Sekarang .. aku masa yang lalu.. ada sama.. ada penyakit..

teringat apa yang berlaku sekarang...
ade penyakit telah datang dalam diri aku ni..
M.A.L.A.S... susah tul nak buang penyakit ni.. tak tau la
mana muncul virus ni.. paling bengang sekali.. nak buang ni
ade cara .. tapi pedih skit la.. kene maki hamun, kene ketuk baru nak gerak dan
memacam cara yang kejam untuk hilangkan penyakit mim alif lam sim..

teringat dulu masa sekolah..
aku ni cukup liat nak wat keje skolah..
maklum la..
mengadap buku tu.. macam memandang harimau jer.. takut buka setiap helaian buku...
paling menakutkan lagi apa bila nak buka buku english..
mak aii.. kemain payah lagi....

penyakit malas ni akan berlaku jika menghadapi satu situasi apabila keje banyak..
bos kasi keje-keje yang leceh dan dalam kepala otak dah bosan keje..
susah nak digambarkan..
aku pernah kene marah pasal malas nak rekod buku... padahal tinggal lagu 5 buah buku jer..
bila dah kena marah.. mula la esoknya malas lak nak kerja...
cari alasan camner nak cuti ker m.c ker..
punya la malas nak wat kerja... lagi sikit jer nak siap..

sebenarnya penyakit malas ni boleh di elakkan...
kalau kita fikir sesuatu yang kita lakukan itu harus dilakukan
dengan niat yang elok.. niat kerana kerja itu adalah satu ibadah
walaupun sekarang aku masih ada lagi penyakit itu..
tapi aku akan cuba lakukan yang terbaik bagi mengelakkan
tergolong dari puak-puak malas ni..

kawan-kawan.. tolong aku yer ... aku nak buang sikap malas..
kalau korang malas aku lagi malas..

akhir citer.. kalau dah malas nak layan blog ni...
ikut ko engko la Jang.. (ckp noghori)...

Comments

Popular Posts