Nafas Baru

Selepas mencari-cari jalan untuk menyelongkar masalah dan selesaikan..
hari ini termaktub perkara mesyuarat agong KKDS.. mencari perubahan...
dan saat ini bermula la nafas baru dalam nyawa perjalanan KKDS.. Kelab Kebajikan Dan Sukan ILP Pedas...

Aku ingat lagi zaman-zaman dulu kala.. Pengerusi ketika itu Encik Wan Nasarudin.. orangnya segak serius menjalankan tugas.. ketika itu sekitar 2005 hingga 2006. Beliau memang seorang yang tegas dalam menjalankan tugasnya.. sekitar perjalanan tugasnya, beliau pandai menjalankan ekonomi kelab dan sentiasa bersama AJK dalam usaha membawa kemajuan kelab..
Baru nak kenal-kenal. pengerusi kelab ditukarkan dengan Encik Shahrulnizam.. mempunyai cara-cara tersendiri.. cool menjalankan tugas. Cara dia bercakap memang orang akan cakap tenang dan bersahaja. Semuanya perkara yang dilakukan dengan lancar.

Hari ini saya menyaksikan sekali lagi Encik Shahrulnizam kembali mengetuai Kelab Kebajikan dan Sukan ILP Pedas dalam mesyuarat agong ke 7. Diharap pengurusan kali ini dapat meneruskan agenda-agenda yang lebih mencabar dan idea-idea yang bernas.

Comments

Popular Posts