Selesa keadaan sekarang

Sejak awal tahun lagi keadaan sibuk tak tentu pasal menjadi satu situasi yang menjadi selesa sekarang.. Setiap masa diselubungi foto-foto indah dan studio yang tidak pernah sunyi dengan rriuh tawaan kawan-kawan yang turut sama berjuang menyiapkan tugasan masing-masing..

Tatkala kesibukkan ini.. Tanggungjawab sebagai seorang anak dan ahli keluarga tidak dilupakan. Alhamdulillah, perniagaan burger dijalankan semula oleh abang aku dan telah beroperasi selama 2 minggu banyak mengubah lanskap ekonomi keluarga. Turut serta kegiatan perniagaan akak dan adik aku juga turut semakin meningkat. Mungkin kerana peningkatan permintaan pelanggan dan keyakinan mereka dengan produk yang dihasilkan. Mungkin ini adalah rezeki dan kelebihan menceburi perniagaan.. Aku?? Tidak la sebanyak Mana cuma setiap masa ada je fotoshoot.. Ehhe rezeki dari Allah S.W.T.

Untuk 34 hari lagi ni. Semakin terasa debarannya.. Perubahan drastik akan berlaku tidak lama lagi.. Menggalas tanggungjawab yang baru serta menghadapi keluarga yang besar. Semuanya diharapkan akan terus berjalan lancar.. Untuk yang disayangi.. Kita teruskan misi ini..

Comments

Popular Posts