Meneruskan perjuangan disaat usia dimakan waktu

Keletihan dan kepenatan bukan lagi halangan untuk aku terus menjalankan projek bersama rakan-rakan... dahulunya aku join kompang hanya sekadar suka-suka... habis je main kompang. collect duit.. hati gembira... tapi itu mungkin 10tahun yang dahulu.. nama pun dahulu.. dah tentu la dah lama... dulu dengan hanya nama Kompang Sentosa kini menjadi Kelab Kompang Setia Sentosa.. dan dah tentu peneraju kali ni adalah seorang yang berkepimpinan tinggi.. siapa lagi ketua dalam tu.. dah tentu aku.. hahahha... Jangan angkuh dan riak. itu pesan mak aku..

Apa yang nak dikatakan sekarang.. aku bukan sahaja mengambil tempahan kompang.. malah pelbagai tempahan aku akan buat.. aku lakukan ini adalah bertujuan meluaskan lagi nama kompang dan menambahkan pendapatan ekonomi kelab..

pening gak memikir.. sampai pukul 3.30pagi la aku dengan Zali memikirkan apa yang boleh dilakukan lagi.. aku harap segalanya berjalan dengan lancar.. semoga apa yang dilakukan diberkati Allah S.W.T. amin


Comments

ko wat lah kompang kat umah fara and bob... nanti ko leh buat lgu hindustan..

Popular Posts