Sunday, July 18, 2010

Cerita kedai kopi..

Pada pendapat aku dan pemerhatian aku

..... Melayan seorang kawan dalam banyak perkara-perkara yang berlaku. isu semasa atau kenangan-kenangan silam.

Teringat perkara yang lepas dimana isu utama disini adalah.. Melepak.
Melepak orang kata tidak bagus. banyak membuang masa. kekadang tu boleh lupa semua perkara penting seperti solat, kerja dan macam-macam lagi. tentunya ada sahaja perkara nak disembangkan.

Ini kerana kekerapan dikalangan kita ini suka bercerita atau lebih dikenali " Cerita kedai kopi". seperti aku. suka melepak malam minggu disemua kedai kopi sekitar kawasan mukim Hulu Langat. kekadang itu menyelesaikan masalah pun di kedai kopi. sudah menjadi lumrah kedai kopi adalah tempat untuk berbincang. difikir-fikirkan, "cerita kedai kopi" telah lama aktif sejak dari zaman perang jepun sehingga la sekarang. aku teringat cerita P.Ramlee tu. seniman bujang lapuk. Merenung nasib pasal tak kerja pun kat kedai kopi.

Jadi adakah ini menjadi lumrah orang melayu kita melepak di kedai kopi?? rasa aku tidak kerana kedai kopi itu adalah untuk semua orang. Dan pelbagai cerita itu adalah rencah dalam meriuhkan kedai kopi. serta pada pendapat aku juga kedai kopi memberi kesan positif dan negatif. Positifnya dapat kita berkumpul beramai-ramai tatkala letih bekerja sepanjang hari, letih bermain futsal atau sembang perkara-perkara serius dan menjadi negatifnya pembaziran kewangan dan masa adalah amalan tidak elok. Justeru itu jadikanlah Cerita kedai kopi itu sebagai ruang-ruang riadah yang indah dan memanfaatkan semua orang.

"cerita kedai kopi~!!!!!" bukan untuk gosip tapi untuk merehatkan diri

Monday, July 12, 2010

Sekilas cerita pertunangan saya



Pada 10 Julai 2010.. maka dengan rasminya aku telah bertunang dengan seorang gadis pilihan aku sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.. hehehe...
namanya AZILAWATI atau lebih aku kenali sebagai Azila..

Ramai yang tertanya-tanya, "Bila pulak ko ade makwe ni kim" atau ade yang cakap kat aku.. " ko biar betul kim nak bertunang".. atau ada yang berkata " terkejut aku tengok gambar korang bertunang.. biar betul.".. semuanya adalah ungkapan dari kata-kata orang-orang yang berada di sekeliling...

Terkejut??? ramai yang terkejut.. sebelum bertunang atau selepas bertunang.. ramai yang terkejut.. orang yang pertama sekali terkejut adalah Mak aku sendiri, seperti tidak menjangka yang anaknya akan terus mengorak langkah menuju ke arah itu.

Majlis pertunangan ini berlangsung di rumah Azila terletak lebih kurang 5km dari rumah aku. dekat kan. senang nak balik kampung nanti. hehehehe... rombongan meminang Cik Joyah seramai lebih kurang 45orang. sebanyak 12 kereta menyertai konvoi tersebut.
lebih kurang pukul 2.30petang rombongan sampai disambut dengan mesra oleh tuan rumah.
bermula la perbincangan tanpa fikir panjang kerana sebelum banyak telah diputuskan.

kepada semua yang terlibat. keluarga aku. Mak,ina,nani,zaini, eg dan anak-anak kecilku, Ateh, acik , sepupu sepapat, saudara mara, jiran-jiran, kawan-kawan dari seluruh pelusuk malaysia, tidak terlupa Pak Ajis yang menjadi jururunding pada hari tersebut. Sokongan anda amatlah saya hargai.

Saturday, July 10, 2010

Majlis Pertunangan saya....





foto-foto semasa majlis pertunangan saya...

Tuesday, July 6, 2010

Lirik Pilihan - Inilah Cinta (Akim)

Lagu ini bukan aku yang nyanyi tau.. tapi Akim AF...
mula tu layan video klip.. teringat lak zaman-zaman mengorat awek..
siap bunga , teddy bear dan macam lagi.. tapi aku suka kasi pilihan,,,
sama ada nak cokelat? bunga? teddy??... hahahah

Mari kita layan lirik lagu ni.. hihihi

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

p/s : Aku mengambil sedikit masa lagi.. :)