Final Exam dan Bolasepak

Semalam aku ada paper kat Uitm.. so pagi-pagi lagi aku dah bangun walaupun aku tau exam start pukul 2.15 petang. siap awal-awal pasal sekarang ni tak dijangka cuacanya.. ini kerana asalkan tengahari je hujan. pagi itu aku terus pergi rumah Khairul a.k.a Atok untuk ambil beg aku yang tertinggal dalam kereta Syam.. tengok jap sudah pukul 8.10 pagi.. aku pun breakfast la dengan kawan-kawan di kedai makan MJ.. sebenarnya dalam kepala otak aku tengah merancang pukul berapa nak balik dari exam .. ini kerana petang itu aku ada game bolasepak..

sesampai di Uitm pukul 10.30 pagi.. aku pun mula study tapi memandangkan kawan-kawan takde aku pun terus pergi ke Cybercafe berdekatan... layan internet la dulu.. terus je open facebook layan kawan-kawan kat office. Aku pun mulakan la ayat-ayat yang diletakkan dalam status.. baru sekejap letak. kawan-kawan dah komen.. dasat tul diorang ni.. ade je nak komen status aku... leka punya leka sampai pukul 12.30 tghari.. aku pun terus la keluar dari Cybercafe tu..lalu depan kaunter pengawal jumpa ida yang tengah kelam kabut entah kenapa... rupanya masa test itu hari dia tak datang... jadi dia kena ambik test sebelum exam..

Aku masih lagi memikirkan pukul berapa nak sampai rumah ni.. teringat bola je.. ohh.. tak boleh jadi ini.. tunggu punya tunggu akhir jam menunjukkan pukul 2 lalu aku pun masuk la bilik peperiksaan... waktu peperiksaan 2.15ptg - 4.15 ptg, jadi aku merancang untuk habiskan semua jawapan sebelum 3.30ptg..

belum sempat kawan-kawan nak habiskan jawapan.. aku siap dulu.. hahah.. bye-bye kawan-kawan.. tanpa melengahkan masa.. aku terus pecut motor sampai ke Pedas.. sesudah itu aku pun bersiap-siap untuk bermain bolasepak.. ye ha...~!!!






Comments

Anonymous said…
hai cepat benor jawab soklan, leh lulus ke.. hehe
Anonymous said…
doa restu dari aku.. sbb tu cepat je ko jwb peksa... hakkk
main bola???? menang ke? peksa dah tentu lulus.... sbb aku dah doakan.. siap hembus2 lg...

Popular Posts