Friday, July 31, 2009

6 Tahun Bersama Kerajaan Persekutuan


Haloo... kawan-kawan.. hari ini sudah masuk 6 tahun aku bekerja sebagai kakitangan awam... lebih senang orang cakap.. keje kerajaan... sempat gak la aku merasa zaman Dr Mahathir kemudian Zaman Pak Lah dan sekarang DS Najib Razak...


Memegang jawatan kerajaan ni bukan senang sebenarnya.. banyak kisah suka dan duka aku menjadi kakitangan awam ini...


ohh.. dah pukul 5.24pagi ni... aku tido dulu... nanti ada masa aku cita sepanjang aku kerja kerajaan ni.. selamat tidur semua......

Tuesday, July 28, 2009

Terkenang lawak tak serupa bikin

Adalah satu malam tu... aku dengan P.E (Housemate) melayan la TV3 tatkala malam menunggu tengah malam.. layanla kejap senario.. tetiba ada la satu bab tu.. tergelak aku dengan P.E..

alkisah...

Azlee : ada satu teka teki
kawan-kawan : apa dia teka teki tu...
Azlee : binatang apa yang kaki nya empat, kepala dua, kepak empat, taji ada dua...
apakah binatang itu....

kawan-kawan : entah la.. kambing kot.. burung kot....
Azlee : tak tau ker.. jawapannya senang je.. hahaha..... jawapannya adalah AYAM...
Kawan-kawan: apa la ko ni.. mana lak datang ayam.. mana ada ayam kepala dua...
Azlee : betul la.. AYAM 2 Ekor....

apa ke sengal malam tu... ada lak dua ekor ayam...

p/s= dah lama tak layan senario.. ehhehe

Thursday, July 23, 2009

Lirik Pilihan - Seperti Kelmarin (SYUGA)

Seperti kelmarin
Aku masih saja
Mencintai kamu
Memegang janjiku

Seperti kelmarin
Tiada yang berbeda
Aku masih sahaja menunggu hadirmu

Mengiakan aku…
Dan kini kau ada
Duduk disampingku
Mencuba rasakan

Aku…… tak pernah berhenti mencintamu
Walau kau tak memiliku

Seperti kelmarin
Kau tunjukkan aku
Begitu beerti hadirmu bagiku
Seperti kelmarin
Tiada yang berbeda
Aku masih sahaja menunggu hadirmu

c/o
Aku….. tak pernah berhenti mencintamu
Walau kau tak memiliku
Aku….. tak mahu berhenti rindukan mu
Dan akan tetap begitu

Wednesday, July 22, 2009

Good Bye Cupak.. Pertahanan Terbaik..


Malam-malam yang sejuk ni... hujan lak tu....


Tetiba jer teringat nak belek-belek gambar masa sukan itu hari... jelas dimata tertumpu lelaki kacak tapi tak la kacak sangat.. sebab aku lagi kacak... Cupak atau Wan Shaiful Hamdan.. 4 tahun aku mengenali Jejaka ini yang akan kawin tak lama lagi... sangat releks.. santai.. bersahaja.. penyabar.. menjadi pujaan dan ketakutan semua anak murid dia...


Kisah menjadi Kakitangan Kontrak ke sambilan lalu mendapat tetap sangat menarik dimana.. sentiasa ada sahaja dugaan yang berlaku.... Dari kesungguhan bekerja lama sebagai Kakitangan kontrak lalu mendapat tetap menjadi kegembiraan yang akhirnya menjadi dugaan terpaksa pindah ke Institut Latihan Perindustrian Miri, Sarawak... Meninggalkan semua kawan-kawan yang melepak rumah beliau dan rakan-rakan di pondok maut.... Seakan tak percaya .. sekali lagi rombakan barisan pemain bolasepak ILP Pedas akan berlaku kerana Cupak adalah orang kuat di bahagian pertahanan selain Alip dan aku sendiri .. mungkin kerana permainan beliau sebagai lelaki terakhir atau lastman sangat berkualiti sejak akhir-akhir ini membuatkan kawan-kawan akan terasa kehilangan dia lebih-lebih lagi Im Barangin yang selalu kasi bola kontot... pas ni nak bagi bola kontot kat sapa lak.. hahahah.....


To Cupak... semoga kerjaya anda terus cemerlang dan aku doa semua perjalanan hidup akan terus berjalan dengan lancar.....

Nak tengok tak...

camni la gaya aku main bowling..... dah lama takde perlawanan bowling ni... camner la gaya aku lepas ni pulak...... teringat zaman sekolah dulu.. masa tu tempat paling popular nak main bowling adalah leisure mall, cheras... memang syok sangat-sangat.. sampai lupa diri pun ada.. tapi dulu tak la pandai sangat main... sekarang ni lagi la tak pandai.. asik aku je yang juara.. hhahahaha.. jangan marah kawan-kawan... yang penting sekarang ni.. bowling adalah salah satu permainan yang paling aku suka sekarang... ada sesapa nak ajak aku lawan?? ... hahaha... terangkuh la pulak...

PERJUMPAAN RAKAN-RAKAN PADA BULAN JULAI YANG LEPAS.......

