Tuesday, February 9, 2016

Haii Adawiyah!


Haiii!! saje nak tunjuk bergambar dengan anak dara saya yang sorang ni!

Thursday, February 4, 2016

KONSEP BERTUHAN / BERTUAN (Copy From FB Enam Masa)

KONSEP BERTUHAN / BERTUAN
manusia hari ni bangun pagi pagi lagi dah TERIKAT dengan pelbagai urusan..
urusan / ikatan ikatan yang mengikat manusia hari ni datang dalam pelbagai bentuk,
di ikat pada tangan dan kaki (diri)
di ikat pada pemikiran (akal)
di ikat pada nafsu (keinginan keinginan)
umpama patung BONEKA yang diikat tali
Manusia telah menjadi hamba abdi yang hanya tunduk dan patuh pada sistem hari ini..
sampai masanya segala galanya sudah terlambat, permainan berakhir dan boneka akan diganti , kita sebagai individu tidak punyai harapan atau cara yang berkesan untuk meleraikan tali tali yang mengikat kita selama ini..
Bilakah masanya kita akan menjadi seperti burung yang bebas berterbangan?
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman.
(سورة النحل, An-Nahl, Chapter #16, Verse #79)
Bila dapat kerja (ada perjanjian dengan majikan)
Bila masuk parti politik (ada perjanjian dengan pemimpin/parti)
Bila ingin membeli suatu barang (kita berjanji pada diri sendiri pada tarikh dan waktu sekian sekian kita akan membelinya)
Perjanjian inilah sebenarnya yang mengikat kita..Mengikat kita selama kita hidup didunia ini..
kita harus mematuhi perjanjian perjanjian ini selama mana ia berlangsung..bila kita tunduk dan patuh kepada perjanjian sebenarnya kita telah tunduk dan patuh sesama manusia..hamba kepada manusia lain..
Sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan SURGA untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) JANJI yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih MEnEPATI JANJInya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah KEMENANGAN / KEUNTUNGAN YANG BESAR.
(سورة التوبة, At-Tawba, Chapter #9, Verse #111)
Manusia tiada hak mengatur kehidupan manusia lain..Yang berhak mengatur adalah RABB (pengatur/majikan) kita..ALLAH pengatur sekalian alam..
Manusia yang tunduk dan patuh (berserah diri)inilah yang bergelar Aslama / Islam
Hamba kepada Tuan semesta Alam..
Maka apakah mereka mencari DEEN (sistem) yang lain dari DEEN (sistem) Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri (Aslama) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.
(سورة آل عمران, Aal-i-Imraan, Chapter #3, Verse #83)
Deen adalah suatu aturan cara hidup (bersistem) dari Tuan Semesta Alam untuk setiap ciptaannya di alam ini.
Agar seluruh kehidupan di alam ini dapat hidup harmoni, seimbang, damai dan sejahtera..rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil alamin)
Suatu sistem yang mampu mengikat manusia untuk tunduk dan patuh kepada kehendak Tuan Semesta Alam..
"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada BUHUL TALI yang kokoh. Dan hanya kepada allah-lah kesudahan segala urusan."
(سورة لقمان, Luqman, Chapter #31, Verse #22)
Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpah (perjanjian)mu sebagai alat penipu di antaramu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain . Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu. Dan sesungguhnya di hari kiamat akan dijelaskan-Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan itu.
(سورة النحل, An-Nahl, Chapter #16, Verse #92)
Bila manusia telah menguraikan ikatan ikatannya dengan Tuan Semesta Alam maka akan terjadilah konsep syirik (musyrik)
di mana manusia mula mengadakan ikatan ikatan yang lain selain ikatan ikatan Tuan Semesta Alam..
Manusia telah mempersekutukan tuannya..Mengadakan tuan tuan yang lain selain dari Tuan Semesta Alam..
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.
(سورة النساء, An-Nisaa, Chapter #4, Verse #116)
Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.
(سورة الأنبياء, Al-Anbiyaa, Chapter #21, Verse #22)
Ikatan ikatan kita dengan Tuan dari kalangan manusia itu tadi yang menjadikan kita diperbudak /diperhambakan /ditindas / dizalimi oleh manusia yang lain..
Perjanjian yang berat sebelah dan hanya menguntungkan tuan tuan manusia itu tadi..
inilah tuan tuan yang dipanggil Firaun..
Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat (nya)?
(سورة الزخرف, Az-Zukhruf, Chapter #43, Verse #51)

SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDA MUHAMMAD ZAFRAN... 3 TAHUN!


