Tuesday, July 31, 2012

Molotop.. meriam tin.. ko ado?

Gambar Hiasan

Zaman nakal dulu-dulu memang tak  boleh dilupakan. Satu perkara yang sering dilakukan pada bulan ramadhan adalah bermain mercun. Tapi kekadang mercun tu seperti permainan kanak-kanak. hahaha... sebab nak lebih hebat lagi main meriam. Sebelum menceburi bidang molotop ni. Mesti ada kekuatan fizikal seperti tahan gegendang telinga dan boleh lari laju sebab bunyi dah la kuat dah tu kena kejar dengan orang kampung lagi so kenalah lari laju. hhahaha...

Teringat zaman ni.. masa tu tempat selalu beroperasi adalah di pinggir hutan dimana jauh sikit (sikit je lah) dari rumah.. tapi bunyi boleh buat satu kampung berperang. Masa tu memang tak ingat apa-apa. bahaya ke tak bahaya ke tu soalan kedua. apa yang pentng keseronokan. belum jadi apa-apa boleh la cakap seronok,,, hahah... 

Apa-apa pun sangat bahaya kalau tak pandai main.. so rakan-rakan lama.. bila aku teringat je meriam tin.. mesti aku teringat tentang masak maggi dalam hutan, rembat nenas kat kebun orang pastu rembat durian orang.. hahaha.. begitulah sungguh nakal zaman kanak-kanak dulu... haisshhh~!! kenangan sungguh.

Monday, July 30, 2012

Seronok Bersama Adinda Nikon..





saje kasi propa sikit... hahha.. akhir sempat jugak aku rembat sebijik kamera baru....

sempat gak aku shoot gambar-gambar awalan kenangan...











Friday, July 27, 2012

Kelewatan tak sengaja.. selamat berpuasa

Alahai.. terlalu sibuk sangat ( konon).. sudah masuk 7 ramadhan,, kelewatan aku.. sungguh penat.. tak sangka lak puasa ni stamina ramadhan makin kurang.. maklumlah makin tua (alasan je ni).. sesetengah orang macam aku ni sebenarnya banyak keistimewaan ramadhan ni. Antaranya badan makin kurus dan kacak. hahaha... terasa semakin ringan badan sekarang.. oh ye.. tiap-tiap petang jarang sekali membeli di bazar ramadhan.. dulu masa bujang asalkan balik kerja terus menebeng (bahasa mana tah) di bazar ramadhan rembau. rambang mata tengok juadah.. asalkan berduit makan banyak-banyak je, tapi sekarang dah ada isteri. isteri la masakkan. isteri bangunkan sahur. oh alangkah indahnya dunia perkahwinan..hahahha... beruntunglah kalau ada isteri ni. kepada sahabat-sahabat yang membujang tu. cepat-cepat la kahwin ye. kalau tak asyik melaburkan kewangan je di bazar ramadhan,

p/s - Teringat kisah surau, mercun dan moreh

Tuesday, July 3, 2012

Aku tulis dan aku uploadlah


        Inilah satu-satunya gambar aku masa sekolah dulu.. opsss~!!! tu la dia isteriku sekarang.. keh keh keh~!! macam kelakar sikit gambar ni.. apa boleh buat.. kenangan silam.. gambar yang dicropkan supaya nampak berdua,,, syukur pada Allah S.W.T .. bertemu jodoh.. dan akhirnya mendirikan rumah tangga,,, bakal menjadi ayah dan ibu kami ni,,, 

      
      Betul kata mak aku.. kekadang kita akan dapat lihat sesuatu yang tidak disangka.. tak pernah bercerita bercinta berseloka.. akhir bertemu dan berkahwin.. jodoh.... setiap yang berlaku ada keistimewaannya....

       Aku ? tetap seperti dahulu.. sentiasa ceria dan tetap dengan cara aku tersendiri...

Sunday, July 1, 2012

Foto karut melarut






Sudah Julai ka?

Tak perasan pulak aku dah julai.. alhamdulillah.. sampai masa ini.. umur sudah meningkat.. sudah berumahtangga. sudah ada isteri.. Allah S.W.T telah memberi rezeki untuk aku kali ini.. syukur.. sudah 10 minggu isteriku mengandung.. semoga semua perjalanan hidup kami sentiasa di redhai dan di berkati. AMIN..

      Maknanya kali ni raya meriah la ye... ada 2 keluarga besar.. hahaha... syukur sekali lagi.. tinggal 19 hari lagi nak puasa. banyak persiapan yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi perut isteriku semakin membesar dan mampu mengalahkan perut aku yang besar. hahaha... Julai kali ni banyak mengimbau kisah lama.. yang paling diingati hari pertunangan aku pada 10 Julai 2010.. 10 Julai juga hari lahir Arwah Ayah aku.. 10 Julai juga tarikh lahir Ayah Mertua aku.. wahhh~!! sama.. kebetulan.. semoga kehidupan kita semakin ceria dan bahagia..

       Jauh sudah aku melangkah.. perjalanan fotografi semakin lancar. tambah menarik lagi perubahan gajet sekarang semakin menambahkan semangat membuak-buak.. tak sabar rasanya nak jadikan Gabungan Lensa Studio sebagai pelopor fotografi di seluruh dunia. Nak bagitahu kat satu dunia kejayaan kami adalah pemangkin semangat generasi sekarang...

p/s- tak sabar nak buat foto anak~!!