Macam tempat berbuka puasa... Kenangan Semua ni

Hari ni dah masuk 27 Ramadhan.... tak lama lagi nak raya.. bila di kenang-kenang.. persiapan aku ? apa yang aku buat dan cuba buat?? tak beli apa-apa lagi ni.... hahaha... apa aku nak beli ni...

Semalam aku pergi Jalan TAR, balik kerja terus je siap-siap... tapi siap awal pun .. lewat gak gerak... kul 6.15ptg baru nak gerak.. nasib baik ada Nurul a.k.a Project Manager.. merancang untuk berbuka buat pertama kalinya didalam kereta.. hahhaa.. sampai-sampai je kat KL.. aku terus makan dekat depan MYDIN Masjid india.. maka dengan ini ... Medan selera itu menjadi destinasi aku berbuka puasa di luar kawasan wat kali terakhir untuk 2009 ni..

Teringat Isnin lepas (14 Januari 2009).. aku dan kawan-kawan sepejabat pergi berbuka puasa di Rumah alip a.k.a Taiko Podeh.. perancangannya adalah membawa makanan masing-masing ke rumah dia. so balik kerja terus la bazar.. beli itu beli ini.. sekali kumpulkan kat rumah alip.. berlambak la pulak makanan.. tapi best la juga. sekali sekala bersama kawan-kawan.. ramai gak yang join.. lebih kurang dalam 20 orang.. kira ini adalah projek aku yang menjadi.. terima kasih kat alip sebab sudi offer rumah dia sebagai lokasi berbuka puasa.. tahun depan nak wat kat umah sapa pulak yer.. hehehe... Kalau aku ada lagi kat ILP Pedas la..

Teringat beberapa perkara yang lepas .. aku melepak dekat Bahagian pentadbiran.. P.A Bos aku.. Niza ada bagi tau pasal buka puasa.. dia kata Fairuz ajak.. sekali ajak buka puasa kat McDonald Senawang la.. terasa kebaratan berbuka puasa kat sana... mula-mula tu malas nak join.. tapi memandangkan ajakan kawan-kawan serta hasutan kegilaan memakan Mcdonald menyebabkan aku terpengaruh dengan ajakan itu... bila lepak kat sana.. rasa best la pulak.. jadi seronok la.. mungkin sebab kawan-kawan kot.. cuba kalau aku makan kat mcdonald berbuka puasa sorang-sorang. mau kematu kat situ.. apa-apa hal pun.. semua ni akan menjadi kenangan pada aku untuk diingati sampai bila..

thanks semua.. kawan-kawan

Comments

QueenBz said…
Selamat Hari Raya Kim..
Maafkan salah silap aku spanjang kite kenal..

Popular Posts