Friday, February 26, 2010

Jamming lagi

Sejak dua menjak ni.. asyik jamming je aku... tak tau apsal.. hahaha.. sebenarnya.. Mahazan, rakan sekerja sibuk bertanya.. nak tubuh band tak??? aku pun cakap ok je.. kisah band ni sebenarnya dah lama aku dengar.. cuma belum lagi diajak untuk menyertai penubuhan band di ILP Pedas...

sejak dari tahun 2006 aku dah tak main gitar ni.. apatah lagi band-band untuk mana-mana majlis .. lagi pun kawan-kawan aku semuanya dah bersara dan ada juga yang meninggal dunia.. sejak dari itu aku sudah malas memikirkan band-band ni...

Cuma sejak dua tiga minggu ni... kedatangan mahazan bersama set drum beliau di sertai dengan gitar letrikus syukran dan dentuman bass copong.. teruja kembali menjadi gitaris... betul-betul membakar semangat.... kembali semua aku menjadi gitaris di saat usia dimakan waktu ini... huhuhhu... macam tua sangat aku ni...

Merintis perjalanan kawan-kawan

Sebelum apa-apa nak cakap.. saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada E-cah.. sempat juga aku menjenguk dan bersama meraikan pengantin baru itu.. turut tidak ketinggalan rakan-rakan sama kolej dulu.. are-yen,bob,jemie,heri,nana,ainil,niza,zila,ila,shulin,nina dan mungkin yang lain aku tak perasan kot..

semua kawan-kawan meneruskan perjalanan mereka mengakhiri zaman bujang... aku??? mungkin tunggu masa kot??? hahaha... seorang lagi kawan aku dari kampung.. Syammeil.. Pegawai belia ni.. sudah melangsungkan perkahwinan beliau awal bulan lepas.. tapi yang sedihnya.. aku tak dapat hadir ke majlis beliau kerana ada kelas,, walau macam mana pun.. aku mendoakan beliau bahagia bersama isterinya..

Tidak ketinggalan kepada Are-yen dan Ainil yang melangsungkan majlis pertunangan pada tarikh yang sama (14 Februari 2010). tarikh percintaan la konon.. hahaha. tak kisah la apa orang nak kata.. yang penting sekali lepas ini kena la buat persediaan majlis perkahwinan... jangan lupa jemput aku ye....

Tatkala aku tengah menaip ni.. hari esok (28hb Februari 2010).. Majlis perkahwinan ila.. seorang lagi kawan aku dari klang juga... sekejap je dah jadi isteri orang kau.. hahah.. semoga bahagia ke akhir hayat...

Oh ye.. minggu depan ada seorang lagi kawan aku.. opss... bukan-bukan... dua orang kawan aku akan melangsungkan perkahwinan .. percintaan dari kolej ke jinjang pelamin.. lama siut... nak dekat 8 tahun.. lamanya.... Bob dan Farah.. selamat pengantin baru dan bahagia sehingga akhir hayat....

Bosan

Tatkala menaip ni.. aku sungguh bosan.. sebab tak tahu nak buat apa.. fikiran sekarang ni melayang jauh.... adakah sebab tekanan kerja?? tekanan belajar?? tekanan urusan hidup??? entah la... apa nak jadi aku pun tak tahu....

p/s- hehehe... aku belum makan sebenarnya... hihihi

Wednesday, February 10, 2010

Sekarang ni

Macam-macam persoalan yang bertalu-talu bagi kat aku...

Soalan :sihat??
Keem : Sihat je sekarang....

Soalan :keje ok ke??
Keem :keje ok je.. semua lancar

Soalan :Bila nak kawin??
Keem :dah agak dah... mesti ada soalan camtu.. insyallah..kalau ada jodoh aku kawin

Soalan :Agak-agak bila tu???
Keem :Bila apa?? hehee.. kahwin.. bergantung pada jodoh dan keadaan...

Soalan :Bila nak pindah KL???
Keem :Ingat nak pindah la tahun ni.. keadaan sekarang sesuai kot pindah.. dah masuk 5 tahun kat sini.

Soalan :Sibuk lagi dengan politik???
Keem :sibuk tu takde la.. tapi mengikuti perjalanan politik.cuma ingat nak rehat la dari persada politik.. nak tumpukan belajar dulu

Soalan :Berbalik pasal kahwin tadi.. dengar kata dah ada yang empunya???
Keem :Sangat konkrit nak jawab.. soalannya hanya jawab sekali jer... ye...

Soalan :Ada apa-apa perancangan selepas ni???
Keem :Dalam perancangan untuk membina rumah dan perkara ni masih lagi dalam proses perancangan pembinaan. lagi pun ini dibina khas untuk Emak aku.. istimewa untuk emak aku... dan mungkin kalau ada rezeki nak pindah kerja kat KL....

macam-macam ditanya.. soalan-soalan yang sering ditanya oleh semua orang.. ehhehe.. takpe la.. aku tak kisah pun walau seribu pertanyaan.. ini menunjukkan semua orang mengambil berat tentang aku.. hihihihi