Jatuh atau bangun... itu tidak penting... yang penting sokongan
Bercerita tentang perkara ini.. kekadang terasa macam-macam sesetengah pemikiran antara kita tidak sama.. apa yang penting tentang pendirian dan ketetapan.. walaupun kekadang tersenget ketetapan diri tidak menghalang untuk memajukan sesuatu perkara,,,
Harimau Malaya telah berhempas pulas bermain.. dan malam tadi ada beberapa peningkatan permainan skuad Bolasepak olimpik kita.. walaupun tewas dengan gergasi asia iaitu Jepun. Tapi corak permainan sangat berbeza dari skuad negara bermain di Jepun. Walaupun ada mengatakan adalah kelebihan bermain ditempat sendiri. Bagi aku, apa yang terjadi sekarang adalah perubahan corak bolasepak di negara kita.. lihat saja Liga Perdana dan Liga Super Malaysia.. perubahan mendadak.. tak sangka permainan begitu berubah dari yang sebelum ini.Skuad Bolasepak Olimpik
Kita percaya , jika sokongan dan pendirian kita untuk memajukan sukan bolasepak.. lebih hebat dari sekarang pasti dapat di lahirkan.. kita kena ada 10 orang macam Safee Sali untuk menaikkan Malaysia di mata dunia. Bukannya hanya iritus menang kalku kalah.. hanya berkata belum habis perlawanan dah balik rumah atau dah tukar channel.. contohi sokongan Ultras Malaya.. Seorang sahabat aku memberitahu.. dia dah tak layan lagi Liverpool atau Manchester United. Dalam kepala otak dia hanya untuk Sukan Bolasepak Malaysia sahaja... Semangat macam ini perlu ada dalam setiap diri.. bukan hanya mengata kita rakyat Malaysia malah kita perlu berkata kita berbangga dengan semua yang ada di Malaysia...
Comments