Thursday, April 29, 2010

Eksiden lagi

Semalam hujan renyai-renyai tengahari..
pada masa itu aku baru sahaja selesai Final Exam..
tak sangka pulak hari yang sangka cerah menjadi hujan..
sebabnya pada pagi itu kelihatan matahari terik naik ke tengah celahan awan yang sangat nipis itu

2.30 petang..
aku selesai makan dan sambil borak-borak dengan Fiq dan Mas. maklum la sembang-sembang selesai exam. tak sedar lak masa tu hari nak hujan. lalu aku pun beredar dari medan selera berdekatan kampus. dengan muka macho ala ala Tom Cruise terus start motor dan berambus dari kampus yang sesak dengan pelajar-pelajar sepenuh masa yang sombong dan bongkak tu..

Setiba sahaja di laluan Tesco melaka. hujan pulak. tapi tak la lebat sangat,kira boleh la nampak... setibanya ditrafik light Bt Berendam menghala ke lapangan terbang. aku berhenti la disitu.. aku pandang kiri kanan.. hujan lagi.. bila nak sudah hujan ye..
menyala sahaja lampu hijau. pecutan motor dimulaikan gear satu.. pastu dua.. masuk sahaja gear tiga.. tetiba ada kereta membuat U-turn tanpa salam telah melintang dilaluan aku. Dengan cemas terus aku brek kecemasan. nasib tidak menyebelahi aku. Aku terus melanggar kereta itu. melayang dan terbang aku akibat hentakan kuat dari kereta itu. perghhh...~!!! terus terbaring aku dijalanraya...

Wednesday, April 28, 2010

Lirik Pilihan April 2010

Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)

Istimewa buat Insan sedang berbahagia denganku.... kisah-kisah dulu ni... hehehe

Yeahhhh~!!!! Mari Kita Berjuang....




kawan-kawan... perjuangan kita belum berakhir... mari kita menyelesaikan tugas kita sebagai pelajar..

Tuesday, April 27, 2010

Syukur dengan kehidupan

Tatkala sibuk exam .. aku merasa perit untuk menjalankan tugas harian.. tapi disebabkan beberapa perkara.. aku akui.. syukur dengan apa yang ada.. lebih-lebih lagi.. kawan-kawan sepejabat dan seinstitut menjadi aku semangat dalam menjalani kehidupan.. nasihat,kata-kata,gurauan dan maki hamun ala ala mesra alam sering menerjah masuk ke dalam telinga aku ni.. mereka masih ada bersama aku dalam keadaan susah atau pun senang. syukur..

Mungkin jua sejak dua tiga minggu ni asik mencari jalan macam mana nak masukkan ayat-ayat dalam buku rujukan ini masuk dalam kepala otak ni. keresahan itu mula cair. cair dan cair. Seorang insan telah memberi kekuatan dalam diri.. sejak muncul dalam hidup aku sejak 5 bulan lalu. memberi satu sinar yang terang dalam keyakinan hidup. Dalam sibuk-sibuk proses komputer otak aku ni berjalan.. tetiba sahaja muncul menjadi screen saver dalam pusingan fikiran aku ini.. oh indahnya.. syukur dengan kehidupan sekarang.. aku telah berjanji pada insan yang aku sayangi ini. bahawa tidak ada perkara yang di fikirkan sekarang melainkan kebahagian pada masa akan datang.. biar la susah dulu ye... selalu je cakap "takper awak, saya faham".

Thursday, April 22, 2010

Nafas Baru

Selepas mencari-cari jalan untuk menyelongkar masalah dan selesaikan..
hari ini termaktub perkara mesyuarat agong KKDS.. mencari perubahan...
dan saat ini bermula la nafas baru dalam nyawa perjalanan KKDS.. Kelab Kebajikan Dan Sukan ILP Pedas...

Aku ingat lagi zaman-zaman dulu kala.. Pengerusi ketika itu Encik Wan Nasarudin.. orangnya segak serius menjalankan tugas.. ketika itu sekitar 2005 hingga 2006. Beliau memang seorang yang tegas dalam menjalankan tugasnya.. sekitar perjalanan tugasnya, beliau pandai menjalankan ekonomi kelab dan sentiasa bersama AJK dalam usaha membawa kemajuan kelab..
Baru nak kenal-kenal. pengerusi kelab ditukarkan dengan Encik Shahrulnizam.. mempunyai cara-cara tersendiri.. cool menjalankan tugas. Cara dia bercakap memang orang akan cakap tenang dan bersahaja. Semuanya perkara yang dilakukan dengan lancar.

Hari ini saya menyaksikan sekali lagi Encik Shahrulnizam kembali mengetuai Kelab Kebajikan dan Sukan ILP Pedas dalam mesyuarat agong ke 7. Diharap pengurusan kali ini dapat meneruskan agenda-agenda yang lebih mencabar dan idea-idea yang bernas.

Thursday, April 15, 2010

Banyak-banyak yang terjadi

Telah banyak perkara telah berlaku.. tidak kesempatan untuk update blog.. nak kata sibuk tak juga.. nak kata senang lenang tak juga..
cuma apa yang berlaku yang lepas banyak mengajar dan memberi pengalaman...
buat masa ini aku akan terus menghadapi apa telah berlaku ...
hari ke hari.. minggu ke minggu... sering bertukar.. dari rambut hitam ke rambut putih atau tiada rambut... sekarang... apa yang perlu.. aku perlu tumpukan sepenuh masa keluarga aku.. sering aku merindui untuk balik kerja terus ke rumah bersama mak dan anak-anak kecil yang sering menaikkan kepeningan aku dengan karenah-karenah mereka...

hurmmm... letih sungguh sekarang.. cari la masa untuk berehat... rehat minda....

Gusar

Sekarang ini.. musim peperiksaan... berjiwa la aku dengan ulangkaji yang tak berapa nak ulangkaji ni.. jiwa lara dah ni.. tak larat nak membaca menulis dan membaca segala-gala dalam buku - buku yang telah di berikan....

berjiwa la aku macam ni