Ramadhan yang ketika itu

Sebut ramadhan... teringat pelbagai cerita yang terkeluar pada bulan ramadhan..
ada ketika teringat kawan-kawan dikampung. yang mana kerja-kerja kebudak-budakan yang tidak ada penghabisannya.. mercun,meriam,bunga api, kabaid dan macam-macam lagi.. tatkala sendirian teringat dikejar oleh orang kampung kerana main mercun dihalaman surau.

sedikit meningkat usia.. remaja yang mematangkan usia kanak-kanak. penglibatan kumpulan yang besar untuk merayau-rayau dicelah kota untuk mencari masalah waktu malam ditempat-tempat seperti karaoke park,uptown cari baju dan melepak tepian sogo untuk melayan rebusan ditengah malam. pada masa itu awek-awek akan lalu lalang dan aku pun menjadi lalang yang mengorat awek-awek yang tak mungkin akan tergoda ngoratan itu.. ah indahnya ramadhan. ponteng puasa dan pelbagai ragam di bazar ramadhan mengingatkan aku keadaan disekeliling. Dulu aku tak bayar zakat. mak aku bayarkan. Sekarang ni aku bayar mak aku pula.. keadaan berubah..

sekarang ni.. ramadhan sangat bererti. dan mungkin ini adalah ramadhan "bujang" aku sebelum melangkah seterusnya. Buat keluarga tercinta. kenangan kita dimasa kecil sehingga dewasa ini banyak memberi pengajaran dan kebahagian dalam hidup ini. penambahan insan tersayang menjadikan ramadhan ini adalah ramadhan bahagia. sayang anda semua.

Comments

Popular Posts