Bermula dari 1hb Ogos 2003.....

1hb Ogos 2003 (Jumaat)

Pagi itu.. aku rasa akulah orang yang paling kelam kabut... entah kemana tuala aku ni... merungut sorang-sorang.. sesudah mandi , aku pun bersiap sedia untuk breakfast.. mak aku dah siapkan semua sekali.. terima kasih pada mak sebab memahami anaknya yang memang kelam-kabut pada waktu pagi... belum sempat aku menjamah makanan tetiba teringat satu perkara.. pergi hidupkan enjin kereta dulu.... sengal betul aku.. masa tu nak makan.. masa tu juga nak hidupkan enjin kereta.. aku masuk balik rumah dan menjamu selera.....

Selesai sudah.. aku tengok jam dinding umah aku... pukul 6.45 pagi.. apa lagi.. terus masuk dalam kereta.. opss... lupa nak salam mak aku dulu... hahaha.... kereta meluncur bergerak ke Kuala Lumpur... dalam kereta sempat lagi periksa dokumen-dokumen penting didalam beg....

Pukul 7.30pagi... fuhh~!! awal sampai... sebenarnya... pagi itu adalah hari pertama aku bekerja sebagai kakitangan awam... maka kenalah lapor diri dulu sebelum di beri penempatan..... ketika itu aku masih teringat... sorang-sorang je duduk kat bangku .. takde kawan-kawan.. cuma bertegur sapa dengan orang-orang yang duduk dengan aku.... pukul 8.00 pagi.. kesemua kakitangan yang melapor diri ditempatkan di bilik syarahan (kalau tak silap namanya) di tingkat 5 bangunan perpustakaaan.. opss.. lupa lak.. aku telah dilantik menjadi Pembantu Perpustakaan dengan gred 17.. teringat lagi masa tu... ramai kakitangan baru telah lapor diri pada hari tersebut... sempat juga jeling-jeling perempuan-perempuan yang ada... sekadar cuci mata je... hari itu adalah hari bersejarah pada aku... dengan ini sudah 6 tahun aku menjadi kakitangan awam dan aku harap aku dapat bekerja dengan dengan lebih tekun lagi....

p/s- teringat kali pertama jumpa Azrul,Wan dengan Along.. Tempat lepak Tasik Titiwangsa.. hahaha

Comments

Popular Posts