Thursday, December 3, 2009

Hujan dikala pagi.. Melayan nama-nama wanita

Pagi ni hujan pulak.. aku tersedar pagi jam baru je bergerak ke arah 5.30pagi.. tak boleh tidur lak lepas tu..
takpe la.. aku siap-siap je la.. sesudah solat subuh.. P.E a.k.a Ustaz Sesat bangun awal juga telah memasak cekodok untuk santapan di kala pagi hening ini..
hujan masih lebat lagi.. kerana masih lebat lagi aku terpaksa menumpang P.E kerana kereta dia ada bumbung.. motor aku tak ada bumbung.. ahhaha..
sesampai office aku terus menyerbu masuk untuk punch card. tak tau apa pasal aku kelam kabut sangat.. padahal baru 7.25pagi. Handphone aku berbunyi.... "Kim, Tlg ketuk. no 57 rasanye,tq".. Aliff sms. Aku balas balik " ketuk?? pagi-pagi dah kena ketuk ketampi 57 kali, penat la".. selamba je aku jawab.. "eiiii..Bongok. punch card!!".. balas Aliff kembali..
hahha.. pagi-pagi kan dah kena bongok..
gelak aku sorang-sorang.... takpe la... pagi-pagi ni aku melayan nama-nama wanita yang sedia ada dalam external harddisk ni....

Rozana - Search
Azizah - Ahmad Jais
Suziela - Flop Poppy
Julia - Exist
Aspalela - Apek
Kasihnya Laila - Jinbara
Niki dan Rozi - KU2
Nurnilam Sari - Search & Awie
Ayu - V.E
Nina Karina - Mega

1 comment:

shaz haza said...

haha.

org ps mmg kelakar!
awk, en alip, en badri. sesuai masuk raja lawak. :p