Monday, October 24, 2011

Menjelang Reunion Sekolah 4 & 5 Dedikasi (2000-2001)



Dah lama tak berjumpa dengan semua kawan-kawan.. sungguh lama.. meninggalkan sekolah menengah yang boleh dikatakan sudah 10 tahun yang lalu.. pelbagai ragam.. kisah-kisah yang tidak dapat dilupakan.. perit, gembira, kelakar dan macam-macam lagi..

Kini kelakarnya sebab 70% diantara kami sudah berkahwin dan dah ada anak dan mungkin juga ada diantara mereka yang sudah anak yang bersekolah.. ahhaha... tak sangka.. saat kita berkumpul dulu dalam kelas tahun 2000 dan kini hampir selesai 2011,,, lamanya..

Perubahan pada rupa bentuk pun sudah berlaku.. termasuk aku.. semakin membesar dan kacak.. ahhaha.. kacak la sangat.. kini kita sudah berusia.. 16 tahun dan 27 tahun membuktikan kita sangat berbeza cuma yang sama.. kita tetap kawan..~!!

P/s - Masa sekolah dulu belum lagi mau bercinta dengan tunang tersayang walaupun satu kelas.. ahhahahah

Jom Layan Lagu Lama-Lama.... Hahaha..~~!!

Sunday, October 23, 2011