Thursday, June 30, 2011

aloo adik.. happy birthday afiq... 7 tahun

30 Jun 2011

MH : alooo.. adik tak bangun lagi ke?
Adik: aaaaa...aaa.a..a
MH : Adik dah gi sekolah ke belum?
Adik : aaaa.a..a.a.a..a
MH : sah baru bangun tidur ni.. weii bangun la.. dah pukul bape ni..
Hari ni birthday adik...
Adik : aa.a..a.a.a.a.a......

Aku telefon Muhammad Afiq.. Happy Birthday Adik.. semoga adik sentiasa rajin-rajin sekolah. rajin-rajin tolong dekat rumah.. sentiasa sayang ibu dan ayah.. tidak lupa pada wan tu.. rindu sangat dekat adik...

Kami rindu Adik.. teringat adik selalu ada dekat rumah :(

Tuesday, June 21, 2011

Lagu untuk semua... Hazama - Cinta Teragung

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Sunday, June 12, 2011

Membiasakan diri... Naim dan Afiq.. selamat bersekolah baru


semalam adalah hari terakhir Naim dan Afiq dirumah aku.. mereka telah berpindah sepenuhnya di putrajaya.. duduk rumah yang kerajaan sediakan.. 2 orang si nakal yang selalu buat kelam kabut kat rumah tu.. kekadang naik pening.. pagi ni emak menung kat kerusi laman rumah.. kalau dulu pagi mak aku duk sibuk jeritkan cucunya itu jika van sekolah datang.. pagi ni terasa sunyi sepi.. tidak dinafikan 10 tahun bersama akhirnya berpindah jua... membiasakan diri...

sebulan aku di Kuala Lumpur.. bekerja membiasakan diri keadaan sekarang ni. dalam masa yang sama aku juga membiasakan diri dengan perjalanan pergi kerja dan balik kerja. Dan kali ini, aku kena membiasakan diri dengan ketiadaan kedua-dua anak kecil. semuanya membiasakan diri dan perkara ini berlaku dengan cepat.

Naim,
Abang kena jaga adik dengan ibu tau. jangan malas sangat buat kerja sekolah. belajar. jangan asyik nak memendam perasaan jer.. kalau simpan nanti boleh jadi bom jangka. nombor telefon Wan dah kasi. kalau ada masa nanti abang telefon la wan ye..

Afiq (Si Ken..),
Adik jangan nakal-nakal. jangan selalu main luar sorang-sorang. kat umah wan adik boleh bawa basikal jauh-jauh sebab wan tau adik pergi mana tau.. belajar sekolah elok-elok.. dah kena rotankan.. so belajar rajin-rajin... nanti boleh mamak kasi adik jam liverpool ni.. pastikan no 1-5 je..

membiasakan diri.. membiasakan diri... kini tinggal aku , emak , adik dan abang.. semuanya jarang ketemu.. kecuali pada waktu malam.
emak.. terimalah keadaan ini dan biasakanlah diri tanpa cucu dirumah.. memang susah nak membiasakan diri.. selama 10 tahun dibawah jagaannya.. sekelip mata pindah.. memang kena membiasakan diri..