Haiii... Selamat Hari Lahir Muhammad Zafran Bin Mohd Hakim
Sudah Berusia 3 tahun.. selamanya cinta sentiasa sayang..
Ayah doakan Zafran menjadi anak yang soleh, taat ibu bapa dan diberkati sepanjang kehidupan..
Sempena hari lahir ini.. Ayah nak cerita sikit apa yang jadi 3 tahun lepas

Saat Ibu nak melahirkan zafran.. ianya berlaku tanda kelahiran pada hari sabtu.. ketika itu pagi hari.. orang semua tengah bersarapan... tapi Ayah releks je sebab baru tanda... tiada sakit-sakit lagi.. hahahah! nampak cam releks kan.. dalam hati je sapa yang tahu... kemudian selepas sarapan pagi.. ayah siap-siapkan semua barang dan pergi ke hospital ampang.. 

Sampai wad kecemasan masa tu.. ibu gi check dulu.. sementara tu ayah tunggu luar.. selepas check ibu kasi ayah kene masuk wat sebab dah bukak 2cm... so kena la angkut barang bawak sampai ke wad.. tengok jam dah masuk tengahari.. ayah pun naik ke wad.. sampai habis waktu.. ketika itu.. waktu melawat dah habis so ayah kene la tunggu esok untuk masuk.. doktor dengan nurse tak kasi teman ibu.. katanya diorang yang akan jaga.. sabar aje lah.. tapi tak kasi ayah balik.. adeh! acaner tu.. udahnya.. ada port baek untuk ayah rehat..


Inilah port ayah tido .. hahaha baekkk punye!

Sehinggalah keesokan harinya.. hari ahad.. ibu mesej bagi tau doktor akan check balik pukul 8pagi.. so ayah pun tunggu gak la.. tak sempat la nak balik umah.. ayah pun tunggu .. pergilah sarapan sorang-sorang.. tengah sarapan ibu call.. ibu kata kat ayah.. doktor suruh balik .. adeh! balik ke? adoi aii... dah kemas barang semua balik rumah tengahari tersebut.. padahal dah bukak 4cm. sabar aje lah... so ayah ngan ibu pun baliklah rumah...

Berehatlah kami dirumah tu... sehingga pada waktu petang ke arah maghrib.. ibu bagitahu ayah.. dah mula kerap sakit-sakit.. ayah kata takpe.. kita tunggu kalau sakit tu 10min sekali.. sesudah maghrib tu. ibu kata sakit dah kerap.. adoii.. baru tengahari tadi balik dari hospital.. dah kena pergi balik.. penatkan? dugaan,,, 
maka selepas kul 9 lebih baru ayah bawak ibu gi hospital. sesampai di hospital.. check dan terus tahan wad.. sehingga kul 12 lebih.. urusan kemasuk wad selesai.. ayah? ayah lepak port baekk tu la.. apa lagi.. wakakakakk!! 

Sesedar dah pagi.. ibu mesej bagi tahu nak masuk labor room.. wad bersalin kata melayu jati.. cepat-cepat sarapan terus pergi kat ibu.. tengok jam dah pukul 9 pagi.. bukaan sehingga 6 cm.. maka terus la masuk wad bersalin.. tengok ibu tengah mengerang sakit.. ayah pun terus temankan ibu.. doktor ulang alik keluar masuk wad bersama nurse... setiap masa check... akhirnya setelah 2 jam didalam wad bersalin.. ibu dah mula merasakan baby nak keluar.. tekanan sakit itu seperti sukar dibayangkan.. ayah masa eksiden motor dulu tak la rase camni sakitnya... perit.. pegang ibu.. peluk ibu.. bacakan selawat ibu.. segalanya.. kata-kata semangat.. akhir sampai kemuncak.. baby dah nampak keluar dipintunya... untuk keluar ke dunia.. melihat dunia... kuasa ALLAH tu memang power sesangat.. sukar digambarkan bagaimana bayi yang nampak cam lembik-lembik je.. bila keluar je ke dunia.. seperti belon yang ditiup.. kembang.. dan keluarlah baby selepas hampir 30min bertarung... yeahh! ayah nampak itu jihad seorang ibu.. selalu tengok tv je.. keh keh keh!!
yeahhhh!!! Ayah dah jadi seorang bapa !! nampak tak? excitedkan.. ayah yang macho lagi gagah perkasa ini menangis kesyukuran kegembiraan.. tak terkata dengan menaip ini.. 

Dan akhirnya.. anak ayah pun bersama ayah dan ibu.. ibu masih letih tapi masih mampu tersenyum yang lawa macam mula-mula kahwin dulu.. alahhh romantik sangatkan.. hahahah!

Dan itulah dia.. pengertian saat anak pertama ayah.. 4 Februari 2013. maka MUHAMMAD ZAFRAN BIN MOHD HAKIM lahir ke Dunia.. sesungguhnya amanah ini dipikul dengan penuh bertanggungjawab...
Semoga anak ayah ini terus diberkati dipermurahkan rezeki! dan menjadi seorang lejen macam ayah.. 

eh ! eh! eh! Nak tengok la budak kecik ni