Good Bye Cupak.. Pertahanan Terbaik..
Malam-malam yang sejuk ni... hujan lak tu....
Tetiba jer teringat nak belek-belek gambar masa sukan itu hari... jelas dimata tertumpu lelaki kacak tapi tak la kacak sangat.. sebab aku lagi kacak... Cupak atau Wan Shaiful Hamdan.. 4 tahun aku mengenali Jejaka ini yang akan kawin tak lama lagi... sangat releks.. santai.. bersahaja.. penyabar.. menjadi pujaan dan ketakutan semua anak murid dia...
Kisah menjadi Kakitangan Kontrak ke sambilan lalu mendapat tetap sangat menarik dimana.. sentiasa ada sahaja dugaan yang berlaku.... Dari kesungguhan bekerja lama sebagai Kakitangan kontrak lalu mendapat tetap menjadi kegembiraan yang akhirnya menjadi dugaan terpaksa pindah ke Institut Latihan Perindustrian Miri, Sarawak... Meninggalkan semua kawan-kawan yang melepak rumah beliau dan rakan-rakan di pondok maut.... Seakan tak percaya .. sekali lagi rombakan barisan pemain bolasepak ILP Pedas akan berlaku kerana Cupak adalah orang kuat di bahagian pertahanan selain Alip dan aku sendiri .. mungkin kerana permainan beliau sebagai lelaki terakhir atau lastman sangat berkualiti sejak akhir-akhir ini membuatkan kawan-kawan akan terasa kehilangan dia lebih-lebih lagi Im Barangin yang selalu kasi bola kontot... pas ni nak bagi bola kontot kat sapa lak.. hahahah.....
To Cupak... semoga kerjaya anda terus cemerlang dan aku doa semua perjalanan hidup akan terus berjalan dengan lancar.....
Comments
case2 : cupak nak kawen tak lama lagik...nape br skang nak nyesal
hahahhaha
case3 : 'Cupak adalah orang kuat di bahagian pertahanan selain Alip'
nape tak tulis pasal ALIP??
case4 : ble nak belanja makan ni???
DH NK PNDAH KE CUPAK..
JAUH NYE DIA G..
APE2 PN ALL THE BEST..
HAKIM TU NTAH BILA NK KWIN...