Selamat Berpuasa....Selamat hari raya...


Selamat berpuasa.. dan selamat hari raya yang bakal menjelma...
semoga raya kali ini dapat aku raikan dengan tanpa apa-apa halangan..
insyallah...
teringat zaman kanak-kanak dulu.. asalkan raya... dalam kepala otak ni terfikir nak duit jer...
siap "target" umah sapa yang leh dapat duit lebih...
kalau kira-kira.. zaman kanak-kanak leh kumpul RM10,000 la.,,,
tak yah la susah-susah nak sekarang nak fikir duit kahwin.. hahhaha...
apabila masuk je zaman remaja (sekolah menengah da...).. aku melalui zaman yang kira meriah
dan menyeronokkan... dulu bile nak raya jer.. time tu memang cuti sekolah.. so aku balun keje mase bulan ramadhan .. pengalaman menjual popiah basah di Pekan Suntex Bt 9 dan Pandan Indah... banyak memberi pengalaman kat aku bagaimana susahnya mak aku mencari duit untuk aku beli baju raya masa kecik-kecik dulu.... letih tapi best.. bile masa dapat duit upah tu la.. meriah aku dibuatnya....

kini.. aku dah keje... dah lama lak keje tu.. (walaupun 5 tahun).. tu kira lama gak la.. haaha...
banyak perubahan yang aku lalui...
tiap kali raya.. aku sentiasa menanti budak-budak kecik datang umah aku...
dah tiba masanya untuk aku kasi duit raya kat diorang.. meriahnya biler diorang dapat duit raya.. ade gak yang bisik .. "takkan singgit jer "... tergelak aku.. kekadang aku terasa budak tu cam aku jer dulu-dulu.. komplen jer..

semasa hari raya juga banyak pengalaman pahit yang menyebabkan aku tak dapat beraya dengan meriahnya.. aku pernah eksiden semasa hari raya ke 2.. berjahit tapak kaki ni..
darah tak ingat keluar.. pesan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) aku tak nak dengar.. time selekoh tu. bantai corner baring.. pastu lak tak tengok motor lain.. tengah syok jer.. ade lak sebiji motor kat depan aku.. langgar jer terus budak tu.. tak kira aku... last-last aku yang dikira berapa jahitan nak letak kat kaki aku ni.. hahah.. padan muka aku..
selain itu juga .. aku pernah kene demam campak... sehari sebelum hari raya.. yang sedih nye.. baju-baju aku dah beli.. siap sandal puma (RM 60) kira mase tu mahal tau. tiba-tiba kena penyakit.. alahai.. sedihnya... beraya di rumah jer la.. oleh kerana itu.. emak aku terpaksa la duduk rumah jaga aku.. dah tak leh rumah kata kan...

biler raya jer.. aku sering teringat kat arwah ayah aku.. leh kira dalam 17 tahun arwah meninggal dunia.. aku doakan roh beliau aman dan sentiasa bersama golongan orang-orang yang beriman...

WAZIR BIN ABD GANI (1957-1991)

Comments

Popular Posts