari? mee goreng? semua dah makan...

Tapi yang paling best kat sini.. makanannya semua sedap dan pedas.. mungkin ini akan menjadi kenangan untuk aku ketika berada ditempat orang.. semoga mendapat keberkatan di bulan puasa ini...