Wednesday, January 20, 2016

10 KESILAPAN BISNES KECIL (Petikan FB Nobisha)

10 KESILAPAN BISNES KECIL

Kesilapan #1. Gagal validate idea sebelum buat pelaburan dalam bisnes. Bagaimana validate idea? Buat carian di internet. Tanya mereka di sekeliling, dapatkan pandangan kritikal. Keluarkan produk (atau perkhidmatan) sedikit dan cuba jual, sekiranya ada sambutan barulah buat pelaburan besar. 

Kesilapan #2. Gagal buat penyesuaian kepada kehendak pelanggan. Kesilapan paling besar ialah merasakan idea kitalah paling hebat. Apabila pelanggan berikan maklumbalas, kita tutup telinga.

Kesilapan #3. Belum pun bisnes sedia ada stabil, sudah buka bisnes baru. Akhirnya gagal berikan tumpuan. Bisnes permulaan perlukan banyak perhatian.

Kesilapan #4. Beri tumpuan kepada pendapatan (revenue), bukan keuntungan. Pendapatan besar belum tentu untung besar. Adakala wang masuk banyak tetapi bisnes rugi.

Kesilapan #5. Beri terlalu banyak tumpuan kepada pengeluaran sehingga abaikan pemasaran. Malah, melihat pemasaran sebagai kos, bukannya pelaburan.

Kesilapan #6. Melakukan kesemua perkara sendiri dan gagal delegate tugas tersebut dengan anggapan orang lain tidak mampu melakukan sehebat diri sendiri.

Kesilapan #7. Gagal meraikan kejayaan-kejayaan kecil, hanya fokus kepada masalah. Akhirnya, kecewa.

Kesilapan #8. Tenggelam dengan "bekerja" sehingga gagal membangunkan bisnes. Akhirnya, kita jadi pekerja, bukan usahawan.

Kesilapan #9. Bantuan. Bantuan. Bantuan. Kalau asyik bercakap soal bantuan (dan salahkan orang lain kerana kita tak dapat bantuan), baik jangan jadi usahawan.

Kesilapan #10. Terpengaruh dengan statistik sehingga lupa bahawa setiap bisnes adalah unik dan tidak sama. Apabila kita baca 80% bisnes tak menjadi dan bungkus dalam 18 bulan pertama, kita ambil statistik itu untuk justifikasi kenapa kita perlu tutup bisnes sekarang!

‪#‎malaysia‬ ‪#‎usahawan‬ ‪#‎bisnes‬

Wednesday, January 13, 2016

Dan Kau Tak Bermimpi Lagi (Tribute Arwah Pak Yus Jambu)

DAN KAU TAK AKAN BERMIMPI LAGI...
(puisi dari sabri Yunus utk Arwah Pak Yus)

Kini kau telah pun pulang ke Rumah Abadi,
Meninggalkan sejumlah lakaran lukisan-lukisan mimpi-mimpi yang tidak pernah kau warnai,
Kau sepertinya takut mewarnai mimpi,
Kerana warna menjadikan mimpi itu realiti,
Kau sepertinya takut menatapi realiti,
Kerana realiti adalah mimpimu yang ngeri,
Lalu kau memilih untuk tidur lagi,
Tidur... untuk terus mencipta mimpi.

Lakaran mimpi-mimpi ciptaanmu silih berganti,
Hadir dan turut menyusuri denai hidupmu yang sepi,
Dan kau cuba menukar, menyusun mimpi-mimpi jadikan lagu untuk kau nyanyi melerai belenggu sunyi.

Ahh... terlupa kau barangkali,
Kau pernah melakar seruling dan harmonika namun kau tiup tak berbunyi,
Kau pernah melakar gendang dan rebana.. sedang kau palu tabuh terhenti,
Pernah dilantai pentas, berlaga antara tari dan nyanyi,
Pernah siulanmu tiba-tiba hilang melodi,
Namun kau tetap melakar mimpi-mimpi hingga fajar menyinsing hari.

Kini kau di Rumah Abadi,
Rumahmu yang hakiki,
Bersendiri seperti juga sebelum ini,
Dan dirumah itu nanti kau tidak akan punya mimpi,
Kerana kau tidak akan pernah tidur lagi,
Di sana adalah realiti sebenar realiti,
Tak mungkin jadi mimpi ngeri yang menakuti.

Lirik Lagu Kau Yang Satu (Ramli Sarip)

Kaulah yang Maha Esa
Kaulah yang Maha Pengasih
Kaulah yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpamu

Kaulah yang Maha Agung
Kaulah yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpamu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang satu
Engkaulah tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padamu..padamu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untukmu..untukmu...untukmu

Al Fatihah Yus Jambu

Wednesday, January 6, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016

WOW! ENTRY PERTAMA 2016..


Selamat Tahun Baru 2016 kepada anda semua...
Selamat Berjaya dalam menempuh perjalanan kehidupan ini..
Selamat merealisasikan impian sendiri....

oh ye .. impian?
mungkin ada perubahan dalam struktur perjalanan kerja.. hehehhehe

Zafran dan Adawiyah dah semakin membesar