Wednesday, February 22, 2012

Jatuh atau bangun... itu tidak penting... yang penting sokongan

Bercerita tentang perkara ini.. kekadang terasa macam-macam sesetengah pemikiran antara kita tidak sama.. apa yang penting tentang pendirian dan ketetapan.. walaupun kekadang tersenget ketetapan diri tidak menghalang untuk memajukan sesuatu perkara,,,

Harimau Malaya telah berhempas pulas bermain.. dan malam tadi ada beberapa peningkatan permainan skuad Bolasepak olimpik kita.. walaupun tewas dengan gergasi asia iaitu Jepun. Tapi corak permainan sangat berbeza dari skuad negara bermain di Jepun. Walaupun ada mengatakan adalah kelebihan bermain ditempat sendiri. Bagi aku, apa yang terjadi sekarang adalah perubahan corak bolasepak di negara kita.. lihat saja Liga Perdana dan Liga Super Malaysia.. perubahan mendadak.. tak sangka permainan begitu berubah dari yang sebelum ini.Skuad Bolasepak Olimpik

Kita percaya , jika sokongan dan pendirian kita untuk memajukan sukan bolasepak.. lebih hebat dari sekarang pasti dapat di lahirkan.. kita kena ada 10 orang macam Safee Sali untuk menaikkan Malaysia di mata dunia. Bukannya hanya iritus menang kalku kalah.. hanya berkata belum habis perlawanan dah balik rumah atau dah tukar channel.. contohi sokongan Ultras Malaya.. Seorang sahabat aku memberitahu.. dia dah tak layan lagi Liverpool atau Manchester United. Dalam kepala otak dia hanya untuk Sukan Bolasepak Malaysia sahaja... Semangat macam ini perlu ada dalam setiap diri.. bukan hanya mengata kita rakyat Malaysia malah kita perlu berkata kita berbangga dengan semua yang ada di Malaysia...

Sokongan tidak berbelah bagi... Tabik Ultras Malaya~!!!

Monday, February 20, 2012

Koleksi untuk semua orang




Kalau boleh nak lagi laju

Februari 2012... tak sangka lak sudah 8 bulan berada di Kuala Lumpur.. semakin jauh meninggalkan perkara yang lepas.. pantas sungguh...

Apa nak dikatakan sekarang.. bukan sebab kelajuan masa itu.. tetapi setiap pagi perjalanan pergi ke pejabat.. sangat-sangatlah laju..... perghh~!! setiap hari berentap bersama pelumba-pelumba jalanan amatur ala-ala profesional.. tak cukup masa masing-masing....


Setiap masa kene servis.. kasi laju lagi..

Baru la kali ini aku rasa nak beli motor yang lagi laju dari sekarang.. perghh~!! tak tahan tengok pelumba-pelumba cheras ni setiap pagi....

Lirik Pilihan kali ini .. Hanya - Aril

Kasih aku ingin,
Menjadi bintang-bintang malam mu,
Temani kamu
Kasih aku ingin
Jadi separuh dari nafas mu
Dan jiwa mu
Bridge
Dan aku serahkan, hatiku untuk mu
Dan aku relakan, kasihku untuk mu
Chorus
Hanya ingin ada, dihatimu selalu
Hanya ingin aku, cinta mu yang Satu
Hanya ingin ada, disamping mu selalu,
Hanya ingin jadi, terbaik buat mu


Monday, February 6, 2012

Selesa keadaan sekarang

Sejak awal tahun lagi keadaan sibuk tak tentu pasal menjadi satu situasi yang menjadi selesa sekarang.. Setiap masa diselubungi foto-foto indah dan studio yang tidak pernah sunyi dengan rriuh tawaan kawan-kawan yang turut sama berjuang menyiapkan tugasan masing-masing..

Tatkala kesibukkan ini.. Tanggungjawab sebagai seorang anak dan ahli keluarga tidak dilupakan. Alhamdulillah, perniagaan burger dijalankan semula oleh abang aku dan telah beroperasi selama 2 minggu banyak mengubah lanskap ekonomi keluarga. Turut serta kegiatan perniagaan akak dan adik aku juga turut semakin meningkat. Mungkin kerana peningkatan permintaan pelanggan dan keyakinan mereka dengan produk yang dihasilkan. Mungkin ini adalah rezeki dan kelebihan menceburi perniagaan.. Aku?? Tidak la sebanyak Mana cuma setiap masa ada je fotoshoot.. Ehhe rezeki dari Allah S.W.T.

Untuk 34 hari lagi ni. Semakin terasa debarannya.. Perubahan drastik akan berlaku tidak lama lagi.. Menggalas tanggungjawab yang baru serta menghadapi keluarga yang besar. Semuanya diharapkan akan terus berjalan lancar.. Untuk yang disayangi.. Kita teruskan misi ini..