Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin...


Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin.. Saya hanya insan biasa .. ada kesalahan dan dosa-dosa.. mohon kemaafan dari semua pihak sepanjang menjalinkan hubungan tak kira adik beradik saudara rapat sahabat-sahabat yang jauh dan dekat serta sahabat-sahabat di alam maya.... mohon maaf dipinta salah silap terlanjur kata harap di maafkan.. ku pohon jua keampunan dari yang maha esa.. sesungguhnya manusia tidak terlepas dah kesilapan...


Ini gambar masa raya yang pertama 2012.. baru kahwin masa ni..
nampak tak macam baru kahwin kan.. manja-manja la sangat..
ketika ini isteri saya mengandung anak pertama.. 


yeahhhhh... ni gambar raya 2013.. gambar dengan zafran... walaweiiii... kecik je zafran.. kalau
kasi gambar sekarang.. kemain lagi hensem .. ikut ayahkan.. mesti la hensem...


Alhamdulillah... tahun ini.. dikurniakan cahayamata kedua.. Nur Adawiyah..
selamat datang ke dunia sayangku.. semoga aildilfitri ini memberi makna yang sangat besar
untuk keluarga kita...

Alhamdulillah.. Anak Kedua

Syukur Alhamdulillah.....

Segala pujian hanya untukMu.. diberikan rezeki kepadaku.. dikurniakan kelahiran cahaya mata perempuan..

Nur Adawiyah Binti Mohd Hakim.. nama yang diberikan.. semoga kelahiran ini memberi kebahagian, murah rezeki dan mendapat keberkatan.. Amin Ya Rabbal Al amin.....



Thursday, July 10, 2014

Julai dan ianya sangat bermakna

Sudah Julai.. Blog sudah berkepam disimpan... lama sangatkan..
kisah Julai yang lepas telah lama diketahui.. aku malas nak ulang..
cuma julai kali ini adalah julai yang bermakna

Julai 2014.. permulaan ramadhan yang baik.. alhamdulillah... rumah dah siap.. zafran dah membesar.. kami sering dapat bersama.. walaupun aku agak sibuk keluar berjalan bekerja (Langkawi-Sabah-Kuala Lipis- Alor Setar).. kerungkaian masalah dapat ditangani bersama.. syukur kepada Allah kerana meminjamkan aku kebahagiaan yang sangat la...

Perut isteri aku makin membesar.. semua orang tak sabar menanti kelahiran anak kedua kami.. yang dijangka pada bulan ini juga.. Ya Allah besar sungguh pemberianMu.. aku terima dengan penuh perasaan bersyukur.. kelahiran yang memberi semangat kepada aku untuk terus bekerja dan meluaskan bisnes yang ada sekarang...

Julai ini.. kenangan yang tak dapat dilupakan.. kenangan kami yang rasa tak sabar untuk meneruskan jalan ke ogos hinggalah seterusnya nyawaku diambil balik oleh yang maha esa.