Merintis perjalanan kawan-kawan

Sebelum apa-apa nak cakap.. saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada E-cah.. sempat juga aku menjenguk dan bersama meraikan pengantin baru itu.. turut tidak ketinggalan rakan-rakan sama kolej dulu.. are-yen,bob,jemie,heri,nana,ainil,niza,zila,ila,shulin,nina dan mungkin yang lain aku tak perasan kot..

semua kawan-kawan meneruskan perjalanan mereka mengakhiri zaman bujang... aku??? mungkin tunggu masa kot??? hahaha... seorang lagi kawan aku dari kampung.. Syammeil.. Pegawai belia ni.. sudah melangsungkan perkahwinan beliau awal bulan lepas.. tapi yang sedihnya.. aku tak dapat hadir ke majlis beliau kerana ada kelas,, walau macam mana pun.. aku mendoakan beliau bahagia bersama isterinya..

Tidak ketinggalan kepada Are-yen dan Ainil yang melangsungkan majlis pertunangan pada tarikh yang sama (14 Februari 2010). tarikh percintaan la konon.. hahaha. tak kisah la apa orang nak kata.. yang penting sekali lepas ini kena la buat persediaan majlis perkahwinan... jangan lupa jemput aku ye....

Tatkala aku tengah menaip ni.. hari esok (28hb Februari 2010).. Majlis perkahwinan ila.. seorang lagi kawan aku dari klang juga... sekejap je dah jadi isteri orang kau.. hahah.. semoga bahagia ke akhir hayat...

Oh ye.. minggu depan ada seorang lagi kawan aku.. opss... bukan-bukan... dua orang kawan aku akan melangsungkan perkahwinan .. percintaan dari kolej ke jinjang pelamin.. lama siut... nak dekat 8 tahun.. lamanya.... Bob dan Farah.. selamat pengantin baru dan bahagia sehingga akhir hayat....

Comments

Popular Posts