Pada beberapa ketika yang lalu... Gathering ???? Ok2.. saja nak kecoh... pada 11 Julai yang lepas.. aku telah pergi ke iOi Mall Puchong,Selangor.. melepak bersama rakan-rakan... aku sampai sana pukul 3.00 petang.. tak sesat lak tu.. (opss sori kawan-kawan yang sesat).. hahah.. sesampai jer, Ayen.. kawan aku dari Kuala Kubu Bharu dah sampai.. Farah ada gak... lama gak tunggu kawan- kawan lain.. lepak punya lepak.. akhirnya kawan-kawan pun sampai ... diorang ajak lepak Wendy Restaurant.. aku tak pernah makan kat situ.... tapi memandangkan kawan-kawan nak makan kat situ... sedap lak tu...







Sesudah makan lak tu.. terus la pergi main bowling.. Bob dan Heri bawak bola bowling sendiri.. sekali pandang memang menggerunkan... sekali main... hahhaha... aku jugak yang menang... camner yer... handal ker aku ni??? hanya kawan-kawan sahaja yang dapat menjawabnya... meriah la hari itu.. aku rasa macam nak ulang sekali lagi.. thanks kepada semua kawan-kawan yang hadir, sokongan korang la yang membuatkan aku semakin hari semakin dekat dengan korang... terima kasih juga kerana terima aku sebagai kawan sejak kita belajar sama-sama walaupun kadangkala aku ini sibuk dan jauh dari korang semua... terima kasih banyak-banyak...





p/s- Dengar kata nak wat BBQ???

Tuesday, July 21, 2009

Tak ingat la.. 3 ker 4 tempat main kompang...

Disebabkan dah lama tak update blog.. banyak tempat aku main kompang (aku tengok jer).. sampai dah lupa berapa kali main...
jap-jap.. aku belek gambar balik....


gambar ni masa Baizura kawin.. kalau tak silap 14 Jun 2009. Dia ni kawan lama aku dari sekolah menengah.. muda setahun dari aku... jap jap.. adakah aku ni dah tua??? hahaha... bila tengok kawan-kawan kawin.. tertanya-tanya gak bila aku nak kawin lak??? errmmm..... kenduri kawin di adakan di rumah beliau di Batu 18, Hulu langat...


Yang ini pulak abang sedara aku.. Pudin.. kawin kat kajang.. masa ni penat sungguh.. pasal ada dua tempat nak main.. satu lagi kat kampung.. nasib baik leh handle . maklum la.. orang lama yang pegang kelab.. dah tentu kerja-kerja semua tersusun....

ermmm...... ada lagi kot...

takper la.. nanti aku citer lagi ye.. hehehe



Monday, July 20, 2009

Mesyuarat berjalan dengan lancar

Pada tarikh 27hb Jun 2009... aku telah menghadiri mesyuarat UMNO Cawangan kat tempat aku ni... aku peduli apa dengan apa yang terjadi sekarang.. biar pun ramai yang tak suka UMNO.. tapi aku masih lagi bersama UMNO kerana itu yang serasi dengan aku... ramai yang datang menghadiri mesyuarat ini walaupun sejak kebelakangan ini banyak cawangan agak suram ketika mengadakan mesyuarat... tetapi cawangan aku masih teguh dan stabil seperti sebelum-sebelum ini.. dari semua peringkat tak kira dari AJK cawangan,Wanita atau pemuda aku sendiri... diorang masih lagi sayang dengan UMNO dan masih menegak perjuangan orang melayu...


Tudung Pink tu la IBU.. Cikgu Tadika aku dulu



Mesyuarat diadakan di Rumah Timbalan Ketua Cawangan, En. Halim atau dikenali sebagai Halim Misai.. sesuka aku jer panggil tu.. start pukul 9.. di sebabkan kelam kabut Ketua Cawangan, Cik Deris. aku telah melakukan bidan terjun dengan menjadi pengerusi majlis.. agak macho jadi pengerusi majlis ni... yang bestnya kali ni..

Dapat baju baru tu....

mesyuarat ini dihadiri oleh AJK UMNO Bahagian yang sangat-sangat rapat dengan aku.. Raden Rashidah (Wanita Bahagian) adalah cikgu tadika aku pada ketika dulu... Bakhtiar (AJK Bahagian). rakan seperjuangan semasa dalam pemuda dahulu... Rudy Ezreen (Pemuda Bahagian).. kawan karib aku yang nikah dengan budak kampung aku sendiri... hahah.. seronok dapat jumpa diorang...






aku bersama dengan Rudy .. Pemuda UMNO Bahagian....




Macam telah berlaku..

sejak akhir-akhir ini.. aku sibuk dengan pelbagai program...
maklum la... sibuk selalu...
dari mesyuarat cawangan hingga la yang terbaru ni....
gathering dekat iOi Mall Puchong....



nak kena detail satu-satu citer ni...
hhahaa... bulan ni bulan paling penat berfikir...

Monday, July 13, 2009

alahai.....

alahai.... sibuknya aku...
banyak nya kerja nak kena buat ni...
ahwuhawhhuw