Tuesday, April 29, 2008

kemas-kemas

penat.. jom balik...
hehehehe....

Thursday, April 24, 2008

Ibu pembohong????

ibu seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dij adi kan renungan anda sekalian.



Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adi k-ber adi k. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan t adi . Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu t ida k dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian a yah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai a yah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami t ida k kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya t ida k mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya t ida k perlukan cinta dan saya t ida k perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. T ida k pa yah lah lagi bersusah pa yah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu t ida k mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit s ayu r untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras t ida k mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah pa yah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu t ida k mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak pa yah lah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu mengh adi ahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menj adi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan a yah . Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ' Ibu,saya sayangkan ibu. ' Tapi t ida k saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi t ida k pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya.
Saya sayangkan ibu…
ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dij adi kan renungan anda sekalian.




itu hari cakap... hari ini cakap...


kemusnahan alam sekitar tidak la seteruk kepala otak aku ni..

macam nak pecah... tapi nak wat camner..

dugaan (version bujang lapok...).. hahaha

makin hari makin banyak keje... Dugaan...


minggu ni balik kampung tanam pisang la..

Wednesday, April 23, 2008

AKU dan DIRIMU





intro] F Fmaj7 F7 A#

F FMaj7
tiba saatnya kita saling bicara
F7 A#
tentang perasaan yang kian menyiksa
Gm
tentang rindu yang menggebu
Dm C
tentang cinta yang tak terungkap

G GMaj7
sudah terlalu lama kita berdiam
G7 C
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
Am Em D
memenuhi mimpi2 malam kita

[reff]
G Em Am D
duhai cintaku sayangku lepaskanlah
G Em Am D
perasaanmu rindumu sluruh cintamu
C A/C# G Em Am D
dan kini hanya ada aku dan dirimu sesaat di keabadian

G GMaj7
jika sang waktu bisa kita hentikan
G7 C
dan segala mimpi2 jadi kenyataan
Am
meleburkan semua batas
Em D
antara kau dan aku kita

[int] G Em Am D
C A/C# G Em Am D

Tuesday, April 22, 2008

Ketandusan idea la sekarang...

pening... camner lak ni..
tak tau nak cakap camner... kepala otak sakit semacam jer... aku rase
cam nak ketuk kepala ngn hammer jer.. tp fikirkan balik ,..tu smua keje bodoh..
aku tak bodoh. cuma sengal-sengal ubi skit..

fatihah.. banyak bersabar yer.. aku ucapkan takziah kt atas ko.. terkejut
dengar khabar emak ko dah meninggal dunia.. sebab aku tak pernah dengar pun
yang arwah mak ko tu sakit ker mengidap penyakit ker... ape ker..
dah ajal .. nak wat camner.. yang kita hidup ni.. perlu diteruskan...

aku ingat lagi mase arwah ayah aku tgh tenat..
aku rase cam dunia ni dah takde panglima atau lebih kurang zaman sekarang setaraf
perdana menteri.. rase cam dah takde orang nak pimpin aku .. nasib aku memang bertuah..
aku masih lagi ade emak.. kalau takde emak.. rase cam dah takde sapa lagi kt dunia ni....
tapi tu la kan .. takdir tuhan lak... mak aku baru-baru ni mengidap penyakit yang boleh
membawa ke penyakit cancer(omputeh tu).. oh tuhan.. tolong la hambamu yang lemah ini..

BOLA TAMPAR

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemaain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].

Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

Wednesday, April 9, 2008

Kisah dan siapa aku ini...


haii... sesapa yang rase pelik.. akan terus rase pelik...

tp sekarang jangan rase pelik... yang penting sesapa yang nampak...

ini la hakim @ keem... asal dari sebuah kampung yang tidak ceruk sangat

di mana ade bas rapid KL masuk kt kg aku serta ade traffic light kt pekan kampung..

tidak la jauh sangat .. cuma 25km dr KL dan 23km dari Kajang...

maka di situ la ade HULU LANGAT... dan sesapa nak singgah umah..

cakap jer Dusun Tua.. semua orang tau nyer...

aduh~!! nanti aku citer lagi yer... lapo lak tetiba...

makan dulu yer... hehehe