Minggu yang ada sedih dan ceria

20hb November 2009 (Jumaat)

Alkisahnya.. aku balik kerja terus pulang ke kampung.. dengan hujan-hujan yang sangat-sangat lebat adakala renyai-renyai syair Usman Awang.... aku redah juga la... dengan menumpang kereta kawan aku, Isyammudin atau lebih dikenali sebagai BATMAN ke Seremban... Sesampai di stesen komuter. aku terus membeli tiket di kaunter sambil memerhati awek-awek cun yang berkeliaran disana.. sempat lagi tu.. hahhaa.... aku tengok jam baru nak pukul 6.. lalu aku pun memasuki komuter.. dalam keadaan mamai.. tertidur la aku.. tetiba aku terdengar satu suara.. "Stesen berikutnya "BATANG BENAR"...." uiskkhhhhhh~!!! tak jauh lagi ni... tetiba je aku teringat aku ada janji dengan Cam atau nama betulnya Azrul Nisham.. bincang pasal bowling.... hari makin gelap.. sesampai je di Serdang .. Cam terus ambil aku kat stesen komuter.. dan terus pergi makan di Village View Restaurant, Bangi.... sampai la pukul 9.30malam...

selepas itu kereta terus meluncur laju pulang ke Hulu Langat.. sesampai di rumah .. seperti ada sesuatu yang tak sedap dihati bila melihat kakak aku dan jiran sebelah tengah keresahan... lalu aku pun bertanya apa yang berlaku. Seperti yang tidak dapat dipercayai.. adik sedara aku.. anak pak lang aku.. Nor Mohamad Syazwan,18 Tahun terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. aku berkejar ke tempat kejadian bersama Pak Din, Jiran sebelah rumah aku. Allah lebih menyayanginya... setiap benda yang hidup mesti akan mati. Al-fatihah.

22Hb November 2009 (Ahad)

Bowling?? oh tidak.. masih tidak dapat dipercayai.. mengapa aku menang lagi.. mak aku pesan jangan riak.. tapi entah macam mana.. aku riak pula.. hhhee... sebenarnya ada game bowling . dianjurkan oleh aku untuk kawan-kawan kelas Sastera 2001 SMKAJ. saja nak jumpa-jumpa.. sembang-sembang.. tanya perkembangan ... dan melihat gelagat rakan-rakan yang sudah lama tak jumpa.. walaupun tak ramai.. tapi aku rasa sudah cukup bagi aku meluangkan masa bersama kawan-kawan. kesanggupan mereka datang amatlah dihargai dan aku doakan di hari akan datang dapat berkumpul kembali dengan aktiviti-aktiviti seterusnya... hehehe.. masih lagi aku menjuarai bowling.. hehehe..... thanks to Cam yang banyak membantu aku dalam menganjurkan bowling...

Comments

Popular Posts