Monday, October 19, 2009

Hari Keluarga ILP Pedas 2009.. Sungguh meriah






















kasi gambar dulu la.. nanti citer.. penat hari ni nak tulis blog.. hihihh

Thursday, October 15, 2009

Berpindah jua akhirnya







Sebenarnya sejak 2 3 hari ni aku sibuk kemas barang untuk pindah rumah.. dah lama sangat duduk kuarters kot yang membuatkan aku pindah rumah.. tapi bukan faktor lain yang menyebabkan aku pindah.. aku dah duduk kuarters sejak dari 2006 hingga sekarang.. maknanya dah 3 tahun berada didalam Kuarters.... lamakan.. hhehehe.. sepanjang berada di kuarters.. banyak gak kenangan yang tak dapat dilupakan.. pelbagai aktiviti dilakukan.. rumah aku pernah menjadi studio jamming ini kerana aku saja yang kerap main gitar sesama kawan-kawan.. memekak je hari-hari.. pernah juga satu malam rumah aku menjadi pusat karaoke .. ketika itu housemate aku, Shafie membeli set home theater baru.. meriah sungguh.. sanggup pergi Giants beli Cd karaoke.. hahah... kelakar sungguh.. takpe la.. ini semua akan jadi kenangan... selamat tinggal kuarters ILP Pedas.


p/s- Entry ini yang ke - 100.. sama dengan Hajar..

Wednesday, October 14, 2009

Lirik Pilihan... Tentang Kamu - Tompi

Lagu ini aku dapat masa tengah-tengah layan video klip dalam Youtube . saje nak tengok video orang kawin.. aku ni kan salah seorang dari Cameraman yang terhandal di kampung Paya Seberang.., hehe.. so dalam banyak-banyak video dalam youtube.. ada la satu video pertunangan tu.. memang best la video tu.. sebab editing yang dilakukan memang seni la.. kena dengan lagu yang diletakkan dalam video tu... cool je....

TENTANG KAMU - TOMPI


terasa berdebar hatiku
setiap melihatmu tersenyum padaku
tak kuasa menahan rindu
tuk slalu bertemu bercinta denganmu

adakah kau merasakan juga
cinta yang slalu hidup di jiwaku

reff:
tak tahu mengapa dirimu
begitu indah membuatku slalu ingin di dekatmu
ooh… bawalah diriku
di setiap mimpi-mimpimu
ku kan selalu ada untukmu
biarlah cerita cinta kita terjalin abadi aku kau selamanya kuingin hidupku untukmu hidupmu bagiku berjalan bersama

bawalah diriku ku kan slalu ada untukmu
ku kan selalu ada untukmu

Kepagian yang agak sengal

Pagi ni aku bangun awal sikit.. kul 5.30pagi.. ini adalah kerana perut aku mendendangkan lagu black metal yang amat dasyat.. sempat juga la aku kemas rumah dan menyiapkan kekemasan barang-barang yang perlu di simpan dan dibawa pindah nanti... tersenyum aku melihat rumah aku bersih tanpa barang. aku akan berpindah ke Taman Pedas Indah, menyewa rumah disana..

so seawal pagi aku sempat juga la..melayan facebook sekejap.. banyak tul komen dari kawan-kawan... sambil belek-belek gambar yang ada dalam facebook tu, aku pun melayan yahoo messenger .. sempat juga tu,,, ingatkan takde orang.. rupanya ada juga yang bangun awal .. sempat juga berYM dengan Khairunnisa atau Angah iaitu adik Yanti.. punya la bangun awal.. katanya masuk kerja pukul 8.30pagi..

Pagi ini mungkin pagi yang terakhir aku di Kuaters ILP Pedas, selepas ini aku bukan lagi ahli kuarters dan tidak dapat lagi merasai kemeriahan bersama kawan-kawan di kuarters...

Tuesday, October 13, 2009

Maafkan Hamba~!!!

