Tuesday, January 10, 2012

2012


Tahun pertama bertugas di Kuala Lumpur... Selamat datang Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung. Satu kisah kehidupan pengakhiran bujang sebelum Mac yang akan memberikan satu khabar gembira untuk aku.

Selamat Datang Ke Perpustakaan JPBD. Lokasi yang terletak di Jalan Cenderasari berdekatan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta laluan ke Masjid Negara. Tempat bertugas yang mungkin mengambil masa yang lama untuk bekerja sehingga mungkin ada kenaikan. Seronok sangat duduk Kuala Lumpur yang penuh sesak dengan manusia, kenderaan, bangunan dan burung-burung gagak yang memeriahkan keadaan.

Sudah bersiap sedia.. Gabungan Lensa Studio akan terus beroperasi dan terus maju dengan karya-karya yang unik hasil dari kesenian gabungan jurukamera yang berkemahiran. terbaik dari segi pakej-pakej, sewaan studio, hasil karya dan sentiasa mendapat perhatian semua orang. keunikkan yang membawa minat dan cintakan fotografi kepada semua orang.

No comments: