16 September adalah hari ibu.

Barisan Depan: Afiq,Naim,Darwish dan Syazana

Tengah : Aku,Nani, Eg, Ina dan Emi

Belakang: Syidin, Emak dan Zaini



Korang tak percaya ke?


16hb september adalah hari ibu....


heheh... sebenarnya 16hb September adalah hari lahir emak aku... so aku letak la hari ibu itu adalah hari lahir emak aku... sebab bila tarikh hari ibu tu.. aku tak tau asal usul hari ibu yang selalu keluar kat TV tu.. so kalau dah rasa was-was so aku pun meletakan Hari Ibu itu jatuh pada tarikh hari lahir beliau...





Emak aku? emak aku dilahirkan pada 16 september 1959 .. ini bermakna umur emak aku sudah masuk separuh abad yakni 50 tahun.. dilahirkan di kampung aku juga.. Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.. berkahwin dengan seorang Konstabel Polis, Wazir Bin Abd Gani. Sekarang ni menetap di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua. Mempunyai 3 anak perempuan dan 2 anak lelaki dan mempunyai 2 orang menantu dan diserikan dengan 3 orang cucu lelaki dan seorang cucu perempuan.. tidak pernah kecewa dan merana sebagai ibu tunggal selama 18tahun. meriah bersama 4 orang cucu sekarang yang kekadang pening melayan kenakalan masing-masing.. mempunyai seorang anak manja iaitu adik aku.. anak terakhir sering menjadi perhatian beliau.. bersama 2 orang anak lelaki iaitu aku dan abang aku yang sering bertelagah tetapi kejap dah ok dan sering menolong mak aku tatkala susah.. tidak kesunyian kerana ada 2 orang anak perempuan yang besar dan dewasa yang sering memahami perangai mak kau . mungkin kerana mereka sesama wanita.. untuk emak.. jangan pening-pening.. jangan kalut-kalut.. apa yang ada pada emak hari ini adalah anugerah tuhan yang paling istimewa iaitu kami.. 5 beradik.. so pada emak .. kami sentiasa bersamamu...

Comments

Popular Posts