Laju cepat dan pantas.... Menang Juga......









Ahad lepas (10 Mei 2009)

Aku berangkat untuk pergi ke Melaka.,,
tapi dalam kepala otak aku ni... macam-macam fikir...
nak jawab exam ker nak pergi K.L....
Agak berkecamuk fikiran aku.....
Lalu aku mengambil langkah dan pelan rancangan yang baik...

9.00 pagi : Memulakan Menjawab soalan....

9.15 Pagi : Jawab soalan Esei dulu....

10.00 Pagi : Jawab soalan Part A...

10.25 Pagi : Berambus dari dewan peperiksaan....
aku tengok jam dah nak masuk pukul 10.30pagi .. dengan pantas
start enjin kereta terus meluncur meninggalkan dunia peperiksaan...
aku menuju ke Kuala Lumpur... tak sabar nak sertai Sukan ILJTM Zon Tengah
di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur...

Bukan apa sebenarnya....
ada sesuatu yang menarik sangat aku untuk pergi ke sana...
aku telah mendapat SMS dari rakan-rakan...
Pasukan Bolasepak telah memasuki peringkat akhir...

semangat berkobar-kobar la... Bola tu....~!!!!






Pukul 12.30 Tengahari..

sesampai sahaja disana... aku tengok kawan-kawan semua tengah penat...

tidur pun ada.. penat la masing-masing tu...

sempat gak la aku pergi ke KFC.. layan kawan-kawan..
Anak-anak buah yang berjuang dalam acara bola tampar....


Pastu ada pulak yang bermurah hati kerana belanja makan KFC...

lepak-lepak... tengok jam pukul 3.45 petang..

terus siap-siap pakai jersi.. (walaupun jersi aku telah dipakai oleh yani)

Jersi 16 menjadi pilihan....



ILP Pedas Vs Adtec Shah Alam... 3-0 (menang la tu)


dasat sungguh... akhirnya Kami telah menjadi juara untuk zon tengah..

ini bermakna ILP Pedas telah menjadi juara 2 zon (tengah dan selatan)

hebat tak hebat la...

Terima kasih kepada kawan-kawan kerana berjuang habisan



P/s- Pertama kali duduk di bangku simpanan... hahahhahha

Comments

Popular Posts