Sepatutnya hari ini (14hb Oktober 2009).. aku kena pergi USIM.. untuk melawat tapak sukan untuk persediaan Sukan ILJTM SeMalaysia.. tetapi atas kesibukan hari keluarga ni.. semua orang sibuk.. maka terbatal la program ke sana.. disini hamba memohon maaf kepada Tuan Puteri CT dari Server Kingdom,USIM, Nilai, N.Sembilan.

Mungkin balik dari hari keluarga nanti. hamba akan mengadap Tuan Puteri nanti yer...

Juga Hamba memohon maaf kepada kawan-kawan bujang yang berada di kuarters.. Hamba akan berpindah dalam minggu ini ke Taman Pedas Indah.. pasti hamba akan menjadikan kelompok bujang berkurang didalam kuarters... justeru itu harap-harap kenangan didalam kuaters menjadi sejarah untuk kita semua...

p/s- Hajar.. i'm so sorry tidak dapat pergi USIM..

Sukan kali ini .. Tennis


Sejak dua menjak ni... aku telah terlibat dalam sukan yang pertama kali aku ceburi.. Tennis? hahah kelakar sungguh.. sekarang ni tengah training .. belajar pukulan .. pastu cara pegang raket.. aku ni agak sengal sikit dengan sukan-sukan yang kene pakai raket ni... tapi ok gak..
best jugak main tenis ni..petang-petang aku akan turun main tennis lagi.. sampai esok aku leh kalahkan Roger Federer. hhahhaha

Persiapan Famili Day.. Lost World Tambun, Ipoh, Perak.

Sejak dua tiga hari ni aku sibuk dengan persiapan untuk hari keluarga ILP Pedas, setelah dilantik menjadi jawatankuasa hadiah dan cenderahati.. aku sibuk memcari barang untuk hadiah dan cenderahati untuk semua kakitangan ILP Pedas.. kali jawatankuasa aku best sikit kerana diketuai oleh Syam bersama seorang lagi rakan aku yang bernama Sham juga,.. haha.. maknanya ada 3H jadi ahli jawatankuasa.. Hisam,Hisham dan Hakim.. hahaha...

Penat juga beli barang ni.. Habis semua shopping complex telah dijelajahi.. Tesco,Jusco dan Giants.. semua diredah .. sampai buat dua trip. Dah penuh kereta.. hantar balik dulu ke ILP ,. Pastu keluar balik cari barang lain.. huuhuh.... sungguh penat tapi aku berasa bangga kerana kedua-dua Sham itu sangat-sangat rajin.. memang untung isteri diorang kerana dapat suami yang rajin. opss.. tercerita lak diorang dah kahwin.. hehehe...

Sesudah membeli barang.. aku dengan sukarelanya dan dengan keizinan samseng jalanan iaitu Alip untuk membuat Tag untuk hari keluarga... so sesampai je opis pepagi aku terus buat design tag dengan bantuan The popular Officer .. Azreen Zuriathy... dia yang check design yang aku buat.. dalam masa yang sama .. aku kena print semua gambar hadiah untuk di masukkan kedalam sampul untuk cabutan bertuah....

Sibuk sungguh aku minggu ni.. dalam masa yang sama Final exam nak dekat dah ni.. aku kena juga ulangkaji sebelum exam ni.. sangat-sangat penat.. tapi mungkin ini projek aku yang terakhir kerana mungkin aku akan berehat lama sikit.. kasi peluang untuk orang baru menerajui kelab pula...

Thanks to Alip,Cik Saari, Sham,Syam, K-rol, Nazri,Din,Nurul,Yanti, Shafie,Isha,Azie,Izan dan nama-nama yang tertinggal.. kalau takde korang.. dah tentu takde famili day untuk tahun ini...

Sunday, October 4, 2009

Hari Raya?? masih ada lagikan...


Minggu ni.. aku akan terus balik kampung... selepas waktu kerja dengan pantas aku akan balik meneruskan hari raya aku yang kian kesempitan masa.. minggu depan nak pergi famili day.. Lost World Tambun,Ipoh, Perak.. Perak??? hhhehe