Sudah 4 tahun menetap di ILP Pedas

Hari ini adalah hari bersejarah dalam hidup aku sepanjang meneruskan karier dalam bidang perpustakaan. Sudah 4 tahun aku berada di ILP Pedas.. macam tak percaya sahaja.. pejam celik pejam celik aku sudah telah menjadi orang negeri sembilan secara import selama itu. banyak perkara telah berlaku sepanjang 4 tahun aku ada disini. pahit manis masam masin bacin semua ada. cuma pada tahun 2009 ini banyak perkara telah dilakukan. pada pertengahan tahun ini aku telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Macam tak percaya pula sebab memandangkan kerja aku ni kekadang rajin kekadang malas tapi lebih pada malas sahaja, hahha.. apa-apa pun aku bersyukur kerana mendapat anugerah tersebut.
Pada tahun ini juga, aku telah berpindah dari Kuaters ILP Pedas ke Taman Pedas Indah. ramai tertanya-tanya kenapa aku pindah ke kawasan luar. Sebenarnya kawan-kawan semua, aku ingin cuba mencari perjalanan hidup yang baru di dunia luar. nak tengok macam mana ragam-ragam orang di luar pula. mungkin kerana di kampung aku kerap ke sana ke sini menjadikan aku melakukan perkara yang sama di sini.
Sepanjang perjalanan kehidupan disini. aku merasa kehidupan aku telah berubah 80%, besar juga perubahan tu, mungkin benar orang kata, Hujan emas di negeri orang.. hujan batu dinegeri sendiri.. kat sini banyak mengajar aku tentang kehidupan, tentang kawan, tentang persaudaraan dan tentang kejiranan serta berkomunikasi bersama rakan sekerja. ini kerana kebanyakkan rakan-rakan yang bekerja di ILP Pedas ni baik-baik belaka. tak kira la dari peringkat mana pun .. baik pengarah hingga ke orang-orang bawahan. mereka tidak membezakan diri mereka dengan orang-orang jawatan rendah macam aku ini. Juga terima kasih pada rakan sekerja .. satu department yang banyak mengajar dan bekerjasama dengan aku sepanjang kerja. terutama En Aliff ( Godfather) banyak memaki hamun aku dan mengajar aku tentang kehidupan sepanjang berada disini.. dia juga la menyaran aku supaya belajar balik sebab dia kata kalau tak sambung belajar dia nak pukul aku.. hahahhaha

apa-apa pun kehidupan di mana sahaja.. kita kena pandai menjaga diri dan sesuaikan diri dengan semua orang..

Comments

shaz haza said…
hehe. tahniah! mari belanja makan. haha.
ayobkelubi said…
butuh hang

jual nama aku tak minta izin
wahh best nyerr bebbb.. mane anugerahh tuu nak tengokkk??????
keem said…
hahaha.. alip mengamuk.. hahahahha

Popular Posts