Majlis perkahwinan Di ILP Pedas
Tahniah dan diucapkan kepada Haji Khair, salah seorang kakitangan ILP Pedas yang melangsungkan perkahwinannya pada 1 November 2009 iaitu pada hari ahad lepas.. kisah kehidupan beliau yang tidak lekang dengan dugaan akhirnya menemui teman hidup bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan.. bahagianya.. aku??? nanti la...
apa nak diperkatakan tiap kali kenduri.. dah tentu geng-geng GP (gerak pantas ) atau lebih dikenali sekarang MAFIA akan menjadi tonggak utama dalam kenduri.. mula-mula masa berkampung aku ditugaskan untuk menjaga air minuman tetamu akan tetapi bila hari kenduri aku menjadi penanggah terhormat dengan seluar jeans yang senteng serta muka ala-ala buruh mencuci pinggan di restoran.. ahhaha.. tapi puas hati la.. majlis berjalan dengan lancar.. seingat aku.. sepanjang hari tu adalah hari paling penat dan gembira.. penat sebab tak habis-habis buat kerja dengan kawan-kawan.. yang bestnya.. dapat sakat pengantin dan pengapit.. terima kasih pada semua kawan-kawan yang turut sama membantu dalam melicinkan perjalanan majlis terutama sekali ketua majlis kami iaitu En. Zulkarnaie.. aku dengar dia dimasukkan ke wad pada jumaat lepas tapi mohon juga untuk balik dalam menjalankan majlis..
Comments